Monday, December 30, 2013

Serimuka Pandan

Salam.



Dah lama nak buat serimuka pandan dengan pulut hitam tapi tak terrbuat-buat. Masa cuti hari krismas lepas husband minta breakfast pulut gaul kelapa parut dengan pekasam Kedah. Ku pun godek cari pulut dalam tupperware. Banyak lagi beras pulut yg beli kat siam masa balik raya puasa hari tu. Walaupun dah ada bubuk sikit nasib baik masih elok, mungkin sebab beras pulut susu kualiti bagus dari siam ni susah sikit bubuk nak membiak. Bagi yg tak tahu bubuk ni kutu beras. Breakfast lah kami dengan pulut nyok ikan pekasan hari tu..


Mengancam tak pekasam ikan lampam ni? Inilah ikan pekasam terbaik dan segar dari ladang dari Tobiar, Pendang, Kedah. Tiap kali kami balik Kedah, bekal pekasam balik Bangi pasti tak dilupakan, sekali beli 2-3 kg.. Perghh! Pasti mak mertua lalu belakang tak perasan bila ngadap pekasam ni dgn pulut nyok..

Berbalik kpd cerita serimuka pandan ni, melihatkan beras pulut masih banyak, mula terfikir balik nak buat serimuka. Beras pulut hitam pun ada, maka terlaksanalah niat nak buat serimuka pulut hitam kali ni..


Lapisan pulut:
2 cawan beras pulut - rendam sekurang2nya 1 jam
3/4 cawan beras pulut hitam- rendam semalaman (pulut hitam kena rendam lama dari pulut biasa sbb sifatnya yg keras)
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Garam secukup rasa

- satukan kedua-dia jenis beras pulut dan masukkan dlm loyang.
- tuangkan santan dan tambahkan air sehingga sama paras dengan pulut.
- gaul rata dengan garam
- kukus selama 1/2 jam sehingga pulut masak
- angkat dan tekan dengan senduk sehingga padat ketika panas2
- tuangkan lapisan atas dan kukus 1/2 jam lagi

Lapisan atas:
3 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
3 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Sedikit garam
Setitik pewarna hijau, kalau nak warna lebih hijau (optional)

- satukan semua bahan dan blend
- tuangkan ke dalam periuk dan kacau sehingga berwap
- tuangkan atas lapisan pulut yg telah ditekan

Sejukkan sebelum dipotong dgn pisau palstik utk mengelakan dari melekat kalau guna pisau stainless steel.

Tuesday, December 24, 2013

Kek Span Bersalju Keju

Assalamualaikum.



Tiba juga mood mencuba kembali kek span bersalju keju ni.. Pernah buat sekali dulu di sini tapi tak berapa puashati sebab kek span tu tak menjadi sangat, tak naik betul macam mampat. Kek ni juga telah divariasikan menjadi kek keju meleleh yg tengah top sekarang. Bezanya hanya frosting cheese yg lebih cair dan meleleh ke tepi serta kek span yang dipelbagai rasa - vanila, strawberry, cappucino, colat, dll.

Kali ni saya amik resepi dari Yatie. Banyak blog yang menggunaka resepi yang sama. Alhamdulillah, kali ni kek span saya mejadi elok... Saya letak perasa pandan dan tambah pewarna hijau.. Ijonya kek itew!!!


Bahan-bahan :
  • 150 gm tepung gandum*
  • 1 sudu tehbaking powder* (*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • Perisa vanilla/strawberry/coklat/cappucino/dll ikut suka
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian - kalau nak buat 2 layer, letak perisa yg disukai. Gaul sebati.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. 
 UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1/2 cwn susu pekat manis @ ikut kemanisan yg disukai - satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
  1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. (Saya buat satu layer je...)
  2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong




Sunday, November 24, 2013

Menu sarapan di hujung minggu


Ikan goreng celup tepung
Menu sarapan ke ni? Ntahlah, dah tekak rasa nak makan ikan celup tepung, kita kira bagi jadi je lah... Nak tunggu dapat makan ICT kat Terengganu ke, PCB ke, makan tahun mau...

Bahan2:
Ikan selar saiz kecil atau sedang
Tepung beras
Serbuk kunyit
Air kapur
Garam
Telur sebiji

Sukatan agak2 je lah. Bancuh dengan air biasa, jangan cair sgt, jgn pekat sangat. Lebihkurang macam batter nak goreng pisang. Celup ikan dlm tepung dan goreng hingga garing. Makan cicah sos panas2. Sedap...

Roti gulung sosej
Menu kedua di pagi yang sama ini ialah menu kantin sekolah. Beli bread crumb hari tu tak tahu apa nak buat, buat roti gulung sosej lah paling senang.

Bahan2:
Roti keping putih
Sosej - distim atau rebus sekejap
Telur dipukul sekejap dgn garfu dan campur 2-3 sb susu cair
Bread crumb - yg kuning la cantik.. Ada juga dijual bread crumb yg putih.

Roti dibuang crust yg tepi
Gelek dgn roller pin hingga nipis tp taklah nipis cam kertas :)
Letak sebatang sosej dihujung roti dan gulung kemas. Gamkan hujungnya dgm telur.
Celup dlm telur dan terus golek dlm crumb hingga berpalut rata.
Goreng hingga kekuningan.

Gandingan aci dan...


Thursday, November 7, 2013

Cuba-cuba...

Salam. 

Asyik tengok gambar kek kat fb, blog dan youtube, teringin gak nak main deco2 cake. Ramai pakar kek berkata, kekemasan hiasan kek yg cantik hanya terhasil dari latih tubi membuatnya.. Saya agree 100%. Ye lah, mana mungkin tanpa kemahiran yg tinggi dapat menghasilkan lepaan kek yg licin dan kemas.. Belum masuk lagi bab elemen hiasan yg nak letak atas kek. Mmg salute lah pakar2 kek yg wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujang sekarang ni. 

First time pegang piping bag tangan mesti terketar2, tak tau budget nak picit tara mana, nak mula mana, nak berhenti mana..pendek kata serba tak kena lah.. Org kata nak pandai mesti berguru, mmg betul pun takkan main hentam je tanpa mengetahui teknik2 yg ada. Kelas2 membuat kek pun dah banyak sekarang sebab permintaan yg tinggi dari golongan yg mahu berkecimpung dlm bidang baker ni. Kadang2 terfikir, agaknya kedai kek yang biasa2 sure dah tak boleh buat business sangat dah dgn kek ni. Kecuali yg dah ada nama cam secret recipe ke lain la. Depa kena harapkan produk bakery lain spt roti dan pastry. Home made cake tak dinafikan lagi sedap dari kek kedai, sebab tu org lebih memilih utk beli dari home baker je sekarang.. Dari aspek lain, ianya memberi ruang menambah rezeki bagi suri rumah dan juga baker part time.

Berbalik kepada cerita 'gatal tangan' saya yang tak pernah gi mana2 kelas ni, saya cuba buat dari apa yg dilihat kat youtube je. Kek2 ni pun untuk anak2 bawak gi sekolah atau saya bawak gi opis je. Ok la untuk hilangkan geletar tangan pegang piping bag. Kalau dah rasa kompidem sikit, boleh la masuk kelas cake deco, idak la malu sgt..





Yang ini nak buat ombre konon, tapi malas nak buat at least 3 ton warna, buat 2 je..

Huh, kesimpulannya bakers memang kena TEGAR!





Friday, October 25, 2013

Spaghetti Aglio Olio


Salam. 

Resepi ringkas tetapi menyelerakan. Mudah disediakan, sedap dimakan. Bahan tak banyak dan mostly bahan instant dah ada kat rumah. Yang terpenting - bawang putih dan minyak zaitun. 2 benda ni jgn ganti dgn benda lain, nanti lari terus prinsip dia. Bagi saya udang yg paling ngam dgn pasta aglio olio ni. Sotong pun ok gak kut. Ayam pun ok... Senang citer apa2 pun boleh lah, paling2 tadak apa pun sosej dan jejari ketam pun bolehlah :)

1/2 bungkus spaghetti - direbus dan ditoskan
5 sb minyak zaitun
5 ulas bawang putih dimayang halus
1 sb chili flakes
1st lada hitam serbuk kasar
1/2 cawan udang dibuang kulit - yg ni ikut suka nak letak 1/2 kg pun takpe
Daun parsley dicincang @ parsley flakes yg kering pun boleh
Garam secukup rasa
Serbuk keju parmesan

Tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan udang, gaul sehingga udang bertukar warna.
Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
Masukkan spaghetti yg telah dicelur. Kacau sebati.
Perasakan garam, nk letak gula sedikit pun takpe.
Akhir sekali taburkan daun parsley.
Taburkan keju parmesan sebelum dihidang.


Monday, October 7, 2013

Gulai Ikan Tongkol - Regu Nasi Dagang



2 ekor ikan tongkol - direbus dgn garam dan asam keping hingga air kering
3 cawan santan pekat
10 tangkai cili kering
 8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas diketuk
4 sudu besar rempah kari ikan cap Babas
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
7-10 tangkai cili api hijau
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula kabung secukup rasa atau gula biasa

Blend cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis bahan blend sehingga pecah minyak.
Bancuh serbuk kari, ketumbar dan jintan putih dengan air dam masukkan ke dalam tumisan.
Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan juga lengkuas.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. Kacau selalu.
Biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping.
Masukkan ikan tongkol yang telah direbus. Masukkan juga cili api dengan tangkai sekali. Kalau ada belimbing buluh boleh dimasukkan sekali.
Jangan kacau terlalu kuat takut ikan pecah.
Perasakan garam dan gula. Biarkan seketika dalam 10 minit. Siap.

Sunday, October 6, 2013

Happy birthday Aiman Haris!

Salam 1 Zulhijjah...

Malam tadi TRW baru saja membenamkan JDT 6-1 dalam perlawanan balas setelah dikalahkan 2-4 di JB minggu lepas untuk Piala Malaysia 2013. Hari ni ada geng FB yang memberi salam yang berbunyi lain sikit "salam 6 Oktober Kelate, bersamaan 1 Zulhijjah JDT"... Macam2 korang ni.. 

Saya tak berniat nak menjadi pengulas sukan di sini. Walaubagaimanapun tarikh 6 Oktober merupakan salah satu tarikh penting keluarga kami iaitu tarikh lahir anak bongsu saya, Aiman Haris. Tahun ini Aiman dah 5 tahun, dah sekolah tadika, dah tinggi, dah pun 20.5kg berat :) .... 

Selamat ulangtahun anakku sayang, umi doakan semoga Aiman jadi anak yg soleh, tonggak keluarga, dan dapat berbakti kepada umi abah dan kakak-kakak semua... Ameen.