Sunday, January 27, 2019

Sambal Nasi Himpit



Anak2 tanya kenapa panggil sambal? Ya namanya sambal tapi tak ada sedikit pun unsur2 cili, lada dan seangkatan dengannya selazim sambal2 lain. Org kelantan panggil sambal mungkin dari cara memakannya iaitu dicicah atau diambil sedikit dengan regu dia. Dlm kes sambal nasi himpit, ofkos regunya ialah nasi himpit (org kelantan panggi nasi kapit). I am a fanatic fan of this authetic kelantanese dish, kat sana menu ini ialah menu sarapan pagi dan begitu mudah dijumpai di mana2 gerai sarapan pagi yg boleh dijumpai selang 100m - 500m di kawasan2 penempatan tinggi (cewah ala2 nota geografi pulak). Kat KL mana nak cari? Ada kot tapi susah nak jmpa maka kena la buat sendiri kalau craving dtg melanda.





Resepi:
Kelapa parut - sangai (goreng tanpa minyak) sampai garing
Ikan rebus (kembung/sardin)- ambil isi
Bawang merah
Halia
Serai
Gula nisan@merah@melaka@kabung
Garam

Cara:
Kisar kelapa parut yg telah disangai sehingga halus @ separa halus. 
Kisar isi ikan (tanpa air) @ tumbuk dan satukan dengan kelapa. Kuantiti ikan lebih kurang kuantiti kelapa atau a little bit less. 
Kisar bahan2 lain dengan sedikit air. 
Gaulkan semua bahan tadi sehingga rata, rasa garam dan gula. Rasanya lemak2 kelapa, ikan, rasa serai dan halianya dan manis-masin. 
Sblm disimpan atau hidang, tekan2 sehingga sedikit padat dlm bekas. 
Hidangkan dgn nasi himpit. Walaaa!

Monday, October 29, 2018

Fruit Pastry Cake

Salam.

Dari Sep 2018 hari tu lagi viral satu Malaya dengan kek mudah tapi sedap ni. Saya pun tersangkut juga... ulang-ulang kali buat, buat, buat dan makan, makan, makan...
Resepi di bawah saya ambil dari Facebook Ainie Syeema, confirm menjadi kalau follow betul-betul dan keknya lembut, moist, sedappp...






Bahan2:
  • 150 g pure butter
  • 160 g gula halus
  • 3 biji telur A
  • 1 st esen vanila
  • 100 g yogurt biasa @ greek yogurt @ sourcream perisa asli
  • 210 g tepung gandum
  • 1 st baking powder


Buah-buahan:
  • Strawbery - kalau kecik belah 2, kalau besar belah 4
  • Bluberry
  • Peach dalam tin - tos kan air dan belah 6 setiap half
  • Kiwi (optional) - potong 3mm tebal


Cara2:
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan 1/3 yogurt dan pukul sebati.
  5. Masukkan 1/3 tepung yang telah diayak dengan baking powder dan kacau sebati.
  6. Ulang 4 dan 5 sehingga habis.
  7. Alas square cake tin 9 inci dengan baking sheet. Masukkan adunan dan ratakan.
  8. Susun buah-buahan mengikut kreativiti. Letak shj jangan tekan.
  9. Bakar 160 darjah celcius selama 40-45 minit.

Kek Mentega Mudah

Salam.

Kek mentega paling simple menggunakan sukatan cawan. Boleh dipelbagaikan menjadi kek marble, kek oren, dan sebagainya.



Bahan2:
  • 1 cawan marjerin (Daisy)
  • 1 cawan gula halus
  • 5 biji telur B
  • 1 st esen vanila
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • *boleh tambahkan susu cair 1/2 cawan dan kurangkan telur jadi 4 biji
  • *kalau nak jadikan kek oren, tambahkan jus oren dan parutan kulit oren Sunkist dari 1 biji oren 

Cara2:
  1. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu per satu.
  3. Tambahkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung naik sendiri dan kaup balik.
  5. Griskan loyang 8 atau inci dan bakar selama 35-40 minit 160 darjah celcius.

Monday, April 2, 2018

Pulut Lemak dan Mangga

Assalamualaikum.

Pulut lemak yang dimakan dengan buah mangga dan santan adalah makanan Thai yang telah lama femes di tpt kita. Mulanya saya ingat pulut mangga ni di makan dengan mangga harum manis je, rupanya tak kisahla mangga apa2 pun asalkan mangga yg masak dan manis. Orang kita lebih familiar dengan pulut durian sebelumi ni, kalau pulut durian lazimnya org makan dengan santan mentah dan pulut tanak/kukus kosong, bukan pulut lemak. Pulut mangga juga selalunya dimakan dengan kuah santan yang dimasak dengan sedikit tepung jagung dan sedikit manis.

Ini versi yang saya buat semalam..


Pulut lemak:
700g pulut - rendam 2 jam @ lebih
1 mug santan pekat, dicampurkan dengan 1.5 st garam
2 sb gula pasir

Kukus pulut selama 30 minit.
Angkat dan tuangkan dlm bekas besar. Arungkan santan sehingga rata.
Masukkan dalam pengukus dan kukus semula 15 minit.
Angkat dan gaul dengan gula pasir sehingga rata.
Masukkan dalam bekas dan tekan sedikit.

Kuah santan:
1 mug santan pekat
1 mug air
1 st garam
3 sb gula
1.5 sb tepung jagung, dicampurkan dengan sedikit air

Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
Didihkan atas api sambil dikacau.
Bila mendidih, masukkan tepung jagung, kacau sebati.
Bila mendidih lagi sekali terus tutup api.

Wassalam.

Sambal Belacan Kelate-style

Assalamualaikum.

Sambal belacan Kelantan memang lain dari yang lain.. Sekarang ni sejak nasi belauk Kelate dah memasuki pasaran dan femes di seluruh Msia (nasi kak wok, nasi kg air dingin, nasi kak noh, dan macam2 nama lagi) ramai yg dah 'masuk' dengan sambal belacan Kelantan style ni. Trademark sambal ni ialah rasa manis2 pedas, rasa masam cuka dan sesetengahnya rasa kulit limau kasturi..



Saya ada cuba satu resepi spt berikut:

10 tangkai cili kering (potong, cuci, rebus dan tos)
15 tangkai cili merah
30 tangkai cili api hijau
6 biji limau kasturi (dibuang biji)
1/2 cawan cuka
1/2 cawan gula
1 sb garam
1 ulas bawang putih bakar
3 cm belacan bakar (ikut suka)
Serbuk perasa

Cili semua tu kena potong kecik2...Blend semua bahan, jangan lumat sangat. Boleh simpan dalam bekas kedap udara dalam peti ais. Ada orang ganti cuka dengan air asam jawa.

Wassalam.

Macaron

Angah's macs

Practice makes perfect..



Sunday, January 15, 2017

Udang Goreng Butter

Assalamualaikum. 

Lama betul tak update blog ni. Takpa..kita buat mana yang sempat. 


Hari ni nak share resepi dan cara membuat butter prawn yang confirm menjadi dari blog Azie Kitchen. Ramai yang masih tercari2 kaedah membuat egg yolk floss yang halus2 tu. Kalau dah jumpa teknik yang betul, bukan susah mana pun. Tq Kak Azie for your sharing..

Bahan2 utk krim udang tu rasanya boleh adjust sini sana ikut citarasa masing2. Yang wajib ada butter, cili api, bawang putih dan daun kari..


Wassalam