Thursday, April 28, 2011

Kek tanpa telur

Ingatkan takde telur takleh buat kek. Rupanya ada jugak kek tanpa telur (mungkin aku baru tahu..). Tapi jgn cuba-cuba buat bahulu tanpa telur, jadik bengkang nanti. Sebelum-sebelum ni tahu kek yg guna telur berpuluh-puluh je tahu macam kek lapis, kek suji. Ini tanpa telur pulak. So kalau yg health concious especially kolestrol egg yolk tu boleh makan kek tanpa telur ni. Jalan-jalan kat Izzah Muffin Lover jumpa resepi supermoist eggless choc cake ni. Malam tadi buatlah walau tak cukup bahan, patut pakai susu tepung (instant full ceram lah kut) tapi aku takde, amik susu Aiman dutchlady 123 hehehe... gula perang pun ganti gula cator biasa. It turned up nice and really moist and rich. Sedappp... Sebab tak sabar nak rasa, tak sempat letak topping.. kalau makan dengan vanilla cream atai icecream pun best ni (mcm kat secret Recipe tuh)

Tuesday, April 12, 2011

Custard Teacake

Hujung minggu baru-baru ni plan nak try macarons mix yg dapat free masa attend class Pati's macaron making. Siap dah beli silicone mat dan round nozzle tip size 5 tapi mood tak datang sampai Ahad petang... Bukan tak datang langsung, datang tapi mild, mild jer... Buat macarons ni kena ada mood bebetul, aku agak la sebab kesensitifan dia nak menjadi atau tak tu kena diiringi oleh mental preparartion. Kalau tak mentally prepared, takut aku bakor dapur tu hehehe.. Apa-apa pun itu hanya alasan untuk menutupi alsan sebenar yg ada sikit ciri MALAS.

Sudahnya weekend baru ni terisi dengan custard teacake (resepi dari Ida) jer.. 2nd try from me yg teruja dengan kesedapan dan kelaianan dari kek-kek lain.




Tengah ada custard filling...best!

Friday, April 8, 2011

Macarons baking fever

Harini belajar buat macarons pakai Pati's Macarons mix. Belum berani buat macarons dari scratch (yg pakai meringue and almond ground) sebab tak pernah nengok roper macaron secara live, apatah lagi rasa.. kesiannn. Pakai mix ni gila senang, hanya campur ayaq suam dan beat 4-5 minit.. hehehe.. nampak je lah senang, kalau buat sendiri gamaknya jadi amoeba yg surface nya macam permukaan bulan, berjerawat batu!

Apa2 pun nak share gambar hasil pembuatan chef dlm kelas tadi... Rasa not bad, masih mengekalkan rasa crunchy di atas, chewy di dalam, tapi almond tak rasa sangat.. mungkin kelebihan yg buat seniri (tak pakai mix) rasa almond yg ketara..

Monday, April 4, 2011

Suatu hujung minggu...

Salam,

Mencuba cicipan baru di suatu hujung minggu untuk santapan tekak sendiri dan keluarga..

Cheesetart

Pulut mangga
Pulut:
2 cawan beras pulut - rendam 1 jam
Santan pekat
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa

Santan:
1 cawan pati santan
1 cawan air di campurkan dengan 1 sudu makan tepung beras/tepung jagung
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa

  1. Kukus pulut sehingga masak (takde lagi warna putih di tengah2, lebihkurang 20 minit)
  2. Gaulkan dengan santan pekat (masukkan garam dalam santan) dan gula. Santan tu agak2 biar sampai kena semua pulut sahaja, jangan byk sangat (santan cepat meresap bila gaul denganpulut yg panas)
  3. Kukus semula 15 minit. Sejukkan.
  4. Untuk kuah santan, sebatikan semua bahan dalam periuk.
  5. Masak sehingga mendidih (jangan lama nanti santan pecah minyak)
  6. Hidangkan pulut bersama kauh santan dengan mangga. Mangga paling best utk pulut mangga ni ialah harum manis, kalau takde, mangga mas hitam pun okay. Yang penting mangga yg jenis manis, bukan masam-manis..


Dunia baru

Melangkah ke alam maya
Mencoret luahan dan nukilan
Untuk sebuah perkongsian ilmu dan amal
Moga diberkatiNya...