Tuesday, March 27, 2012

Testing 1 2 3...

Trying to post using blogger for iphone. Blogpress keno bayor, amik yang free je. Cer upload gambar pulak...

Haa boleh pun.. Ni brownie kukus lapis cheese yg dah potong. Post sebelum ni pasal BKLC tak boleh potong sebab orang punya. Abaikan kecomotannya..

Kalau pergi holiday trip ke boleh update blog terus pakai phone je. Baru betul di hujung jari, bukan informasi yg dikehendaki je sekarang ni di hujung jari, nak share dengan org lain pun di hujung jari. Lama-lama boleh patah jari :)


Monday, March 26, 2012

Kuih Cara Manis

Kuih tradisional yang simple tetapi takleh buat kalau takde acuan dia :). Resepi ni boleh digunakan untuk kedua-dua versi kuih cara iaitu manis atau berlauk. Kalau nak buat cara berlauk, excludekan esen pandan dan pewarna hijau.

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 1/2 cawan santan @ kali ni saya gunakan 1 kotak kecil santan segera + 2 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau dan esen pandan ( gunakan air daun pandan yang diblend lebih afdhal, sukatan air pandan mesti termasuk dlm sukatan cecair/santan di atas)

Cara-cara:

1. Dengan menggunakan blender,  blend tepung gandum, gula, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan dan titikkan pewarna hijau dan esen pandan. (cara ni lebih senang daripada kacau pakai whisk dan tapis)

2. Panaskan acuan kuih cara, dan gris acuan dengan minyak masak, tuangkan adunan sampai hampir penuh, masukan sedikit gula sebagai inti, tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan 2-3 minit.

3. Bila nampak warna adunan dah bertukar dari keputihan kepada hijau, maknanya dah masak. angkat dengan sudu kecil dan sedia untuk dihidangkan. Ooppsss kena tunggu sejuk sebelum ngap kerana gula cair di dalam boleh membahayakan lidah anda!.

Selamat mencuba!





Monday, March 12, 2012

Brownie Kukus Lapis Cheese

Salam.

Dah banyak kali jugak buat brownie kukus lapis cheese ni. Mula-mula jumpa premix brownie kukus jual kat kedai bahan bakeri, pastu jumpa resepi brownie kukus ni di lapis dengan cheese. Tak ingat site mana tapi lepas2 tu saya google jumpa banyak na site guna resepi yang sama. So sapa dulu yg mempelopori BKLC ni saya pun tak koser nak membuat literature review :)


Baru-baru ni ada kawan hubby minta buatkan untuk kawan2 dia kat sekolah ada majlis hari jadi bulanan (ke quarterly?). Dia nak 3 bijik tapi saya tak larat nak buat sampai 3 biji sebab tengah2 minggu, buat 2 je.


So sesapa nak buat, pi cari premix brownie kukus kat kedai bakeri dan membuatnya senang je, tak sampai 5 minit mengadun. Cuma nak tunggu kukus 3 lapis tu yg lama sket la, total mengukus time dlm 45 minit je.

500g premix brownie kukus (ada yg menanya guna premix brownie dlm kotak yg jual kat supermarket tu bleh tak? Jawapan saya, saya lom try :))
4 biji telur
200ml air
75ml minyak jagung
1 st crescent baking powder (BP biasa pun ok)
1 st soda bicarbonate
Secubit garam

Lapisan cheese:
250g cream cheese
25ml air/susu
60 g gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula adun bahan brownie. Campur semua bahan dlm mixing bowl, putar dengan kelajuan sederhana selama 3 minit.
  2. Adunan ni kena bahagi 2 (satu bahagian dlm 500 ml, saya dah sukat). Masukkan satu bahagian dlm loyang (saya guna 8 x 8 inci, just nice) yg telah dialas baking paper.
  3. Kukus 15 minit. Balut penutup kukusan dengan kain utk elak air menitik atas permukaan kek. Atau pun  saya pernah tengok org tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.
  4. Sementara lapisan pertama sedang dikukus, bancuh lapisan cheese. Pukul semua bahan kecuali telur sampai licin dan kembang. Masukkan telur dan pukul sehingga rata.
  5. Setelah 15 minit mengukus brownie lapisan pertama tadi, tuangkan adunan cheese ke atasnya dan kukus lagi selama 15 minit.
  6. Akhir sekali tuangkan sebahagian lagi brownie ke atas lapisan cheese dan kukus lagi 15 minit.
  7. Cucuk dengan lidi, pastikan brownie dah masak. Sejukkan 20 minit dlm loyang baru keluarkan.
  8. Boleh letak topping chocolate ganache kalau suka.