Monday, March 26, 2012

Kuih Cara Manis

Kuih tradisional yang simple tetapi takleh buat kalau takde acuan dia :). Resepi ni boleh digunakan untuk kedua-dua versi kuih cara iaitu manis atau berlauk. Kalau nak buat cara berlauk, excludekan esen pandan dan pewarna hijau.

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 1/2 cawan santan @ kali ni saya gunakan 1 kotak kecil santan segera + 2 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau dan esen pandan ( gunakan air daun pandan yang diblend lebih afdhal, sukatan air pandan mesti termasuk dlm sukatan cecair/santan di atas)

Cara-cara:

1. Dengan menggunakan blender,  blend tepung gandum, gula, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan dan titikkan pewarna hijau dan esen pandan. (cara ni lebih senang daripada kacau pakai whisk dan tapis)

2. Panaskan acuan kuih cara, dan gris acuan dengan minyak masak, tuangkan adunan sampai hampir penuh, masukan sedikit gula sebagai inti, tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan 2-3 minit.

3. Bila nampak warna adunan dah bertukar dari keputihan kepada hijau, maknanya dah masak. angkat dengan sudu kecil dan sedia untuk dihidangkan. Ooppsss kena tunggu sejuk sebelum ngap kerana gula cair di dalam boleh membahayakan lidah anda!.

Selamat mencuba!





1 comment:

  1. cara berlauk kena excludekan juga gula. kalau nak letak pun just 1sb

    ReplyDelete