Wednesday, July 31, 2013

Biskut raya: Tart Nenas Gulung

Salam.

Biskut raya kedua yang saya buat tahun ini ialah tart nenas gulung. Boleh dikatakan tart nenas menjadi biskut raya 'must have' setiap thn bagi saya. In fact, kalau tak raya pun kat rumah saya sentiasa ada tart ni. Semestinya kerana menjadi favourite saya sejak dulu dan sehingga kini. Tahun ni saya buat versi gulung sahaja...versi bunga takleh buat sebab acuan kelopak bunga saya dah pass kat kakak saya sebab dia nak pinjam. Dulu saya beli kat kedai Daiso, tapi bila saya cari lagi dah tak ada. Saya pernah nampak acuan kelopak bunga tu yg diperbuat daripada tembaga, tapi saya tak pernah jumpa kat mana2 kedai bakeri kat area sini. Mesti yg tembaga tu lagi best dan berkualiti.




Resepi: 
250g butter
2 kuning telur
3 sudu besar gula castor
1st esen vanila
3 cawan tepung
3 sudu besar tepung jagung

Jem nenas secukupnya
(1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan)

1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan

Steps:

  1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan kuning telur, pukul sebati.
  3. Masukkan esen vanila, pukul sebati.
  4. Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk. Mungkin tepung tak perlu dihabiskan kerana kuantiti tepung sebenar bergantung juga kpd jenis butter yg digunakan. Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah.
  5. Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ke bawah. Letakkan jem nenas yg telah dibulat-bulatkan bujur sedikit di hujung doh. 
  6. Gulung secara kemas ie tidak longgar. Jika menggunakan acuan nastar, doh adalah agak tebal, maka gulung hingga doh bertemu sahaja (tidak bertindan).
  7. Sapukan kuning telur yg dicampur dgn sedikit susu dan pewarna kuning ke atas tart yg telah siap digulung.
  8. Bakar selama lebihkurang 15 minit dgn suhu 170 celcius.


Tengok ni kalau tak gulung kemas dan saiz jem yg lebih kecil dari kelebaran doh menyebab kan tart yg dah masak jadi 'jatuh' menggeleber dan debab... apa-apa pun, ngap sajork!


3 comments: