Friday, September 20, 2013

Cheese cake simple

Lama betul saya tak buat cheesecake. Dulu-dulu pun penah buat sekali dua je... cheesecake ni tak dinafikan sedap dan very rich, tapi kalau kata nak makan berkali2 tu tak le kut if buat sendiri dan nak ulang2 makan. that is why rich cheesecake ni baik beli je kalau teringin nak makan sangat tu...unless we have special occation nak jamu orang atau makan beramai-ramai.



Kalau search easy cheesecake, berlambak resepi yang keluar... Kali ni saya ikut resepi yga da dalam buku kat rumah tu, dah naik kuning2 kertas resepi ni menunjukkan umurnya..

250g Philadelphia creamcheese
1/2 cawan gula castor
2 biji telur
1sb lemon juice

Crust:
2 cawan Digestive biscuit yang dihancurkan
1/2 cawan butter dicairkan

Oleh kerana ada beberapa constraint, maka saya olah resepi jadi begini:
2 biji telur --> saya hanya guna 1 sahaja
1/2 cawan gula --> saya ganti dengan 1/4 cawan gula sahaja dan 1/4 cawan susu pekat manis
1sb lemon juice --> saya guna 1sb sunquick oren

Cara2:
+ griskan loyang saiz 7 inci. kalau ada loyang springform lagi bagus.
+ gaul serbuk biskut dengan butter dan di tekan ke dalam loyang sehingga mampat. sejukkan dalam peti ais.
+ pukul cheese dengan gula (dan susu pekat manis) hingga kembang.
+ masukkan telur satu per satu. pukul rata after each egg (tapi saya guna 1 telur je :))
+ masukkan lemon juice/oren sunquick, pukul rata.
+ tuangkan ke dalam loyang yang berisi biscuit crust tadi, dan bakar secara water bath. (samada rendam loyang kek ke dalam a bigger loyang berisi air, air separas 1/2 loyang kek saja, atau letak je loyang berisi air di rak bawah dan loyang kek di rak atas)
+ bakar selama 30-35 minit dgn suhu 160C
+ setelah kek masak, buka pintu oven sedikit dan biarkan kek sejuk sedikit di dalam oven bagi mengelakkan crack.
+ keluarkan kek dari loyangdan sejukkan di dalam peti ais sebelum di makan.

Monday, September 16, 2013

Labbaikallah hummalabaik...

Salam.

Musim haji menjelma lagi. Bulan haji sebenarnya bermula 1 Syawal sehingga 10 Zulhijjah. Bermakna kalau kita berniat ihram dalam bulan haji di miqat maka kita sebenarnya berada di dalam ihram sehingga kita selesai melaksanakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji. Dan juga perlu menjaga segala pantang larang ihram. Jika tidak, dam dikenakan. Tapi takkanlah kita sesenang je berniat ihram kalau kita tidak berniat untuk melaksanakan haji pada tahun tersebut walaupun kita berada di miqat yamani tertentu.. Saya  follow fb prof muhd kamil dan isterinya puan roza, beliau sering post situasi di Madinah sekarang ini ketika jemaah haji sedang berduyun-duyun memasuki Madinah. Beliau juga sering memberi nasihat dan peringatan kepada jemaah haji kita berdasarkan pengalaman beliau sendiri setelah bermastatutin di sana sejak 2 tahun lalu. Melalui perkongsian beliau, kita di sini mendapat liputan secara langsung keadaan di sana dan melalui foto-foto yang dipostkan, sesungguhnya ia betul2 menggamit!

Moga2 para jemaah kita yang melaksanakan haji tahun ini menggunakan sepenuhnya kesempatan menjadi duyuf-rahman untuk melaksanakan rukun islam ke lima serta melipat ganda kuasa-kudrat- mencari keredhaaanNya di tanah haram. Tiada apa yg dipatut di'aim' melainkan haji yang mabrur...

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas, dan juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Mafhumnya: ” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga ”

Wallahualam..

Kali ni saya just nak letak gambar beberapa masakan yang saya buat di sepanjang syawal lepas yang resepi-resepinya telah pun diletakkan di sini sebelum ini.

Red velvet yang dah banyak kali letak sini...

Super fudgy brownies


Puding roti sos kastad... Kali ni buat sos pakai fresh milk, saya rasa tekstur sos lagi halus dan mulus compared to using susu cair :)



Sunday, September 1, 2013

Kerutuk Daging (menggunakan pressure cooker)

Salam.

