Wednesday, April 23, 2014

Victoria Sandwich Cake



Kek yang tergolong dalam kategori teacake (kek yang dinikmati ketika teatime). Basically kek ini ialah kek butter biasa sahaja, cuma diletakkan jem strawberry dan whipping cream ditengahnya.

Bahan-bahan:
250g butter
250g gula kastor
4 biji telur
1 st esen vanila
280g tepung naik sendiri
1 cawan whipping cream
Jem strawberry/rasberry
Hirisan buah strawberry fresh jika suka

Cara-cara:
- Pukul butter dan gula hingga kembang dan pucat.
- Masukkan telur satu per satu dengan dipukul rata selepas setiap biji telur. 
- Masukkan esen vanila.
- Kaup balikkan tepung 
- Bahagi aduanan kepada 2 bahagian dan bakar setiap satu menggunakan loyang 8 atau 9 inci selama lebihkurang 20 minit dengan suhu 170 celcius (bergantung kpd oven masing)
- Sejukkan setelah masak.
- Pukul whipping cream sehingga kembang dan bertanduk.
- Ratakan jem strawberry di permukaan sekeping kek. Dikuti dengan whipping krim tadi.
*Saya guna jem Smuckers yang sugar free..

- Letakkan sekeping lagi kek di atasnya. Hiasakan dengan icing sugar yang diayak ke atas kek dan hirisan buah strawberry (saya tak letak)

Sesuai untuk hidangan minum petang atau malam.


Mashed Potato dan Kuahnya

Salam.

Mashed potato:
5-6 biji kentang 
Susu segar
Mentega

- Rebus kentang hingga empuk.
- Setelah ditoskan dan ketika masih panas, segera lenyek menggunakan garfu atau sebarang peralatan yang sesuai sehingga halus.
- Masukkan mentega lebihkurang 2-3 sb dan susu sedikit demi sedikit sambil meratakannya sehingga mendapat kepekatan yang disukai.


Kuah/Gravy:
(Resepi ambil dari myresepi daunpandan@myresipi.com)
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara

Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.
Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).
Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.