Geram tengok orang dok post gambar apam susu ni kat FB. Comel lote gabungan warna-warni yang digunakan (kreatif uols...) sementelah kejadian apam ni sgt gebu dan montok. Maka saya cepat2 save resepi (snap pic). Tapi apa yg terjadi, resepi terperam lebih setahun... :(
Sempena dengan cuti raya cina yang rasanya masuk tahun ke 3 kami tak balik kg sebab malas 'rempuh' jem, maka apam gebu saya akhirnya menjadi realiti..clap5...
Inilah resepinya.. Tak tahulah dari mana ianya di save ketika itu.
*Saya tambahkan 1/4 cawan susu cair sebelum masukkan tepung.
Apam ni mmg gebu, lemak manis dan enak dibuat minum petang kena dgn teh o. Saya cadangkan apam ini disimpan dalam bekas bertutup bagi mengelakkan ianya menjadi kering jika terdedah dgn udara (tiada kandungan lemak/minyak menyebabkan apam ini tends to loss its moisture to the air if leave uncovered)
No comments:
Post a Comment