Senang betul (senang giler cakap orang muda...) buat kek ni. Anak2 sekolah rendah pun boleh buat, kalau tahu kendalikan oven masa nak membakarnya.
Resepi ni diambil dari satu blog Azie Kitchen, menarik blog ni dan tuan dia without fail akan update blog boleh dikatakan setiap hari. Salute.
Tepek resepi kat sini:
Bahan-bahan
:
2 cawan
tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan
serbuk koko Hershey's --> saya pakai serbuk koko biasa je..
2 tsp soda
bikarbonat
1 tsp baking
powder
2 biji telur
saiz A
1 tsp garam
1 cawan
buttermilk
1 cawan
Mazola vege oil
1 1/2 tsp
vanilla extract
1 cawan air
mendidih (boleh letak coffee/nescafe)
Cara
Penyediaan :
Panaskan
oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow
baking).
Lenser
loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung. Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek
dengan kertas kalis minyak.
Masukkan
semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada
kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan
air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan
memutar hingga sebati.
Tuangkan ke
dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup
cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.
Sangat mudah kan? Semudah A, B, C...
Ini wajah kek yg saya buat menggunakan resepi di atas.. Saya sapu nipis je chocolate ganache, lebihan yg dah pakai sebelum ni.
Sedap, lembut dan moist..
Kek baru masak...
No comments:
Post a Comment