Saturday, May 16, 2015

Mini Shepherd Pie

Assalamualaikum. 


Kentang lenyek:
7-8 biji kentang - dikupas, belah 2 dan rebus dgn sedikit garam hingga lembut
2-3 sb butter
200ml susu segar

Kentang dilenyek hingga halus ketika masih panas2. Campurkan butter dan susu (agak2 kepekatan). Siap. 

Inti:
250g daging cincang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - cincang halus 
1 batang karot - potong dadu
(Nak guna mix vege pun ok, tapi kitorang tak suka kacang pea dlm mix vege)
1/2 st serbuk lada putih
1/2 st serbuk lada hitam
3 sb sos Prego 
(Atau boleh juga gantikan dgn sos tomato dan sos cili shj)
1 sb tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa

Tumis bawang putih hingga garing. 
Masukkan daging cincang dan kacau hingga air agak kering. 
Masukkan bawang besar cincang dan karot. Kacau hingga layu. 
Masukkan serbuk lada putih dan hitam. 
Masukkan sos Prego atau sos tomato dan sos cili. 
Perasakan garam dan gula. 
Akhir sekali bancuh tepung jagung dgn sedikit air dan masukkan ke dlm kuali. Kacau hingga memekat. 



Kalau nak buat mini pie, guna cup aluminium foil. Isikan inti daging hingga 1/2 cup dan penuhkan dengan kentang lentek. Kalau nak buat pie besar, guna mangkuk pie. Tabur mozarella cheese dan bakar 20 minit (mini/cup) atau sehingga cheese cair dan keperangan. 






Saturday, May 9, 2015

Nasi Minyak dan Kerutup Daging

Assalamualaikum. 

Lama tak update recipe keeper ni. Walaupun pernah letak resepi kerutuk daging tak lama dulu, hari ni saya tambah dengan resepi nasi minyak pulak..

Nasi minyak:
5 pot beras (saya guna beras siam) - basuh dan toskan. Masukkan dalam rice cooker dan masukkan sukatan air mengikut beras. On kan suis, sementara menyediakan bahan tumis. 

Bahan tumis:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
-semua dihiris halus atau blend atau tumbuk
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji cengkih
2 batang kayu manis
3 sb sos tomato
2 sudu besar minyak sapi
2 helai daun pandan disimpul
1/4 cawan susu cair
2 titik pewarna kuning

Panaskan minyak sapi (boleh campur dgn sedikit minyak biasa)

Tumis semua bahan sehingga garing. Sebelum angkat, masukkan 3 sb sos tomato. 

Tuangkan ke dalam nasi yang sedang ditanak tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati. Tutup periuk sehingga menggelegak. 

Semasa nasi sedang menggelegak, masukkan susu cair dan pewarna kuning. Kacau sekali sekala sehingga nasi kering. 

Tutup periuk dan biar sehingga masak. 


Kerutuk daging saya kali ini menggunakan daging rusa. Rasanya setiap kali update resepi kerutuk, memang saya menggunakan daging rusa. Nampaknya kat rumah saya ni selalu ada daging rusa dari Sabah ni..

Kerutuk daging:
1 kg daging
3 sb rempah kerutuk
3 sb cili kering yang dimesin
7-8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
(Separuh dari bawang dan halia dihiris untuk menumis. Separuh lagi ditumbuk atau diblend dan dicampur dengan rempah kerutuk)
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih

1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur
3 biji kentang dikupas dan belah empat
3 sb sos tomato
2 sb kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Tumis bawang hiris dan rempah kasar sehingga garing.

Masukkan rempah kerutuk yang dicampur dgn bawang tumbuk serta cili mesin. Tumis sehingga pecah minyak. 

Masukkan daging dan gaul rata. 

Masukkan garam dan perlahankan api. Tutup periuk sehingga air daging keluar. Kacau sekali sekala sehingga daging empuk. 

Setelah daging empuk masukkan santan pekat dan sedikit air serta asam gelugur. Biarkan mendidih dan masukkan kentang.

Setelah kentang empuk, masukkan pula masukkan sos tomato. 
Masukkan juga kerisik dan kacau rata. 
Masukan gula dan perasakan garam. 

Setelah puashati bolehlah tutup api. 

Hidang dengan nasi minyak atau nasi putih serta sambal belacan cuka dan acar timun. 





Sunday, March 8, 2015

Creampuff

Salam

Semalam buat creampuff untuk jiran. Menggigil jugak buat untuk orang ni, ye lah kita selama ni buat utk makan sendiri je. Takot2 tak menepati citarasa org pulak kan.. Oleh kerana jiran saya insist jugak nak, maka saya kuatkan semangat membuatnya. Tapi saya dah bagi syarat kat dia tunggu weekend je baru saya boleh buat sbb tak confident kalau buat malam2 esoknya baru nak deliver, takut soggy puff tu sebab saya guna cream custard as filling. 



Resepi ada kat post sebelum ni. 
A week before, saya ada menerai creampuff coklat. Not the filling as chocololate but the pastry. Saya pernah order creampuff coklat dengan kawan sebelum ni tapi sy belum pernah jumpa redepinya. Maka saya telah cuba mencipta resepinya sendiri. Bukan cipta macam mana pun, i just added 2 tablespoon of chocolate powder in the flour amount. Rasanya agak pahit.. I think 1 tbs could just be enough. Ye lah, the dough is without any sugar, of course adding cocoa powder will add a little bitter taste to it. Tapi masih dlm range okay okay la pahit tu. Bila gigit dengan cream custard filling tu, balance balik rasa dia. Macam makan chocolate bitter semi sweet je.. It was a worth try anyway. 



