Showing posts with label Lauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk. Show all posts

Monday, May 16, 2016

Ikan Rebus Goreng

Assalamualaikum. 


Sedap wehhh ike rebuh goreng ni.. Make dengan pulut lagi nyakut molek, make denge nasik panas2 pun jelira jgk.. 
Kalu tok pehe biar lah.. Ambo nok royak ni lah lauk oghe kapung kelate yang sgt nostalgia bilo lamo tok jupo. Bilo make teringat habis kenange tiko kecik2 kelik rmh tok cek mesti ado ike rebus goreng ni...

Resepi: 
Ikan tongkol atau kembung
Asam keping
Garam
Gula nisan - boleh skip sapa yg tak suka rasa manis (manis dan masakan kelate adalah sinonim)

Rebus ikan dengan semua bahan2 di atas sehingga air kering. Air hanya paras2 ikan yer. Api jgn besar sgt supaya air tak cepat kering. Biarkan semalaman baru digunakan utk buat gulai atau digoreng utk rasa lebih sedap. 

Kalau nak goreng, hanya goreng macam biasa sehingga garing. Kemudian boleh lah digoreng hirisan bawang merah dan cili api dan ditabur atas ikan utk kelazatan yang lebih maksima..


Makan panas2 dengan nasik panas ditemani budu @ sambal belacan dan ulaman..atau terangkat juga dimakan dgn pulut dengan kelapa parut.. Huaaaarghhh! 

Sunday, April 17, 2016

Bubuq Nasi dan Ikan Bilis Goreng dengan Lobak Masin

Assalamualaikum. 




Ikan bilis goreng dengan lobak masin:

Segenggan ikan bilis - cuci dan tos
1 biji kentang - potong dadu
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 labu bawang besar - hiris nipis
5 biji cili api - potong kecil
Lobak masin - cuci dan hiris kecil
Garam dan gula secukup rasa

Goreng ikan bilis sampai garing dan angkat. 
Dlm minyak sama, masukkan kentang dan goreng sampai agak2 masak. 
Masukkan bawang putih dan merah goreng sampai garing. 
Masukkan lobak masin dan cili api. Goreng sampai layu. 
Perasakan garam dan gula. 

Bubur nasi:
2 pot beras - cuci dan tos
Air secukupnya (boleh tambah waktu memasak kalau tak cukup)
2 keping dada ayam - potong kecil2
1 batang carot
2 ulas bwang putih - hiris
1 inci halis - hiris
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa

Masak beras dengan air yg banyak. 
Setelah nasi menjadi bubur (bukan peribahasa mmg betul nasi jadi bubur ni.. Ikut suka nak tekstur bubur macam mana.. Nak hancur betul biar lama lagi), masukkan ayam, bawang putih, halia. Biarkan 10 minit. Kalau perlu tambah air, tambah lah. 
Masukkan carot, lada hitam dan perasakan garam. 
Setelah sesuai semunya siaplah..

Boleh lah makan dengan ikan bilis lobak masin tadi. Kalau suka boleh tambah kicap. 

Saturday, March 5, 2016

Sambal Cili Api dan Ikan Bilis

Assalamualaikum.


Sambal cili api dengan ikan bilis ni sgt sedap bagi saya.. Di kala tekak memilih rasa mahu pun di kala malas melanda... Bila mana tekak rasa nak makan nasi panas dengan lauk simple2 je, ini antara pilihannya. 

Resepi (dari Facebook lagi). 
Saya tambah sedikit air asam jawa.. Nak ngamkan dengan rasa pedas, masin dan manis2 sikit. 



Saya guna turbo chopper dari Tupperware ni utk blend cili dan bawang. Chopper ni bagus utk kerja2 nak tumbuk kasar benda yg sikit2. Takyah angkat batu lesung tapi main2 tarik2 tali je. 
Cumanya bila nak blend ikan bilis, chopper ni agak tak larat. Mungkin ikan bilis sy lebih muatan chopper chomel ni atau pun ikan bilis masih liat saya rendam sekejap benor. 



Sunday, October 4, 2015

Ayam Butter Creamy

Salam


Mencuba kelainan dalam hidangan ayam. Terkenal di restoren2 chinese cuisine tetapi telah menular ke dapur2 rumah. Boleh juga dicampurkan dengan telur masin merah sewaktu membuat sos, lagi sedap.. Tapi kalau concious dengan kolestrol, boleh lupakan telur masin (seketika)

Bahan2:
400g isi ayam dipotong kecil
1 1/2 sb serbuk kari ayam/daging
1 sb tepung gandum
1 biji telur
2 st garam

Cara:
Perap ayam dengan bahan di atas selama 1 jam. Setelah diperap, goreng ayam (goreng terendam atau goreng sautee)

Bahan2 sos butter:
100 g butter
3-5 pelepah daun kari
10 biji cili api di potong menyerong (nak pedas campur dgn cili api merah. Jgn pula semuanya cili api merah nanti takleh makan plak..)
2/3 cawan susu cair
1/2 cawan air
Garam, gula dan lada hitam utk perasa

Cara:
Panaskan butter. Masukkan cili api dan daun kari. Kacau seketika sehingga layu. Masukkan susu cair dan air. Biarkan mendidih. Masukkan bahan perasa. Masukkan ayam yg telah digoreng. Biar kan seketika sambil dikacau. Jangan sampi kering sangat kerana setelah tutup api ia makin meresap sebab ayam gireng ada tepung. 

Sedap dihidangakn dengan nasi putih. Semalam saya buat sebagai lauk sampingan nasi lemak. Boleh? Boleh aje...double lemak!



Sunday, September 6, 2015

Sambal Udang

Assalamualaikum. 

Bersarapan bersama keluarga di hujung minggu adalah suatu perkara yang mengujakan. Setelah 5 hari bersarapan di pejabat dengan menu yang sama setiap hari, betapa hujung minggu ditunggu2 untuk bersarapan dengan menu lain atau yang dimasak sendiri. 

Semalam saya teringin nak makan nasi lemak buatan sendiri. Tapi segala haiwAn di dalam peti sejuk dah kehabisan. Tak mahu pula sambal ikan bilis. Jadi setelah letak nasi (beras basmathi, santan kotak, daun pandan, halia) dalam rice cooker, saya keluar mencari haiwan bersesuaian utk nasi lemak saya. Hajatnya nak buat ayam masak merah sahaja tapi tiba2 bila di kedai barang basah, teringin nak buat sambal udang pula. Sebenarnya saya dah lama 'tak ada perasaan' pada sambal udang tapi entah kenapa pagi tu perasaan datang balik. Hehe.. 

Sambal udang:
500g udang - saya tak buang kulit, hanya potong janggut
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar merah
3 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sb santan pekat (optional)
1 asam keping
3 sb sos cili
Garam dan gula secukup rasa

Blend cili kering, bawang (besar, putih dan merah) dan halia. 
Tumis bahan blend sehingga pecah minyak. 
Masukkan garam dan asam keping. 
Masukkan santan daan biarkan seketika. 
Masukkan sos cili dan gula. Kacau hingga pekat. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. 
Masukkan udang dan masak sampai udang masak. 
Sesuaikan rasa dan tutup api. 

Puas dapat makan nasi lemak buatan sendiri dengan sambal udang... Selalunya kalau dah makan macam ni utk sarapan (sarapn kul 10++ pagi dah..) boleh skip makan tengahari.. Apa org kata, brunch?? Petang2 baru cari makan lagi. 



Sunday, January 12, 2014

Nasi Dagang dengan pressure cooker

Salam.


Sebelum ni saya ada post resepi gulai ikan tongkol untuk dimakan bersama nasi dagang. Kali ni saya nak post resepi nasi dagang yang dimasak menggunakan pressure cooker. Semua mengetahui cara memasak dagang ialah dengan mengukus beras dan diarung menggunakan santan 2 atau 3 kali bagi memastikan nasi benar2 masak dan lembut. Lebih2 lagi jika memasak nasi dagang Kelantan yang menggunakan beras nasi dagang merah yang lebih keras berbanding beras pulut dengan beras wangi. Jadi cuba bayangkan masa yg diperlukan untuk menyiapkan hidangan istimewa ini jika setiap kali sesi mengukus ialah 20-25 minit? 

Saya amat berterima kasih kepada kawan saya kerana memberikan cara memasak nasi dagang menggunakan pressure cooker ini kerana tempoh memasaknya yg sgt singkat dan hasil yang setara dgn memasak cara kukus. Imagine 7 minit sahaja tempoh pressure cooker perlukan!

Resepi:
6 cawan beras (saya guna beras merah nasi dagang Kelantan)
2 cawana air
2 cawan santan
- Masak menggunakan high pressure mode yang diset selama 7 minit

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
- Semua dimayang halus
2 sb halba
1 sb garam
1 1/2 cawan santan
- Campur semua dan kacau bagi garam larut

Setelah timer pressure cooker tamat, releasekan pressure dan keluarkan nasi ke dalam bekas besar.
Dengan segera, gaulkan campuran santan dan bawang etc ke dalam nasi sehingga rata dan meresap.
Sedia dihidangkan... Senangkan? Saya tak pernah menyangka yang nasi dagang boleh disediakan dengan cara semudah ini. Lepas ni tidaklah 'bercinta' lagi jika nak memasak nasi dagang dan beras nasi dagang saya tidak akan sempat berkutu lagi...


Resepi acar timun ringkas (pelengkap hidangan nasi dagang):
1 batang timun (dibuang kulit dan dipotong panjang dgn biji dibuang)
1/4 batang karot - dihiris halus 
1 biji tomato - buang biji dan hiris nipis
Boleh tambah nenas juga, saya takde...
3 biji cili padi merah - potong halus
3 biji cili padi hijau - potong halus
1/2 labu bawang besar holland - dihiris nipis
1 sb gula pasir
1 st garam
2 sb cuka
1 sb air

- Kacau gula garam cuka dan air sehingga larut. Masukkn cili dan bawang. Gaul rata. 
- Masukkan timun, karot, tomato dan gaul rata.
- Siap

Sunday, September 1, 2013

Kerutuk Daging (menggunakan pressure cooker)

Salam.

Misi menghabiskan daging payau yang dibeli 8 kg oleh cik hubby 2 minggu lepas. Maka projek meng-krutuk daging payau pun berjalan malam Sabtu lepas. Kali ini masih menggunakan pressure cooker jugak sebab spt yg saya ceritakan dlm entri sebelum ini, daging payau yg saya dapat kali ini dari rusa yg agak tua dan bersaiz besar. Sabtu petang saya buat 'mini open house' so kerutuk ini bakal dihidangkan bersama lemang.

Resepi:
2 kg daging (payau a.k.a rusa kali ni)
6-7 sb rempah kerutuk
3 cawan santan pekat
6 sb kerisik kelapa
2 keping gula nisan
2 batang serai
Garam secukupnya

Bahan hiris:
7-10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 4 sekawan - bunga lawang, kayu manis, pelaga, cengkih

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
7-10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Setelah blend, campurkan dengan rempah kerutuk dijadikan pes

Cara2:
Menggunakan mode 'stir fry', panaskan 1 cawan minyak masak, tumis bahan hiris sehingga kekuningan.
Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau sebati. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan garam dan sedikit air.
Tukar ke mode 'high pressure' pula, setkan ke 30 minit. Start.
Selepas 30 minit tamat, release pressure dahulu dari cooker dan buka penutup. Samada mahu meneruskan proses memasak seterusnya dgn menggunakan mode stir fry atau pindahkan ke periuk biasa. Saya pindahkan ke periuk biasa.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. 
Masukkan kerisik, gula nisan dan perasakan garam.
Kacau seklai sekala sehingga kuah menjadi pekat.
Setelah mendapat kepekatan yang diingini dan cukup rasa, siaplah kerutuk kita...


Lagi sekali, photo kerutuk sedia terhidang lupa nak snap..atau lebih tepat lagi, tak dan snap..kelam kabut :)

Monday, August 26, 2013

Rendang Daging Rusa - menggunakan pressure cooker

Salam.

Rusa juga dikenali sebagai payau. Saya baru tau istilah payau setelah suami acapkali outstation ke Sabah dan membawa balik daging rusa yang diperolehi dari kawan-kawannya di sana. Kadang2 suami siap pesan sebelum berangkat ke Sabah daripada mereka agar carikan dan simpankan payau sebab tidak selalu payau ada dalam simpanan mereka. Payau yang mereka perolehi ialah hasil buruan di hutan-hutan di sana.

