Sunday, February 23, 2014

Cream cheese frosting

Assalamualaikum.

Lama tak update blog ni. Sibuk sikit awal tahun ni dengan penghujung semester, buat soalan, marking assignment, marking final, siapkan grading. Tambah pulak anak2 start masuk tuisyen itu ini menjadikan awal tahun memang agak sibuk bagi semua ibu2.

Just nak update letak satu pencapaian baru buat diriku sebab dab berjaya buat cream cheese frosting yang campur dengan whipping cream. Lain org lain cara kejayaannya, entah kenapa aku buat cream cheese frosting campur whipping cream 2 kali sebelum ni tak berapa menjadi. Tak bercampur sekata dan macam berketul dan tak licin. Kenapa nak sgt buat frosting jenis ni, sebab aku rasa lebih light rasa creamnya, tak heavy rasa cheese dan oleh itu boleh ngap byk sket...hehe..

Baru2 ni ada sorang kawan baker yang baru berkecimpung dengan tempahan kek bagitau dia guna whipping cream jenama Vivo. Aku pun try lah beli dan guna whipping cream ni utk buat cream cheese frosting ni. Alhamdulillah menjadi bercampur sekata dan licin elok. Sebenarnya aku aku tak sure tang mana silap sebelum ni, aku suspek terlebih pukul sampai keras sangat baru campur dengan cheese cream yang dipukul berasingan dengan butter dan gula aising, menyebabkan whip cream sukar sekata. Ke sebab certain brand memang camtu pe'el nya? Entah la selagi semangat nak mencuba ada, selagi tu lah kita masih mencuba sehingga mendapat hasil yg diingini. Macam ni lah org belajar sendiri tak pergi kelas, kalau masuk kelas sure dah tahu sebab musababnya..
 
Resepi:
250g cream cheese Philadelphia
50g butter
3/4 cawan gula icing diayak
Sedikit perasa vanila
1 cawan whipping cream - pukul sehingga kembang tapi belum bertanduk tajam, tanduk pendek tumpul je :) kuakua...

Mula2 pukul cheese dan butter sehingga berkrim.
Masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
Pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan esen vanila atau perasa oren jika suka.
Campurkan dengan whipping cream yg telah dipukul, pukul hingga sekata dan smooth.
Dah ready utk digunakan.. 
Kalau lebih boleh simpan dalam freeze dan defroze sebelum guna.

Okay, nak letak gambar kek red velvet (kek apa lagi mak suka buat dik non oiii...) yang menggunakan cream cheese frosting dengan whipping cream ni.

Ni yang buat kek sebiji tema JDT... Walaupun tiada kerabat Johor dalam keluarga ini..

Ni yang buat cupcakes, habuan anak kat asrama..




Sunday, January 12, 2014

Nasi Dagang dengan pressure cooker

Salam.


Sebelum ni saya ada post resepi gulai ikan tongkol untuk dimakan bersama nasi dagang. Kali ni saya nak post resepi nasi dagang yang dimasak menggunakan pressure cooker. Semua mengetahui cara memasak dagang ialah dengan mengukus beras dan diarung menggunakan santan 2 atau 3 kali bagi memastikan nasi benar2 masak dan lembut. Lebih2 lagi jika memasak nasi dagang Kelantan yang menggunakan beras nasi dagang merah yang lebih keras berbanding beras pulut dengan beras wangi. Jadi cuba bayangkan masa yg diperlukan untuk menyiapkan hidangan istimewa ini jika setiap kali sesi mengukus ialah 20-25 minit? 

Saya amat berterima kasih kepada kawan saya kerana memberikan cara memasak nasi dagang menggunakan pressure cooker ini kerana tempoh memasaknya yg sgt singkat dan hasil yang setara dgn memasak cara kukus. Imagine 7 minit sahaja tempoh pressure cooker perlukan!

Resepi:
6 cawan beras (saya guna beras merah nasi dagang Kelantan)
2 cawana air
2 cawan santan
- Masak menggunakan high pressure mode yang diset selama 7 minit

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
- Semua dimayang halus
2 sb halba
1 sb garam
1 1/2 cawan santan
- Campur semua dan kacau bagi garam larut

Setelah timer pressure cooker tamat, releasekan pressure dan keluarkan nasi ke dalam bekas besar.
Dengan segera, gaulkan campuran santan dan bawang etc ke dalam nasi sehingga rata dan meresap.
Sedia dihidangkan... Senangkan? Saya tak pernah menyangka yang nasi dagang boleh disediakan dengan cara semudah ini. Lepas ni tidaklah 'bercinta' lagi jika nak memasak nasi dagang dan beras nasi dagang saya tidak akan sempat berkutu lagi...


Resepi acar timun ringkas (pelengkap hidangan nasi dagang):
1 batang timun (dibuang kulit dan dipotong panjang dgn biji dibuang)
1/4 batang karot - dihiris halus 
1 biji tomato - buang biji dan hiris nipis
Boleh tambah nenas juga, saya takde...
3 biji cili padi merah - potong halus
3 biji cili padi hijau - potong halus
1/2 labu bawang besar holland - dihiris nipis
1 sb gula pasir
1 st garam
2 sb cuka
1 sb air

- Kacau gula garam cuka dan air sehingga larut. Masukkn cili dan bawang. Gaul rata. 
- Masukkan timun, karot, tomato dan gaul rata.
- Siap

Wednesday, January 1, 2014

Cheddar Cheese Muffin

Salam tahun baru 2014. Moga tahun ini kita menjadi lebih baik dari tahun lepas dan tahun2 sebelumnya.

Lembut, gebu, lemak dan manis sederhana... Itu review yg saya berikan utk resepi ini. Sedap tak rugi mencuba, lagipun senang dan cepat. Saya buat ni saiz kecik diameter 3.5 cm dapat dalam 20 biji.


Resepi:Chef Noraini Zakaria 
Sumber: Izahdaut

Bahan: 
250g tepung gandum 
150g minyak masak 
150g susu segar kotak *boleh guna buttermilk 
70g keju cheddar} diparut
50g keju cheddar},diparut -utk hiasan
150g gula kastor 
13g serbuk penaik 
1 sudu teh garam 
2 biji telur gred B-dipukul  

Cara:
1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk adunan.Kacau hingga sebati. 
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk- kan 70g keju cheddar. 
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing) akan menyebabkan mufin mengeras. 
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan. Bakar selama 20 minit hingga mufin masak. 


Monday, December 30, 2013

Serimuka Pandan

Salam.



Dah lama nak buat serimuka pandan dengan pulut hitam tapi tak terrbuat-buat. Masa cuti hari krismas lepas husband minta breakfast pulut gaul kelapa parut dengan pekasam Kedah. Ku pun godek cari pulut dalam tupperware. Banyak lagi beras pulut yg beli kat siam masa balik raya puasa hari tu. Walaupun dah ada bubuk sikit nasib baik masih elok, mungkin sebab beras pulut susu kualiti bagus dari siam ni susah sikit bubuk nak membiak. Bagi yg tak tahu bubuk ni kutu beras. Breakfast lah kami dengan pulut nyok ikan pekasan hari tu..


Mengancam tak pekasam ikan lampam ni? Inilah ikan pekasam terbaik dan segar dari ladang dari Tobiar, Pendang, Kedah. Tiap kali kami balik Kedah, bekal pekasam balik Bangi pasti tak dilupakan, sekali beli 2-3 kg.. Perghh! Pasti mak mertua lalu belakang tak perasan bila ngadap pekasam ni dgn pulut nyok..

Berbalik kpd cerita serimuka pandan ni, melihatkan beras pulut masih banyak, mula terfikir balik nak buat serimuka. Beras pulut hitam pun ada, maka terlaksanalah niat nak buat serimuka pulut hitam kali ni..


Lapisan pulut:
2 cawan beras pulut - rendam sekurang2nya 1 jam
3/4 cawan beras pulut hitam- rendam semalaman (pulut hitam kena rendam lama dari pulut biasa sbb sifatnya yg keras)
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Garam secukup rasa

- satukan kedua-dia jenis beras pulut dan masukkan dlm loyang.
- tuangkan santan dan tambahkan air sehingga sama paras dengan pulut.
- gaul rata dengan garam
- kukus selama 1/2 jam sehingga pulut masak
- angkat dan tekan dengan senduk sehingga padat ketika panas2
- tuangkan lapisan atas dan kukus 1/2 jam lagi

Lapisan atas:
3 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
3 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Sedikit garam
Setitik pewarna hijau, kalau nak warna lebih hijau (optional)

- satukan semua bahan dan blend
- tuangkan ke dalam periuk dan kacau sehingga berwap
- tuangkan atas lapisan pulut yg telah ditekan

Sejukkan sebelum dipotong dgn pisau palstik utk mengelakan dari melekat kalau guna pisau stainless steel.

Tuesday, December 24, 2013

Kek Span Bersalju Keju

Assalamualaikum.



Tiba juga mood mencuba kembali kek span bersalju keju ni.. Pernah buat sekali dulu di sini tapi tak berapa puashati sebab kek span tu tak menjadi sangat, tak naik betul macam mampat. Kek ni juga telah divariasikan menjadi kek keju meleleh yg tengah top sekarang. Bezanya hanya frosting cheese yg lebih cair dan meleleh ke tepi serta kek span yang dipelbagai rasa - vanila, strawberry, cappucino, colat, dll.

Kali ni saya amik resepi dari Yatie. Banyak blog yang menggunaka resepi yang sama. Alhamdulillah, kali ni kek span saya mejadi elok... Saya letak perasa pandan dan tambah pewarna hijau.. Ijonya kek itew!!!


Bahan-bahan :
  • 150 gm tepung gandum*
  • 1 sudu tehbaking powder* (*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • Perisa vanilla/strawberry/coklat/cappucino/dll ikut suka
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian - kalau nak buat 2 layer, letak perisa yg disukai. Gaul sebati.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. 
 UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1/2 cwn susu pekat manis @ ikut kemanisan yg disukai - satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
  1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. (Saya buat satu layer je...)
  2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong




Sunday, November 24, 2013

Menu sarapan di hujung minggu


Ikan goreng celup tepung
Menu sarapan ke ni? Ntahlah, dah tekak rasa nak makan ikan celup tepung, kita kira bagi jadi je lah... Nak tunggu dapat makan ICT kat Terengganu ke, PCB ke, makan tahun mau...

Bahan2:
Ikan selar saiz kecil atau sedang
Tepung beras
Serbuk kunyit
Air kapur
Garam
Telur sebiji

Sukatan agak2 je lah. Bancuh dengan air biasa, jangan cair sgt, jgn pekat sangat. Lebihkurang macam batter nak goreng pisang. Celup ikan dlm tepung dan goreng hingga garing. Makan cicah sos panas2. Sedap...

Roti gulung sosej
Menu kedua di pagi yang sama ini ialah menu kantin sekolah. Beli bread crumb hari tu tak tahu apa nak buat, buat roti gulung sosej lah paling senang.

Bahan2:
Roti keping putih
Sosej - distim atau rebus sekejap
Telur dipukul sekejap dgn garfu dan campur 2-3 sb susu cair
Bread crumb - yg kuning la cantik.. Ada juga dijual bread crumb yg putih.

Roti dibuang crust yg tepi
Gelek dgn roller pin hingga nipis tp taklah nipis cam kertas :)
Letak sebatang sosej dihujung roti dan gulung kemas. Gamkan hujungnya dgm telur.
Celup dlm telur dan terus golek dlm crumb hingga berpalut rata.
Goreng hingga kekuningan.

Gandingan aci dan...


Thursday, November 7, 2013

Cuba-cuba...

Salam. 

Asyik tengok gambar kek kat fb, blog dan youtube, teringin gak nak main deco2 cake. Ramai pakar kek berkata, kekemasan hiasan kek yg cantik hanya terhasil dari latih tubi membuatnya.. Saya agree 100%. Ye lah, mana mungkin tanpa kemahiran yg tinggi dapat menghasilkan lepaan kek yg licin dan kemas.. Belum masuk lagi bab elemen hiasan yg nak letak atas kek. Mmg salute lah pakar2 kek yg wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujang sekarang ni. 

First time pegang piping bag tangan mesti terketar2, tak tau budget nak picit tara mana, nak mula mana, nak berhenti mana..pendek kata serba tak kena lah.. Org kata nak pandai mesti berguru, mmg betul pun takkan main hentam je tanpa mengetahui teknik2 yg ada. Kelas2 membuat kek pun dah banyak sekarang sebab permintaan yg tinggi dari golongan yg mahu berkecimpung dlm bidang baker ni. Kadang2 terfikir, agaknya kedai kek yang biasa2 sure dah tak boleh buat business sangat dah dgn kek ni. Kecuali yg dah ada nama cam secret recipe ke lain la. Depa kena harapkan produk bakery lain spt roti dan pastry. Home made cake tak dinafikan lagi sedap dari kek kedai, sebab tu org lebih memilih utk beli dari home baker je sekarang.. Dari aspek lain, ianya memberi ruang menambah rezeki bagi suri rumah dan juga baker part time.

Berbalik kepada cerita 'gatal tangan' saya yang tak pernah gi mana2 kelas ni, saya cuba buat dari apa yg dilihat kat youtube je. Kek2 ni pun untuk anak2 bawak gi sekolah atau saya bawak gi opis je. Ok la untuk hilangkan geletar tangan pegang piping bag. Kalau dah rasa kompidem sikit, boleh la masuk kelas cake deco, idak la malu sgt..





Yang ini nak buat ombre konon, tapi malas nak buat at least 3 ton warna, buat 2 je..

Huh, kesimpulannya bakers memang kena TEGAR!