Misi menghabiskan daging payau yang dibeli 8 kg oleh cik hubby 2 minggu lepas. Maka projek meng-krutuk daging payau pun berjalan malam Sabtu lepas. Kali ini masih menggunakan pressure cooker jugak sebab spt yg saya ceritakan dlm entri sebelum ini, daging payau yg saya dapat kali ini dari rusa yg agak tua dan bersaiz besar. Sabtu petang saya buat 'mini open house' so kerutuk ini bakal dihidangkan bersama lemang.

Resepi:
2 kg daging (payau a.k.a rusa kali ni)
6-7 sb rempah kerutuk
3 cawan santan pekat
6 sb kerisik kelapa
2 keping gula nisan
2 batang serai
Garam secukupnya

Bahan hiris:
7-10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 4 sekawan - bunga lawang, kayu manis, pelaga, cengkih

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
7-10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Setelah blend, campurkan dengan rempah kerutuk dijadikan pes

Cara2:
Menggunakan mode 'stir fry', panaskan 1 cawan minyak masak, tumis bahan hiris sehingga kekuningan.
Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau sebati. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan garam dan sedikit air.
Tukar ke mode 'high pressure' pula, setkan ke 30 minit. Start.
Selepas 30 minit tamat, release pressure dahulu dari cooker dan buka penutup. Samada mahu meneruskan proses memasak seterusnya dgn menggunakan mode stir fry atau pindahkan ke periuk biasa. Saya pindahkan ke periuk biasa.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. 
Masukkan kerisik, gula nisan dan perasakan garam.
Kacau seklai sekala sehingga kuah menjadi pekat.
Setelah mendapat kepekatan yang diingini dan cukup rasa, siaplah kerutuk kita...


Lagi sekali, photo kerutuk sedia terhidang lupa nak snap..atau lebih tepat lagi, tak dan snap..kelam kabut :)

Tuesday, August 27, 2013

Kemeriahan Syawal...

Salam..

Syawal bulan untuk mengeratkan tali silaturrahim antara sanak-saudara, sahabat-handai dan jiran tetangga. Di waktu-waktu lain kita dihimpit kesibukkan yang menjarakkan hubungan sesama kita. Syawal juga kita sibuk, kita bekerja tetapi sempena mengambil keberkatan 1 Syawal di mana kita disunatkan berkunjung-kunjungan, maka ziarah di bulan Syawal diteruskan hingga ke penghujung bulannya. Niatkan 100% menganjurkan open house atau kunjungan ke open house semata-mata untuk mendekatkan hubungan dan beramah-mesra, insyaallah ada keberkatan di dalamnya.

Menu 18 Syawal saya - soto Jawa, nasi impit, lemang dan rendang payau, kek red velvet, fruit punch cocktail dan kek buah serta biskut raya...

Alhamdulillah..











Monday, August 26, 2013

Rendang Daging Rusa - menggunakan pressure cooker

Salam.

Rusa juga dikenali sebagai payau. Saya baru tau istilah payau setelah suami acapkali outstation ke Sabah dan membawa balik daging rusa yang diperolehi dari kawan-kawannya di sana. Kadang2 suami siap pesan sebelum berangkat ke Sabah daripada mereka agar carikan dan simpankan payau sebab tidak selalu payau ada dalam simpanan mereka. Payau yang mereka perolehi ialah hasil buruan di hutan-hutan di sana.

Minggu lepas suami outstation ke Sarawak/Sabah lagi. Kali ni 8kg payau yang dibawa balik! Masyallah penuh peti ais saya dengan anak rusa Nani ni. Nasib baik telah dipack kan 1 kg setiap bungkusan, senang saya nak simpan dan nak masak nanti. Menu pertama dari payau ini yang dimasak oleh bibik untuk dinner kelmarin ialah goreng kunyit. Kami semua amat menggemari payau goreng kunyit ni. Tapi nasib kami agak kurang baik, payau yang kami perolehi kali ini agak liat dagingnya. Klau setakat goreng macam biasa (goreng tanpa minyak sehingga air daging kering tanpa memasukkan air tambahan, kemudian  baru dimasukkan minyak dan digoreng hingga garing), dagingnya tidak boleh empuk. Agaknya rusa bersaiz besar dan berusia yg kami perolehi kali ini. Payau ni kalau dapat yang lembut memang best...dagingnya lebih halus dari daging lembu. Cuma bagi sesetengah org tidak menyukai bau 'daun' yang ada pada daging payau. Entahlah saya tak perasan pun wujud bau 'daun' tu. Sudahnya daging rusa goreng tu tidak boleh dimakan, perlu dialter semula untuk melembutkan dagingnya.