Minggu lepas suami outstation ke Sarawak/Sabah lagi. Kali ni 8kg payau yang dibawa balik! Masyallah penuh peti ais saya dengan anak rusa Nani ni. Nasib baik telah dipack kan 1 kg setiap bungkusan, senang saya nak simpan dan nak masak nanti. Menu pertama dari payau ini yang dimasak oleh bibik untuk dinner kelmarin ialah goreng kunyit. Kami semua amat menggemari payau goreng kunyit ni. Tapi nasib kami agak kurang baik, payau yang kami perolehi kali ini agak liat dagingnya. Klau setakat goreng macam biasa (goreng tanpa minyak sehingga air daging kering tanpa memasukkan air tambahan, kemudian  baru dimasukkan minyak dan digoreng hingga garing), dagingnya tidak boleh empuk. Agaknya rusa bersaiz besar dan berusia yg kami perolehi kali ini. Payau ni kalau dapat yang lembut memang best...dagingnya lebih halus dari daging lembu. Cuma bagi sesetengah org tidak menyukai bau 'daun' yang ada pada daging payau. Entahlah saya tak perasan pun wujud bau 'daun' tu. Sudahnya daging rusa goreng tu tidak boleh dimakan, perlu dialter semula untuk melembutkan dagingnya.

Kisahnya hari ini saya ingin memasak rendang rusa pulak. Maklumlah di hari minggu di bulan Syawal ni, mungkin ada tetamu yang bakal berkunjung dan boleh dijadikan hidangan bersama lemang (yang boleh dibeli bila2 masa). Memandangkan saya telah mengetahui payau ini agak liat dagingnya, maka saya buat keputusan untuk memasak rendang ini dengan pressure cooker yang baru dibeli minggu lepas. Tertarik dengan kelebihan jenama Noxxa by Amway ini kerana capacitynya besar 8L dan ada multifunction.

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa
3-4 helai daun kunyit
3-4 sb kerisik kelapa
1 keping gula nisan/gula merah
Garam secukup rasa
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
2 cawan santan pekat

Bahan-bahan yang diblend:
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
3 biji buah keras (optional)
15 tangkai cili kering yg telah direndam
- Blend semua bahan sehingga lumat

- Masukkan daging yang telah dipotong selebar 2 jari dan setebal 1 cm ke dalam periuk pressure cooker.
- Masukkan bahan blend dan garam secukup rasa ke atas daging dan gaul perap seketika.
- Masukkan santan dan gaul sebati.
- Masak menggunakan fungsi 'high pressure' selama 30 minit (sebab payau saya liat, kalau biasa 20 minit mencukupi)
- Setelah tamat, menggunakan fungsi 'stir dry' pula, kacau rendang sehingga pekat dan pecah minyak. Dalam 10-15 minit diperlukan untuk proses ini. Ketika ini bolehlah dimasukkan kerisik, gula merah secukup rasa dan daun kunyit yg dihiris halus. Kacau sehingga mendapat kepekatan yang diingini. (ada yg suka rendang berkuah sikit, ada yg suka rendang kering)

rendang yang sedang di'stir fry'...

Saya takleh bayangkan sekiranya saya tidak menggunakan pressure cooker untuk memasak rendang ini dgn kedaan daging payau yang liat, mungkin saya memerlukam masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk melembutkan daging ini. Syukur alhamdulillah pressure cooker saya sampai tepat pada masanya. Kalau tidak mungkin saya membebel 2-3 besen nak menunggu payau lembut :).

Gambar rendang yg dah siap lupa nak snap...

Wednesday, July 17, 2013

Ikan Percik - Kelantan Style

Salam..

Percik dan Kelantan memang tak dapat dipisahkan... Ada 2 jenis kuah percik kat Kelantan - putih dan merah. Yang saya tahu bezanya yg putih tak guna cili kering, yang merah guna cili kering. So yang putih memang tak pedas la..



Yang saya buat ni versi merah..

RM2 santan (kalau  guna santan perah sendiri, ambil yang pekat sahaja)
6-8 tangkai cili kering - rendam
5-7 ulas bawan merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 keping asam keping
1 batang serai

Cara-cara:
1. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, halia sampai lumat.
2. Masukkan santan dan bahan blend ke dalam kuali/periuk. Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan asam keping dan serai.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Teruskan mengacau sampai pekat dan pecah minyak.

Boleh digunakan untuk ayam atau ikan. Kalau nak simpan frozen pun bolehkuah percik ni, tahan sampai sebulan.

Saya just grill ikan menggunakan pemanggang ajaib. Angkat dan curah kuah atas ikan. Ada yang suka lepas curah kuah percik atas ikan/ayam, gril balik sehingga agak kering.