Monday, April 22, 2013

Talam Tokyo

Salam.

First time dengar nama kuih talam Tokyo ni. Ingat nak letak title talam sagu, tapi kan takut memang nama talam Tokyo ni dah dikenali ramai cuma saya yg tak tahu. So saya kekalkan nama talam Tokyo sepertimana nama asal dia sewaktu saya mengenalinya. Siapa yang memberi nama dan kenapa Tokyo menjadi pilihan, wallahu'alam. Sekali tengok macam serimuka, tapi bila telek betul-betul lapisan bawah tu bukan pulut tapi sagu. Lapisan atas pula lebih kenyal kerana diperbuat dari tepung kastad, instead of tepung gandum kalau serimuka.


Kerana rasanya yg unik dan berlainan dengan kuih2 talam yg lain, jadi saya rasa resepi ni berbaloi untuk diperluaskan lagi perkongsian 'sharing is caring'  dan dapat menambahkan lagi koleksi kuih talam yang sedap di negara kita.

Saya ambil resepi dari sini:



Bahan Untuk Lapisan Bawah:
300gm sagu kecil warna putih
60gm sohoon
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong pendek-pendek. 
  2. Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. 
  3. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.




Bahan Untuk Lapisan Atas:
4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan blend rata. 
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. 
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. 
  5. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.




Jangan takut mencuba kerana ianya pasti menjadi, insyaallah..

Sunday, April 21, 2013

Happy Birthday Dikja dan Kek Red Velvet (dalam disposable foil)

Assalamualaikum.

Last week 17.4 adalah harijadi anak perempuan ke 3 saya, Iman Fariza (Dikja) yang tahun ni dah masuk 9 tahun. Selamat harjadi anak umi, moga jadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat. Dia minta nak sambut birthday kat sekolah agama bersama kawan2.. Permintaan disuarakan dah petang hari, dan saya pun teringat bahan2 red velvet dah sedia, maka buatlah red velvet utk dia bawa ke sekolah dalam alumunium foil ni. Sementelah dah agak lama saya tak buat kek red velvet. Macam pernah saya tulis dahulu, kek ni macam ada badi, lama tak makan teringin nak. Kadang tu buat bukan makan pun tapi asalkan buat. Hiasan ala kadar je sebab mata pun ngantuk nunggu kek sejuk utk ditoppingkan. Esok paginya saya perlu keluar awal so kek perlu disiapkan malam itu juga..

Sekarang ni saya lihat ramai penjual kek dah pakai aluminium foil ni.. Mungkin lebih senang dan kos pun tak tinggi (yg saya beli saiz square 8 inci ni rm9.90/10 pcs). Bakar kek dalam tu, hias ala kadar terus boleh hantar ke customer, acuan n packing 2 in 1...especially kalau untuk makan2 je. Ada macam2 saiz saya tengok kat kedai bahan bakeri, siap ada penutup plastik.

Wassalam..



Dikja...




Tuesday, April 16, 2013

Pavlova in da house...

Assalamualaikum.

Setelah demam pavlova dah agak reda di persada dapur tanahair, barulah umimans cekal hati nak mencuba membuatnya sendiri. Pernah makan pavlova sebelum ini yang ditempah melalu kawan, bagi saya takdelah hebat benar penangan dia macam penangan durian crepe. Agaknya sebab rasa dia yang agak plain sahaja antara manis dan masam, bukannya ada rasa unik tersendiri. Apa-apa pun benda senang je nak buat, bahan pun simple, maka alangkah rugi kalau tak mencungkil bakat terpendam menghasilkan pavlova sendiri..

Mari kita lihat hasilnya...



Standard lah wajah pavlova, kalau bukan kerana buah-buahan fusion kat atasnya tu, talam keladi lagi lawa...hehe..

So sapa-sapa yang masih belum mencungkil bakat mem-pavlova, silakanlah.. Insyaallah pasti menjadi..

Resepi:


Bahan-bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung

Pastikan mangkuk dan whisk bersih dan kering.
Pukul putih telur sampai berbuih.
Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis.
Teruskan memukul sehingga menjadi merrigue yang kental dan soft peak.
Masukkan esen vanila dan ayakkan tepung jagung ke dalam merrigue, kacau rata.
Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata lagi.
Letakkan adunan merrigue di atas loyang  yang di alas baking paper. Bentukkan adunan menjadi bulatan diameter 8-9 inci (biarkan dia tebal sedikit)
Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 1 jam (lebih kurang.. kalau dah nampak warna dah bertukar perang pucat, insyaallah dah masak)


Topping :
1 cawan non-dairy whipping cream.

