Friday, February 26, 2016

Pulut Kuning dan Kari Ayam

Assalamualaikum.


Kena masukkan entri pulut kuning ni sebagai rujukan diri sendiri juga di masa hadapan. Bukan apa, walaupun rasa2 macam dah tau buat, tapi disebabkan bukan selalu buat, bila time nak buat nanti, tercengang2 recall balik resepi dan segala tips. 

Anggaran bil org makan bagi pulut ialah 1kg untuk 10 orang makan. So kalau nak buat byk boleh guna sifir ni. Untuk lauk pula, kalau kari ayam campur kentang, cukup 2 ekor ayam utk 3 kg pulut. Tapi kalau rendang, kena lebihkan kot...

Pulut:
1 kg beras pulut
1 keping asam keping
2 st kunyit serbuk
Santan pekat (pekat macam santan segar yang beli kat pasar yg perah campur air tu. bukan yg tak campur air yer) - kuantiti agak3 
Garam secukup rasa
2 sb gula

- Basuh beras pulut sampai bersih.
- Rendamkan beras pulut dlm air bercampur serbuk kunyit dan asam keping sekurang2 nya 2 jam. Kalau kurang 2 jam still boleh tapi kena kukus lama sikit. 
- Selepas rendam, toskan air dan masukkan dlm pengukus. Kalau nak lapik guna daun pisang boleh, kalau tak nak lapik pun boleh. Tujuan lapik spy beras tak jatuh ikut lubang pengukus. Petua mak saya kalau taknak lapik, pastikan pengukus diletakkan ditempat rata (lapik dulang etc) sebelum masukkan beras. Ratakan beras dlm pengukus. Selepas tu angkat pengukus perlahan2 dan goyang2kan sedikit spy beras yg berada di lubang pengukus jatuh ke bawah. Selepas dah tiada berasa jatuh bolehlah letakkan pengukus atas air yg dah mendidih. Beras yg jatuh2 tadi masukkan semula ke dlm pengukus (tak banyak pun actually). Walaupun msh ada beras yg jatuh dlm air pengukus, kuantitinya hanya sedikit. 
- Kukus selama 30 minit. 
- Angkat dan tuangkan pulut ke dlm bekas utk proses arung santan. 
- Jirus santan yg dah campur garam atas pulut yang panas tadi dan gaul rata. Tekan mana2 pulut yg berketul spy santan meresap rata. Kuantiti santan kena agak2 dan make sure santan kena semua pulut dan pulut mula jadi melekat-lekat. Jgn terlebih pulak nanti pulut jadi lembik. 
- Masukkan semula pulut ke dlm pengukus dan kukus lagi 20 minit. 
- Setelah masak, keluarkan pulut sekali lagi ke dlm bekas dan taburkan gula. Gaul serata. Ini adalah spy pulut lebih berkilat dan rasa sedikit manis.  Kuantiti gula actually ikut suka. Kalau taknak pun takpa. 


Kari Ayam

Tiada apa yg spesel dlm resepi kari ayam ini. Jadi saya tuliskan yg lainnya saje:

- tumis cili kering blend sekali utk rasa
lebih kick dan warna kari lebih merah. 
- guna gula nisan sbg perasa utk gantikan gula, juga utk warna kari lebih gelap. 
- potong kiub kecil ubi kentang dan masukkan setelah ayam empuk dan kari secukup rasa. Biarkan mendidih dlm 3-4 minit dan segera tutup api utk elakkan kentang hancur (sbb saiz kecil2)


Ini untuk majlis khatam quran kecil-kecilan di sekolah agama Dikja. Alhamdulillah setelah 6 tahun mengaji dengan ustazah di sekolah agama, Dikja telah menamatkan bacaan al qurannya pertama kali. Semoga lebih rajin mengaji selepas ini....

6 comments: