Thursday, September 27, 2012

Kek Butter

Assalamualaikum.

Teringin nak makan kek butter. Maka godeklah kek butter sehari selepas godek kek coklat ABC. Memang patutlah rasa badan berat semacam sekarang ni, baju-baju semua sendat... Redha jer lah.. :(




Guna resepi CMG tapi tak letak lemon, jadi la kek butter biasa. Resepinya:

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 biji lemon, parut kulitnya (hanya yang bahagian kuning)
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 cawan susu segar
7 biji ceri merah, belah 2 setiap satu - saya tak guna
7 biji ceri hijau, belah 2 setiap satu - 
saya tak guna
Badam cincang untuk hiasan - 
saya guna walnut (bakar sekejap, patah2kan)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Saya guna loyang bulat 8 inci. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
  3. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla. putar rata. 
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar sebati.
  5. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur walnut cincang. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing. 
  6. Biar sejuk sekejap dan keluarkan kek, sejukkan sepenuhnya atas jaringan..


No comments:

Post a Comment