Putar whipping cream sehingga kental dan soft peak.
Sapukan di atas permukaan pavlova dan seterusnya hidangkan bersama buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry, anggur tanpa biji, kiwi, peach atau mangga..
Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan.

(Lebihan boleh disimpan dalam peti ais, boleh tahan sehari dua bergantung pada jenis buah yang digunakan)




Wassalam.

Wednesday, March 20, 2013

Snow Cheese Cake

Salam..

Dah lama salin resepi ni, hajat nak buat tu berkobar2 melihatkan rupa paras yang dilitupi 'salji' keju parut itew... akan tetapi lama tertangguh sehinggalah melihatkan kawan baik dah cuba dan review daripada dia sangatlah best itu kek.. Maka kobar perlu dihidupkan semula dengan masuk dapur, sedia bahan dan hidupkan mixer.. (sebelum tu gi kedai dulu cari bahan - bahan tak susah, biasa2 je cuma cheddar cheese jarang ada stok kat rumah)




Resepi boleh ambil dari banyak blog, tapi saya tepek kat sini resepi yang saya ambil dari blog Kak Nor..


KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Hasilnya..maksud saya hasil kek buatan saya, agak tidak memuaskan hati saya. Saya tak pasti dimana silap, kek sponge saya tidaklah segebu dan selembut yang sepatutnya. Agak mampat kejadiannya... mungkin saya pukul tidak cukup ringan. Atau sebab saya kurangkan ovalette ke 1 sb sahaja? Kek pun tak naik tinggi, dan saya membuat keputusan kek tak perlu dibelah dua untuk diletakkan cheese ditengahnya. Saya hanya terus sapukan topping di sekeliling dan permukaan kek sahaja.

Saya pasti akan mencubanya lagi insyaallah, mungkin menggunakan resepi sponge kek yang lain.. Tetapi, overall, kek ni sedap, lemak berkrim dengan topping cream cheese yang digandakan dengan keju cheddar parut di atasnya. Cuma kek agak kurang manis, tapi dah ok kut sebab dicover oleh kemanisan topping.


Chocolate Chips Muffin

Salam...

Mudah, cantik dan sedap... Tiga perkataan unttuk menggambarkan resepi kali ini. Sekali lagi mendapat inspirasi dari blog Azie Kitchen.





Rich Chocolate Chips Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
1/2 sk esen vanilla

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 st baking powder double action
1/2sk baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Cara cara:
Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.

Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:
Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap


Thursday, February 14, 2013

Carrot Cupcake

Salam..

Cukup mudah resepi yang saya cuba dari Azie Kitchen ni (lately ni saya banyak visit blog dia..). Tak perlu banyak bahan dan cara membuatnya juga simple...

Walau bagaimana pun, saya masih mengekalkan resepi carrot cake yg saya ada sebelum ni sebagai resepi terbaik. Nanti bila saya buat pakai resepi tersebut saya post kat sini... Tetapi jika inginkan carrot cake yg simple dan mudah membuatnya di saat kemalasan melanda, saya kira resepi ni masih applicable..





Moist Carrot Cupcake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 Ib carrots - parut
1 cawan walnut - cincang
3 biji telur gred A - (guna 4 telur B)
1/2 cawan buttermilk (atau 1 sk jus lemon + susu)
1 sk pure vanilla extract
2 cawan gula
1 cawan minyak sayuran
1 sb parutan kulit oren
3 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
2 sk baking powder
1 sk garam
2 sk serbuk buah pelaga - umimans skip
1 sk serbuk kayu manis

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Panggang walnut dalam oven selama 5 minit dan keluarkan dari oven. Sejukkan dan ketepikan. Bersihkan carrot, buang kulit kasar dan parut.

Satukan carrot, buttermilk, minyak, gula, telur, vanilla extract dan parutan kulit orange di dalam mangkuk dan kacau sebati.

Di dalam mangkuk lain, satu dan ayakkan tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk buah pelaga dan serbuk kayu manis.

Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan walnut dan gaul sebati secara kaup balik.

Tuangkan ke dalam cawan kertas dalam 1/2 ke 3/4 penuh selama 18-20 minit atau sehingga masak. Rotate loyang selepas 15 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.


Resepi cream cheese frosting saya:
250g Philadelpia cream cheese
50g butter
3-4 sb UHT whip cream/susu segar/susu cair
1 cawan gula aising
1-2 titik orange flavour / 1 sb perahan lemon

Pukul cream cheese dan butter sampai lembut berkrim.
Masukkan gula aising sedikit demi sedikt, berselang seli dengan whipping cream. Kuantiti whip cream sebenarnya mengikut kelikatan dan stability of frosting yang diingini. Kalau nak frosting yang agak keras, boleh skip whip cream.
Akhir sekali masukkan orange flavor atau perahan lemon (yg ini pun ikut kesukaan)




Wednesday, February 13, 2013

Pulut Kuning dan Rendang Ayam

Salam...

Kita baru sahaja lepas cuti hujung minggu panjang bersempena dengan Tahun Baru Cina. Inilah kali pertama saya rasa, saya dan famili tak kemana-mana di cuti umum yang panjang, terutamanya balik kampung. Hehe..perancangannya tidak sebegitu.. tapi kita manusia biasa hanya boleh merancang, hanya Allah yang menentukan. Dek kerana jem teruk Sabtu lepas untuk ke utara (ke mana-mana arah pun sebenarnya..), kereta kami buat hal dan kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke Bangi dan membatalkan niat nak balik kg. Maka bercutilah kami di rumah sendiri selama 4 hari 3 malam.. (sebenarnya Ahad malam ke Melaka membawa hati yg lara tak dapat balik kg..nasib baik ada hotel masih kosong :) tapi masyaallah jemnya lebihkurang je seluruh bandaraya Melaka)



Semalam, di penghujung cuti CNY ini, saya buat rendang ayam dan pulut kuning. Tak ada apa-apa special ocassion, saje je nak makan anak beranak, kebetulan anak saudara husband pengantin baru pun ada datang. Yang kelakarnya, anak no 3 ada sebut "Umi, nanti bila dikja khatam quran, umi buatkan pulut kuning ye ke sekolah agama....dikja suka". Bagus angan2 anak Umi nak khatam quran, padahal baru juzuk 9... :)

Resepi rendang ayam saya:

1 ekor ayam dipotong ikut suka (nak kecik atau besar terpulang)
10 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (rendam atau rebus dahulu)
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
4 batang serai
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
Santan RM2
3-4 sb kerisik
3 helai daun kunyit
Garam
Gula merah

+ Ayam dibasuh dan tos.
+ Blend cili kering, lengkuas, halia, kunyit, buah keras, serai. Tuang dalam periuk/kuali besar untuk memasak rendang.
+ Blend pula bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Tuang ke dalam periuk tadi juga. (nak blend semua sekali pun boleh, cuma takut banyak benda dlm blender tu)
+ Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kacau rata. Buka kan api.
+ Kacau sampai mendidih rempah2 tu dan masukkan ayam. Masukkan garam dan kacau sebati.
+ Biarkan ayam empuk dan air kering sedikit.
+ Bila air dah kering sedikit, masukkan santan. Kacau sebati dan biarkan kuah memekat (sekali sekala dikacau)
+ Masukkan daun kunyit yg dihiris halus. Teruskan kacau sekali sekala.
+ Masukkan kerisik, dan gula merah (rasakan garam juga dah cukup masin atau belum)
+ Bila dah mencapai kepekatan yang diingini, tutup api.

Pulut Kuning

4 cawan beras pulut - basuh dan rendam dengan sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit selama 2 jam
2 cawan santan pekat, dimasukkan garam 2 sk

+ Kukus pulut selama 1/2 jam - saya masukkan beras pulut ke dalam periuk kukus berlubang tanpa lapik.. Kalau periuk kukus yang berlubang agak besar, anda perlu lapik supaya beras tak jatuh. Sebaik-baiknya lapik dengan jaringan dan bukannya loyang supaya pulut senang masak (arwah mak saya dulu guna jaring bawang atau buah yg kadang jual dalam jaring tu).
+ Selepas 1/2 jam atau setelah beras tidak lagi berwarna putih di tengahnya, angkat dan keluarkan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dengan santan sampai rata. Tekan2 dengan senduk supaya pulut tidak bergentel dan rata mengenai santan.
+ Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus semula selama 20 minit.
+ Angkat dan masukkan dalam mangkuk, tekan-tekan sikit.

Jemput makan...