Assalamualaikum.
Kali kedua buat kek rainbow. Kali pertama pakai resepi dari blog Kak Zu Semanis Gula.
Saya suka kek ni sebab color dia cantik dan ceria. Bila tengok gambar-gambar kek ni kat blog dan FB, ralit je duk tengok warna-warna ceria dia tu. Saya pun dah tahu cara orang susun warna tu ikut warna pelangi - mula dari bawah dengan purple, pastu biru, hijau, kuning, oren dan atas sekali merah.
Kali ni saya buat guna adunan premix butter cake beli dari kedai bakeri. Banyaknya butter yg diperlukan oleh premix ni - 375g (1 setengah buku). Saya ikutkan je, nak mengalterkan takut tak jadi pulak sebab belum penah try beli premix ni.
Bahan-bahan:
500g premix butter cake
375g butter
275g eggs (dalam 5 biji)
Semua ni bahan yg dikehendaki/tertulis kat pack tu. Mula-mula pukul premix dengan butter 7 minit. Pastu masukkan telur pukul lagi 5 minit - that were exactly the instructions on the pack.
Pastu saya bahagi 5 bahagian dan warnakan purple, biru, hijau, kuning dan merah. 5 je. Hahaha... tak cukup jugak 6 warna kali ni, niat dihati nak buat 6 warna cewahh. Sebabnya salah kira bekas. Bila dah siap tompok dalam bekas2 tu baru perasan 5 je. Malas la pulak nak cedok sikit2 from each bowl. So biarkan je. Tapi nasib baik juga saya buat 5 je, sebab kek ni naik tinggi masa bakar, tapi bila sejuk dia turun balik.
Untuk krim pulak, pakai buttercream kali ni (dulu pakai fresh cream). Maknanya akan adalah nanti versi cheesecream pulak...tunguuu!
Buttercream:
250g krimwell
60g butter
2 sudu besar susu pekat manis (optional)
5-6 sudu besar gula aising
Pukul semua bahan ni dengan kelajuan tinggi sampai dia double up the volume dan berwarna putih. It took about 10-15 minutes.
Cheers!
Monday, April 30, 2012
Tuesday, April 3, 2012
Tuesday, March 27, 2012
Testing 1 2 3...
Trying to post using blogger for iphone. Blogpress keno bayor, amik yang free je. Cer upload gambar pulak...
Haa boleh pun.. Ni brownie kukus lapis cheese yg dah potong. Post sebelum ni pasal BKLC tak boleh potong sebab orang punya. Abaikan kecomotannya..
Haa boleh pun.. Ni brownie kukus lapis cheese yg dah potong. Post sebelum ni pasal BKLC tak boleh potong sebab orang punya. Abaikan kecomotannya..
Kalau pergi holiday trip ke boleh update blog terus pakai phone je. Baru betul di hujung jari, bukan informasi yg dikehendaki je sekarang ni di hujung jari, nak share dengan org lain pun di hujung jari. Lama-lama boleh patah jari :)
Monday, March 26, 2012
Kuih Cara Manis
Kuih tradisional yang simple tetapi takleh buat kalau takde acuan dia :). Resepi ni boleh digunakan untuk kedua-dua versi kuih cara iaitu manis atau berlauk. Kalau nak buat cara berlauk, excludekan esen pandan dan pewarna hijau.
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 1/2 cawan santan @ kali ni saya gunakan 1 kotak kecil santan segera + 2 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau dan esen pandan ( gunakan air daun pandan yang diblend lebih afdhal, sukatan air pandan mesti termasuk dlm sukatan cecair/santan di atas)
Cara-cara:
1. Dengan menggunakan blender, blend tepung gandum, gula, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan dan titikkan pewarna hijau dan esen pandan. (cara ni lebih senang daripada kacau pakai whisk dan tapis)
2. Panaskan acuan kuih cara, dan gris acuan dengan minyak masak, tuangkan adunan sampai hampir penuh, masukan sedikit gula sebagai inti, tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan 2-3 minit.
3. Bila nampak warna adunan dah bertukar dari keputihan kepada hijau, maknanya dah masak. angkat dengan sudu kecil dan sedia untuk dihidangkan. Ooppsss kena tunggu sejuk sebelum ngap kerana gula cair di dalam boleh membahayakan lidah anda!.

Selamat mencuba!
Monday, March 12, 2012
Brownie Kukus Lapis Cheese
Salam.
Dah banyak kali jugak buat brownie kukus lapis cheese ni. Mula-mula jumpa premix brownie kukus jual kat kedai bahan bakeri, pastu jumpa resepi brownie kukus ni di lapis dengan cheese. Tak ingat site mana tapi lepas2 tu saya google jumpa banyak na site guna resepi yang sama. So sapa dulu yg mempelopori BKLC ni saya pun tak koser nak membuat literature review :)
Baru-baru ni ada kawan hubby minta buatkan untuk kawan2 dia kat sekolah ada majlis hari jadi bulanan (ke quarterly?). Dia nak 3 bijik tapi saya tak larat nak buat sampai 3 biji sebab tengah2 minggu, buat 2 je.
So sesapa nak buat, pi cari premix brownie kukus kat kedai bakeri dan membuatnya senang je, tak sampai 5 minit mengadun. Cuma nak tunggu kukus 3 lapis tu yg lama sket la, total mengukus time dlm 45 minit je.
500g premix brownie kukus (ada yg menanya guna premix brownie dlm kotak yg jual kat supermarket tu bleh tak? Jawapan saya, saya lom try :))
4 biji telur
200ml air
75ml minyak jagung
1 st crescent baking powder (BP biasa pun ok)
1 st soda bicarbonate
Secubit garam
Lapisan cheese:
250g cream cheese
25ml air/susu
60 g gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila
Cara-cara membuat:

- Mula-mula adun bahan brownie. Campur semua bahan dlm mixing bowl, putar dengan kelajuan sederhana selama 3 minit.
- Adunan ni kena bahagi 2 (satu bahagian dlm 500 ml, saya dah sukat). Masukkan satu bahagian dlm loyang (saya guna 8 x 8 inci, just nice) yg telah dialas baking paper.
- Kukus 15 minit. Balut penutup kukusan dengan kain utk elak air menitik atas permukaan kek. Atau pun saya pernah tengok org tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.
- Sementara lapisan pertama sedang dikukus, bancuh lapisan cheese. Pukul semua bahan kecuali telur sampai licin dan kembang. Masukkan telur dan pukul sehingga rata.
- Setelah 15 minit mengukus brownie lapisan pertama tadi, tuangkan adunan cheese ke atasnya dan kukus lagi selama 15 minit.
- Akhir sekali tuangkan sebahagian lagi brownie ke atas lapisan cheese dan kukus lagi 15 minit.
- Cucuk dengan lidi, pastikan brownie dah masak. Sejukkan 20 minit dlm loyang baru keluarkan.
- Boleh letak topping chocolate ganache kalau suka.
Monday, February 20, 2012
Brownies
Resepi ambil dari Kak Nor SGN67.
Macam review yang diberikan Kak Nor, memang marvelous brownies ni. Sebenarnya, saya tak pernah dapat buat brownies yang menjadi crispy kat permukaan atas macam resepi ni. Yang pernah saya buat dulu jadi macam kek coklat biasa, cuma texturenya lebih padat bukan gebu macam kek. Memang saya puashati lah dengan resepi ni. Selalu nengok gambar brownie mesti atasnya crispy retak2 gitu kan? That's why I conclude that my try this time is a success... :):) Puji jangan tak puji...

Thursday, February 16, 2012
Lasagna
Malam tadi buat lasagna, 'segar angin' Kakngah yang suka benar makanan orang Italy ni... Rasanya terlebih white sauce kali ni, tapi lantaklah, nak makan sendiri je kan..
Buat ikut instruction belakang kotak instant lasagna San Premo ni je. Bila buat meat sauce tu, saya pakai spaghetti sos dalam botol je, kali ni pakai Kimball (nampaknya Kimball pun dah buat sos spagetthi sekarang). Kalau rajin boleh buat sendiri pakau tomato paste and tomato dalam tin dan tambah mixherbs.
Lebihkurang macam ni lah resepi yg saya buat, berdasarkan resepi belakang kotak:
Meat sauce:
300g minced meat
1 botol sos spaghetti tradisional (apa-apa cap pun boleh lah, asalkan halal)
1 labu bawang besar - chopped/dadu
2 ulas bawang putih - dadu
1 biji buah tomato - dadu
1 tin cendawan butang - dadu/cincang (nak tukar sayur lain pun boleh - carrot ke, mix vege ke..)
Salt, pepper, gula secukup rasa
Minyak zaitun/biasa untuk menumis
White sauce:
2 sb butter
3 sb tepung gandum
600ml susu (atau susu 500ml + 100ml air)
Salt, pepper
1/2 cawan keju mozarella/cheddar
Instant lasagna secukupnya
Keju cheddar/parmesan untuk tabur
Steps:
- Untuk meat sauce, tumis bawang besar dan garlic sampai wangi, masukkan minced meat. Kacau sampai daging masak. Tuangkan sos spaghetti, cendawan dan air (agak2 satu botol tu la). Perasakan dengan pepper, garam, gula. Boleh tambah mix herbs.
- Untuk white sauce, panaskan butter sampai cair. Bubuh tepung dan kacau sampai tidak bergentel dan licin. Bila agak2 tepung dah masak (warna dia lain sikit), masukkan susu. Kacau sampai pekat dan licin. Perisakan garam dan pepper.Last sekali masukkan keju cheddar/mozarella dan kacau sampai keju cair.
- Cara membuat lasagna: Mula2 sekali griskan acuan (baking dish atau loyang biasa pun takpe) dengan minyak atau butter. Tuangkan lebuhkurang secawan meat sauce dan ratakan di dasar loyang. Tuangkan white sauce pula dan ratakan. Susun kepingan lasagna. Ulang lagi sehingga habis (3-4 layer). Berhenti dengan lapisan white sauce di atas sekali. Taburkan parmesan atau cheddar cheese sehingga rata. Bolehlah juga ditabur parsley flakes last sekali. Bakar 35-40 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)