Thursday, March 5, 2020

Kek Marble (ovelette)

Salam.
Variasi resepi kek marble yang menggunakan ovalette serta teknik membuat kek sponge (pukul telur dan bahan2 lain, mentega cair last sekali). Kek jadi lebih ringan, lembut dan gebu berbanding resepi klasik (pukul telur dan mentega dahulu)



Bahan-bahan:
5 biji telur B
1 sb ovalette
1 sk esen vanila
1/4 cawan fresh milk atau susu cair
1 cawan gula * boleh kurangkan 2 sb
170g tepung naik sendiri
160g butter/marjerin cair

Cara-cara:

  1. Mix semua bahan kecuali butter cair sampai gebu dan putih.
  2. Masukkan butter cair dan kacau dengan spatula laju-laju.
  3. Bahagi adunan untuk letak warna kesukaan. Guna oil-base coloring utk warna yg jelas.
  4. Guna loyang 8 atau 9 inci.
  5. Bakar ikut suhu oven masing-masing.
  6. Lepas dah masak terbalikkan atas jaring dan biarkan sedikit sejuk baru terbalikkan atas cake board.
(Sumber: Facebook)