Kisahnya hari ini saya ingin memasak rendang rusa pulak. Maklumlah di hari minggu di bulan Syawal ni, mungkin ada tetamu yang bakal berkunjung dan boleh dijadikan hidangan bersama lemang (yang boleh dibeli bila2 masa). Memandangkan saya telah mengetahui payau ini agak liat dagingnya, maka saya buat keputusan untuk memasak rendang ini dengan pressure cooker yang baru dibeli minggu lepas. Tertarik dengan kelebihan jenama Noxxa by Amway ini kerana capacitynya besar 8L dan ada multifunction.

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa
3-4 helai daun kunyit
3-4 sb kerisik kelapa
1 keping gula nisan/gula merah
Garam secukup rasa
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
2 cawan santan pekat

Bahan-bahan yang diblend:
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
3 biji buah keras (optional)
15 tangkai cili kering yg telah direndam
- Blend semua bahan sehingga lumat

- Masukkan daging yang telah dipotong selebar 2 jari dan setebal 1 cm ke dalam periuk pressure cooker.
- Masukkan bahan blend dan garam secukup rasa ke atas daging dan gaul perap seketika.
- Masukkan santan dan gaul sebati.
- Masak menggunakan fungsi 'high pressure' selama 30 minit (sebab payau saya liat, kalau biasa 20 minit mencukupi)
- Setelah tamat, menggunakan fungsi 'stir dry' pula, kacau rendang sehingga pekat dan pecah minyak. Dalam 10-15 minit diperlukan untuk proses ini. Ketika ini bolehlah dimasukkan kerisik, gula merah secukup rasa dan daun kunyit yg dihiris halus. Kacau sehingga mendapat kepekatan yang diingini. (ada yg suka rendang berkuah sikit, ada yg suka rendang kering)

rendang yang sedang di'stir fry'...

Saya takleh bayangkan sekiranya saya tidak menggunakan pressure cooker untuk memasak rendang ini dgn kedaan daging payau yang liat, mungkin saya memerlukam masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk melembutkan daging ini. Syukur alhamdulillah pressure cooker saya sampai tepat pada masanya. Kalau tidak mungkin saya membebel 2-3 besen nak menunggu payau lembut :).

Gambar rendang yg dah siap lupa nak snap...

Friday, August 23, 2013

Warna-warni Aidilfitri 1434H

Salam Syawal 1434H.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, zahir dan batin dari saya sekeluarga..


Syawal 1 hingga 3 di Kubur Panjang Kedah, kampung husband..

Kemeriahan Syawal 1 dengan tetamu yang sangat ramai tidak putus-putus...
Anak-anak daraku dan anak-anak dara adik iparku...
Saya dan anak sulung
Kenduri akad nikah anak sepupu husband di Kg. Bendang Raja

Syawal 3 hingga 7 pula di Tanah Merah Kelantan, kampung saya....

On the way, sambar ini petai dari gerai tepi jalan...
Aiman dan Ija
Mee kruk oleh kakak ku yang sangat marbeles... nak resepinya? tunggu ku try buat sendiri...
Nasi impit segera yang direbus menggunakan pressure cooker 
This is really authentic and marvelous!!! Sambal nasi impit... hanya di Kelantan
Moggy anak Kechik... tomei! baru sebulan lebih usia..

Bila balik Bangi ku terus cari ini pressure cooker..jatuh chenta masa lihat penggunaannya di rumah kakak ku...hoyeayyy!






Biskut raya: Cornflakes Madu


Rasanya ini entri terakhir pasal biskut raya bagi tahun ini. Saya buat 4 jenis sahaja, semuanya yang saya rasa kategori "dijamin habis". Tak nak berlaku pembaziran.

Actually resepi yang sama saya gunakan sebelum ini, cuma dikurangkan mentega dan gula. Saya tuliskan semula dalam sukatan yang lebih besar.

Resepi:
225 g butter
3/4 cawan gula
10 sudu besar madu
500 g cornflakes - saya suka  jenama Nestle kerana flakesnya lebih tebal. Kalau jenama Kellog's atau yang timbang, flakesnya nipis..
(kalau suka boleh tambah kekacang)

hirisan ceri untuk hiasan

Kacau atas api butter, gula dan madu sampai larut menggunakan kuali besar. Guna api perlahan.
Masukkan cornflakes kacau sampai rata (api kecil sekali)
Sudukan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan manik hiasan atau ceri.
Bakar 160 C selama 6-8 minit.