Tuesday, September 18, 2012

Raya.. raya.. raya.... Soto Jawa

Syawal 1433H telah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas. Jamuan-jamuan raya dan open house (mungkin) telah pun berakhir semalam 1 Zulkaedah. Selalunya 'penanda' tamatnya musim raya apabila corong2 radio dan televisyen mula memperdengarkan berita penerbangan jemah-jemaah haji ke Madinah/Mekah. Yang tidak (dapat) turut serta di musim haji kali ini, hanya dapat menghantar pergi jemaah dengan sejuta pengharapan agar bakal turut serta suatu tahun nanti. Yang masih belum ada rezeki untuk melakukan rukun Islam ke-5 ini, pastinya bergelodak jiwa menanti bilakah giliran akan tiba. Yang dah menerima 'jemputan' haji daripadaNya pun tak terlepas dari menanam azam untuk kembali ke sana lagi...

Raya lepas, saya rasa soto adalah menu wajib ada kat mana-mana tempat yang saya pergi, termasuk lah rumah saya sendiri :). Hari ini, saya rasa saya tak mau makan soto lagi sebab dah muak sangat. Tapi mungkin pengakuan ini bertahan 2-3 minggu saja, lepas tu teringin lagi. Nafsu makan macam tu lah...

*Gambar ihsan jamuan raya yang ada rupa bergedil dan kawan-kawan soto yang lain-lain je.. Kawan-kawan nasi arab pun nak menempel dalam ini gamba..

Kali ni, saya nak tulis resepi soto yang dibuat di rumah saya. Resepi ini bibik saya yang punya, dan dibilangnya ini ialah soto Jawa. Saya angguk saja sebab saya tak arif sangat bab jenis2 soto ni :)
Apa yang menarik pasal resepi ni, "saya suka, saya suka.. " macam kata Mei Mei dalam kartun Upin Ipin.
Setakat ini, tekak saya kata inilah soto terbaik...

Untuk 1 ekor ayam:

Bahan 1:
1 ekor ayam dipotong empat
- Direbus dengan air yang banyak untuk sup soto sehingga ayam empuk. Jangan lupa masukkan garam.

Bahan 2 - diblend:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 biji buah keras
1 st ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
Sedikit kunyit
1 st lada putih

Bahan 3:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 batang serai - ketuk
2 inci lengkuas - ketuk
3-4 helai daun limau putut

Bahan 4:
1 labu bawang putih di hiris nipis dan di goreng garing.
Sepokok daun bawang di potong 2-3 inci panjang.


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis Bahan 2 bersama-sama dengan Bahan 3 sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk ayam. Biarkan seketika agar rempah menyerap ke dalam ayam. Jangan lama sangat nanti ayam lerai... :)
  3. Keluarkan ayam dari periuk sup. Kalau suka, ayam digoreng dahulu sebelum disiat isinya. Ketepikan.
  4. Perasakan garam dan gula (kalau suka) dalam sup. Sebelum tutup api, masukkan Bahan 4. Tutup periuk.
  5. Dah siap ayam dan supnya.

Bergedil (kawan baik soto..)

Bahan a:
1 kg kentang - di hiris 1/2 cm tebal
- Goreng kentang sehingga masak dan kekuningan (jgn kuning sangat).
- Tumbuk lumat ketika masih panas.

Bahan b:
200 gm daging kisar
2 ulas bawang putih, cincang
- Tumis bawang putih, masukkan daging kisar. Tumis sehingga daging masak dan kering.

Bahan c:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
- Kedua-dua bawang ini digoreng seketika (ketika menggoreng kentang, campak sekali bawang).
- Selepas itu ditumbuk lumat.

Bahan d:
- Daun saderi dihiris halus
- Bawang goreng

  1. Gaulkan kesemua bahan a, b c dan d di atas dalam mangkuk besar. 
  2. Perisakan dengan garam, gula, dan serbuk lada putih.
  3. Gentel bulat/bujur/leper ikut suka... 
  4. Celupkan dalam telur yag dipukul sedikit dan goreng hingga kekuningan/perang.






No comments:

Post a Comment