Showing posts with label Biskut raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut raya. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Chocolate Chips Cookies Untuk Raya

Assalamualaikum


Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
Bahan B2 cawan tepung gandum (di ayak)1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
1/2 cawan cornflakes dikisar halus - Umimans tambah utk rasa lebih crunchy

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, sida bica dan cream of tartar. 
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dlm adunan tadi. Kacau menggunakan spatula. 
Masukkan kekacang dan chocolate chips dan cornflakes kisar. Adunan agak lembik tapi tak apa. 
Simpan dalam fridge selama 30min-1 jam. 
Dengan menggunakan sudu atau tangan, bulat2kan adunan dan susun dlm loyang yg telah digris. Jarak2 kan sedikit kerana biskut akan mengembang. 
Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit. 
Sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara. 










Friday, August 23, 2013

Biskut raya: Chocolate Chips Cookies

Walaupun hari ini dah 16 Syawal 1434H, saya masih ingin masukkan entri biskut raya untuk rujukan di masa depan.

Resepi chocolate chips cookies ni saya ambil dari dapur Kak Zu. Bosan dengan resepi yang gunakan 2 tahun berturut-turut sebelum ini. Cuma beberapa ubahsuaian bahan dilakukan demi mahu menggunakan bahan sediada sahaja. Saya buat 3 adunan dapat dalam 6 balang. Review saya berkenaan resepi ni - yes sedap dan cookies lebih rangup disebabkan penggunaan tepung kentang (tak sure kalau guna tepung beras sama ke tak). Cookies ni pun tak mengembang macam resepi terdahulu bila di bakar tapi jangan buat nipis sangat sebab mudah pecah.

ALMOND COKLAT CHIPS COOKIES
SUMBER : DAPURKAKZU
180 gm mentega
30 gm shortening
1 kuning telur
50 gm gula perang
50 gm gula castor
180 gm tepung redrose - saya guna tepung biasa cap Sauh
30 gm tepung  ubi - saya guna tepung kentang
½  tsp soda bicarbonate
½ tsp coklat emulco100 gm coklat chips
60 gm almond nibs - saya guna walnut yang dibakar sekejap dan dicincang kasar

CARA CARA
Satukan tepung redrose, tepung ubi dan soda bikabonate
Putar shortening, mentega, gula dan telur hingga sebati
Masukkan coklat emulco
Masukkan  almond nibs dan coklat chips
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh
Ambil sejemput adunan dan susun di dalam dulang pembakar dan tekan dengan garpu
Bakar biskut selama 20 minit  dengan suhu 180 C.

·         Tips : masukkan tepung sedikit sedikit untuk mendapat doh yang yang tidak keras.


Wednesday, July 31, 2013

Biskut raya: Tart Nenas Gulung

Salam.

Biskut raya kedua yang saya buat tahun ini ialah tart nenas gulung. Boleh dikatakan tart nenas menjadi biskut raya 'must have' setiap thn bagi saya. In fact, kalau tak raya pun kat rumah saya sentiasa ada tart ni. Semestinya kerana menjadi favourite saya sejak dulu dan sehingga kini. Tahun ni saya buat versi gulung sahaja...versi bunga takleh buat sebab acuan kelopak bunga saya dah pass kat kakak saya sebab dia nak pinjam. Dulu saya beli kat kedai Daiso, tapi bila saya cari lagi dah tak ada. Saya pernah nampak acuan kelopak bunga tu yg diperbuat daripada tembaga, tapi saya tak pernah jumpa kat mana2 kedai bakeri kat area sini. Mesti yg tembaga tu lagi best dan berkualiti.




Resepi: 
250g butter
2 kuning telur
3 sudu besar gula castor
1st esen vanila
3 cawan tepung
3 sudu besar tepung jagung

Jem nenas secukupnya
(1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan)

1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan

Steps:

  1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan kuning telur, pukul sebati.
  3. Masukkan esen vanila, pukul sebati.
  4. Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk. Mungkin tepung tak perlu dihabiskan kerana kuantiti tepung sebenar bergantung juga kpd jenis butter yg digunakan. Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah.
  5. Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ke bawah. Letakkan jem nenas yg telah dibulat-bulatkan bujur sedikit di hujung doh. 
  6. Gulung secara kemas ie tidak longgar. Jika menggunakan acuan nastar, doh adalah agak tebal, maka gulung hingga doh bertemu sahaja (tidak bertindan).
  7. Sapukan kuning telur yg dicampur dgn sedikit susu dan pewarna kuning ke atas tart yg telah siap digulung.
  8. Bakar selama lebihkurang 15 minit dgn suhu 170 celcius.


Tengok ni kalau tak gulung kemas dan saiz jem yg lebih kecil dari kelebaran doh menyebab kan tart yg dah masak jadi 'jatuh' menggeleber dan debab... apa-apa pun, ngap sajork!


Biskut raya: Almond Stripe Chocolate

Salam.

Di pagi-pagi Ramadhan 18 yg lepas, saya dah start projek almond stripe chocolate. Buat pagi2 masa cuaca masih dingin mempercepatkan proses penyejukan dan pengerasan coklat. Cepatlah boleh simpan dalam bekas dan kemas peralatan.






Ada sedikit pengubahsuaian terhadap resepi yang saya gunakan tahun sudah. Kali ni tambah Nutella kerana beliau ada dalam stok di rumah. Dan juga kali ni saya campurkan dark compound dan milk compound. Lebih menarik guna dark compound, lebih hitam manis :)

Bahan2:
1 kg almond stripe (badam yg dihiris memanjang memang ada tersedia dijual)
300g dark compound
300g milk compound
(Dua2 saya guna brand Le Bourne)
100g nutella
Papercup secukupnya (dalam 200pcs)
Manik hiasan @ ramai org hiaskan dgn coklat putih

Steps:
1. Bakar almond selama lebihkurang 10 minit menggunakan suhu 170 celcius. Balik2kan almond dgn sudu masa halfway. Sejukkan.
2. Cairkan kedua-dua jenis coklat dan nutella secara double boil.
3. Setelah coklat cair, masukkan badam dan gaul. Ketika ini bekas adunan masih di atas periuk yg berisi air double boil.
4. Setelah rata, sudukan ke dalam papercup (ketika proses menyudu ini, saya masih biarkan mangkuk di atas periuk air panas dgn api telah dimatikan bagi mengelakkan coklat mengeras sementara proses ini siap)
5. Hiaskan dengan manik hiasan atau juraian coklat putih cair.
6. Biarkan sejuk dan coklat telah mengeras serta kering. Simpan di dalam bekas yg kedap udara.


Sukatan di atas dapat menghasilkan 190-200pcs cookies.

P/s: saya buat 2 batch bagi sekilo badam bagi mengelakkan badam yg terlalu byk sewaktu digaul menjadi patah)