Bun Sarang Lebah

Salam


Saya pernah buat bun sarang lebah ni tak lama dulu. Masa tu bersemangat sekali nak mencuba roti yg tengah meletops tu dan sanggup menguli dengan tangan ������. At the same time, saya juga dah lama eyeing for this kitchen helper named bread maker. Disebabkan nak tunggu sale punya pasal, dan alhamdulillah dipertemukan dengan sale yang berbaloi, dapat jugak saya memiliki abam Kenwood BM450 ini dengan harga RM799. 

Maka telah berepisod2 drama bun sarang lebah ni saya buat dengan bantuan BM tanpa perlu memejalkan otot lengan. Dua kali kebelakangan ni saya telah menggunakan resepi dari Ros jintanmanis seperti berikut:

Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns 
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti @ tepung high protein@ tepung superfine
200gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk  ( ros letak serbuk soya mealshake shaklee 2 sudu besar) 
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
2 sudu besar plain@natural yogurt
2 sudu besar madu ( ni klu tak letak pun takpe) 
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder


Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(sedikit kuaci hijau, bijan hitam dan badam hiris untuk ditoppingkan pada bun bee hives tu nnt) 

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 12 ke 16 ketul, bulat-bulatkan, susun doh di dalam acuan petak, perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, tabur bijan hitam, kuaci hijau dan badam hiris, sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,  akhir sekali  bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat. 

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di dalam bekas bertutup. Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnye dengan maple syrup, nak makan dgn sos butterscotch pun boleh, Selamat Meroti buat semua.

Untuk sos butterscotch, saya menggunakan resepi berikut:
1/2 cawan gula perang
30g butter
1/2 cawan susu cair (resepi asal guna whipping cream)

- Panaskan butter
- Masukkan gula perang dan kacau sehingga berbuih
- Masukkan susu cair dan kacau cepat2
- Biarkan mendidih kejap dan boleh tutup api. 
- Biarkan sejuk baru digunakan. 

Monday, February 9, 2015

Marble Cheese Brownies

Salam..

Cuba untuk mempelbagaikan brownies, kita boleh tambahkan lapisan cheese di atasnya.





Lapisan cheese:

250g creamcheese
60g gula kastor
1 biji telur
1 sb susu.air
1 sb tepung gandum

1. Pukul creamcheese dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan pukul sebati.
3. Masukkan susu/air dan masukkan tepung gandum. kacau sebati.
4. Setelah brownies masak, keluarkan dari oven dan tekan sedikit permukaannya supaya rata.
5. Tuangkan adunan cheese dan lorekkan corak marble dengan adunan brownies.
6. Bakar semula selama 15-20 minit.

Brownies Sedap Mantop...

Salam.
Resepi brownies kedua yang saya cuba. Beza antara resepi ini dan resepi yang pernah buat dulu, yang ini lebih moist di dalam... Kalau suka atasnya lebih garing, bakar selama 40 minit, kalau tak 35 minit sudah cukup masak. Saya dah cuba version garing dan kurang garing, dua2 okay..




Resepi dari kawan...

Bahan A: Cairkan
  • 225g butter - boleh kurangkang kepada 200g
  • 240g cooking chocolate

Bahan B: Pukul
  • 3 biji telur saiz A
  • 220g brown sugar - boleh kurangkan kepada 200g
  • 1st esen vanila
  • 1/2 st choc emulco - boleh skip

Bahan C: Ayak
  • 60g tepung gandum
  • 40g serbuk koko
  • 1/2 st baking powder

1. Bahan A disejukkan sedikit sehingga suam.
2. Tuang A ke dalam B yang telah dipukul. Pukul rata.
3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan gaul dengan spatula/whisker.
4. Tuang dalam loyang yang dialas dengan baking paper. Nak tabur badam ke, choc chips pun boleh.
5. Bakar 170C selama 40 minit.


Kek Butter/Marble Sedap

Salam...

Marble cake dari Sinar Hidupanku

Sedap kek ni... lembut, gebu, moist. Menepati citarasa saya untuk sebuah kek butter. Nak buat dia jadi kek batik arora ke, marble ke terpulang kepada citarasa masing2.. Resepi kek butter terbaik bagi saya. Untuk kek cawan pun sesuai, kek tak lekang dari cawan setelah sejuk.




Resepi copy paste:

Bahan-bahan- loyang 8x8 inci
  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula castor
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 6 biji telur gred A - saya guna 5 biji sahaja
  • 250 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  •  pewarna dan perisa kegemaran
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 darjah celsius
  2. Griskan loyang dengan butter. Kalau guna loyang, alas dasar loyang dengan baking paper.
  3. Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian diayak- ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan memutih
  5. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  6. Masukkan telur sebiji demi sebiji( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi) hingga habis.
  7. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi ke dlm adunan dan pkl lagi hingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  9. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul rata.
  10. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
  11. Setiap tompokan 1 senduk
  12. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  13. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna