Monday, March 12, 2012

Brownie Kukus Lapis Cheese

Salam.

Dah banyak kali jugak buat brownie kukus lapis cheese ni. Mula-mula jumpa premix brownie kukus jual kat kedai bahan bakeri, pastu jumpa resepi brownie kukus ni di lapis dengan cheese. Tak ingat site mana tapi lepas2 tu saya google jumpa banyak na site guna resepi yang sama. So sapa dulu yg mempelopori BKLC ni saya pun tak koser nak membuat literature review :)


Baru-baru ni ada kawan hubby minta buatkan untuk kawan2 dia kat sekolah ada majlis hari jadi bulanan (ke quarterly?). Dia nak 3 bijik tapi saya tak larat nak buat sampai 3 biji sebab tengah2 minggu, buat 2 je.


So sesapa nak buat, pi cari premix brownie kukus kat kedai bakeri dan membuatnya senang je, tak sampai 5 minit mengadun. Cuma nak tunggu kukus 3 lapis tu yg lama sket la, total mengukus time dlm 45 minit je.

500g premix brownie kukus (ada yg menanya guna premix brownie dlm kotak yg jual kat supermarket tu bleh tak? Jawapan saya, saya lom try :))
4 biji telur
200ml air
75ml minyak jagung
1 st crescent baking powder (BP biasa pun ok)
1 st soda bicarbonate
Secubit garam

Lapisan cheese:
250g cream cheese
25ml air/susu
60 g gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula adun bahan brownie. Campur semua bahan dlm mixing bowl, putar dengan kelajuan sederhana selama 3 minit.
  2. Adunan ni kena bahagi 2 (satu bahagian dlm 500 ml, saya dah sukat). Masukkan satu bahagian dlm loyang (saya guna 8 x 8 inci, just nice) yg telah dialas baking paper.
  3. Kukus 15 minit. Balut penutup kukusan dengan kain utk elak air menitik atas permukaan kek. Atau pun  saya pernah tengok org tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.
  4. Sementara lapisan pertama sedang dikukus, bancuh lapisan cheese. Pukul semua bahan kecuali telur sampai licin dan kembang. Masukkan telur dan pukul sehingga rata.
  5. Setelah 15 minit mengukus brownie lapisan pertama tadi, tuangkan adunan cheese ke atasnya dan kukus lagi selama 15 minit.
  6. Akhir sekali tuangkan sebahagian lagi brownie ke atas lapisan cheese dan kukus lagi 15 minit.
  7. Cucuk dengan lidi, pastikan brownie dah masak. Sejukkan 20 minit dlm loyang baru keluarkan.
  8. Boleh letak topping chocolate ganache kalau suka.

Monday, February 20, 2012

Brownies

Resepi ambil dari Kak Nor SGN67.
Macam review yang diberikan Kak Nor, memang marvelous brownies ni. Sebenarnya, saya tak pernah dapat buat brownies yang menjadi crispy kat permukaan atas macam resepi ni. Yang pernah saya buat dulu jadi macam kek coklat biasa, cuma texturenya lebih padat bukan gebu macam kek. Memang saya puashati lah dengan resepi ni. Selalu nengok gambar brownie mesti atasnya crispy retak2 gitu kan? That's why I conclude that my try this time is a success... :):) Puji jangan tak puji...

Thursday, February 16, 2012

Lasagna



Malam tadi buat lasagna, 'segar angin' Kakngah yang suka benar makanan orang Italy ni... Rasanya terlebih white sauce kali ni, tapi lantaklah, nak makan sendiri je kan..

Buat ikut instruction belakang kotak instant lasagna San Premo ni je. Bila buat meat sauce tu, saya pakai spaghetti sos dalam botol je, kali ni pakai Kimball (nampaknya Kimball pun dah buat sos spagetthi sekarang). Kalau rajin boleh buat sendiri pakau tomato paste and tomato dalam tin dan tambah mixherbs.

Lebihkurang macam ni lah resepi yg saya buat, berdasarkan resepi belakang kotak:

Meat sauce:
300g minced meat
1 botol sos spaghetti tradisional (apa-apa cap pun boleh lah, asalkan halal)
1 labu bawang besar - chopped/dadu
2 ulas bawang putih - dadu
1 biji buah tomato - dadu
1 tin cendawan butang - dadu/cincang (nak tukar sayur lain pun boleh - carrot ke, mix vege ke..)
Salt, pepper, gula secukup rasa
Minyak zaitun/biasa untuk menumis

White sauce:
2 sb butter
3 sb tepung gandum
600ml susu (atau susu 500ml + 100ml air)
Salt, pepper
1/2 cawan keju mozarella/cheddar

Instant lasagna secukupnya
Keju cheddar/parmesan untuk tabur

Steps:

  1. Untuk meat sauce, tumis bawang besar dan garlic sampai wangi, masukkan minced meat. Kacau sampai daging masak. Tuangkan sos spaghetti, cendawan dan air (agak2 satu botol tu la). Perasakan dengan pepper, garam, gula. Boleh tambah mix herbs.
  2. Untuk white sauce, panaskan butter sampai cair. Bubuh tepung dan kacau sampai tidak bergentel dan licin. Bila agak2 tepung dah masak (warna dia lain sikit), masukkan susu. Kacau sampai pekat dan licin. Perisakan garam dan pepper.Last sekali masukkan keju cheddar/mozarella dan kacau sampai keju cair.
  3. Cara membuat lasagna: Mula2 sekali griskan acuan (baking dish atau loyang biasa pun takpe) dengan minyak atau butter. Tuangkan lebuhkurang secawan meat sauce dan ratakan di dasar loyang. Tuangkan white sauce pula dan ratakan. Susun kepingan lasagna. Ulang lagi sehingga habis (3-4 layer). Berhenti dengan lapisan white sauce di atas sekali. Taburkan parmesan atau cheddar cheese sehingga rata. Bolehlah juga ditabur parsley flakes last sekali. Bakar 35-40 minit.

Monday, February 13, 2012

Tips for RV cake..

Setelah melakukan ujikaji terhadap pembuatan kek red velvet yang femes itew, saya telah merumuskan bahawa pewarna merah tidak boleh dicampurkan dengan buttermilk sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Jika berbuat demikian, warna baldu yg diingini tidak akan dapat dijelmakan kerana kek akan menjadi warna merah ke'pink'an. Logik kan, bila susu yg putih itu dicampurkan dengan warna merah, dia bertukar jadi pink kan? Jadi, bila susu pink dicampur ke dalam adunan, kek akan jadi seakan ke'pink'an.

Jadi saranan saya, untuk mendapat warna merah baldu sejati, campurkan pewarna merah secara berasingan ke dalam adunan, yakni jgn campur dengan buttermilk dahulu.

Rujuk resepi yg selalu saya cuba di sini

Gambar kejadian kek RV saya yang terkini :)




Sekian...

Kek Coklat JJ



Kenapa JJ? Jay Jay penyanyi itukah? Jaya Jusco kah? Bukan...bukan.. Tapi saya abadikan "JJ" pada nama kek ini kerana empunya resepi ini ada kaitan dengan singkatan JJ, dan resepi ini saya rasa unik kerana belum pernah saya jumpa resepi seakan dengannya.
To the one whose related to the JJ's abbreviation here, please allow me to share your great recipe:

Bahan A:
250g butter
2 cawan gula perang
1/2 st ovalette

Bahan B:
3 biji telur di pukul berasingan sehingga berbuih
1 st esen vanila

Bahan C:
1/2 tin susu cair

Bahan D: (semua diayak bersama sebanyak 4 kali):
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1/2 st baking powder
1 st soda bicarbonate

Bahan E:
1/2 cawan air suam

Steps:

  1. Bahan A - pukul butter dan gula perang sehingga gebu dan putih. masukkan ovalette dan pukul sebati.
  2. Masukkan Bahan B dan pukul sebati.
  3. Masukkan Bahan D, pukul sebati.
  4. Masukkan Bahan C sedikit demi sedikit sehingga habis.
  5. Akhir sekali, masukkan Bahan E. Kacau sebati.
  6. Tuangkan ke dalam loyang 9 inci yang telah digriskan dan alas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebihkurang 45-55minit (bergantung pada oven)

Resepi yang sama juga kawan saya selalu buat http://daridapurjaja.blogspot.com/2012/01/kek-coklat.html

Selamat mencuba!

Thursday, January 19, 2012

Spaghetti Sardin


2 tin besar sardin
1 botol sos tomato
5-7 tangkai cili kering (rendam dan blend)
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
Secekak daun kesum
1 batang bungan kantan
3 biji tomato (didadu)
Garam dan gula secukup rasa


  1. Sardin dihancurkan mengunakan garpu bersekali dengan sosnya, tak perlu halus sangat
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kering blend hingga wangi dan masak
  3. Masukkan sardin, sos tomato, buah tomato dan air (lebihkurang 2 cawan) dan kacau sebati.
  4. Biarkan mendidih lalu dimasukkan bunga kantan (hiris nipis atau ketuk, ikut suka) dan daun kesum
  5. Perasakan garam dan gula
  6. Biarkan mendidih dengan api sederhana lebihkurang 10 minit dan bolehlah diangkat.
  7. Hidangkan dengan spaghetti, timun hiris, telu rrebus dan cili api (ikut suka).

Sunday, January 1, 2012

Rainbow Cake

Sekarang kek dah ada musim-musin pulak eh... Ada trend setter, adalah followernya. Saya, buat masa ni jadi follower je. Rasanya situasi jadi macam ni sebab kemajuan teknologi dalam penyebaran resepi, contohnya blog ni lah, dan juga macam2 social network sites yg menjadi platform kepada perkongsian yg lebih mudah.

Salah satu kek terhangat sekarang ni, si pelangi ni lah.Kalau dulu, orang mention kek pelangi, maknanya kek marble kaler-kaler lah. Sekarang, kena sebut betul-betul, pelangi ke marble, lain tuuu...

Saya pun terpanggil lah nak cuba gak walaupun sebenarnya tidaklah 'tegar' nak bakar selapis-selapis sebanyak 6 lapisan tu. Eh kenapa kek ni org buat 6 lapis je ek? bukan pelangi ada 7 warna ke? Malas la plak nak gi study kaler apa yg tak termaktub dlm kek ni, indigo kut ek? Rata-rata saya lihat org buat kaler purple, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Disebabkan ketidaktegaran saya nak bakar 6 lapis, saya buat 4 lapis je.. aci tak? tapi nak panggil kek pelangi gak.. hehehe.. Tak kisahlah, apa-apapun motif kek ni nak 'up'kan mood happy je kut dengan warna-warni yg terang-berderang. Sesuailah kek ni saya cuba di awal tahun baru 2012, moga kehadiran 2012 membawa lebih warna-warna ceria dan gembira dan yang paling penting sentiasa berada di dalam keredhaan dan rahmatNya..

Silalah ignore kejadian dekorasinya kerana saya sangatlah tak pandai deko kek..





Resepi saya ambil dari blog http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/08/rainbow-cake.html
First time saya jengah dapur Kak Zu ni. Macam dia kata sukatan gula tu kena kurangkan, kalau tidak, manissnya kek itew!!!

Saya tepek resepinya kat sini:

3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je )
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni )
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

CARA CARA

1.Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.
2.Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .
3.Masukkan telur putih , pukul lagi sampai sebati n gebu .
4.Masukkan esen vanila
5.Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
6.Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.
7.Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.
8. Bole gune topping non dairy whipping cream , buttercream ,cheesecream @ what ever you want..hee
9.Bole jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suke )..kite yang buat die kan..taram je dik non.