Wednesday, July 4, 2012

Kek Teh Kastad

Alih suara bahasa nama kek ni daripada english name dia - custard teacake. Omputih suka bagi nama kek ikut kesesuaian kek dinikmati, waktu minum teh namanya teacake. Orang kita kalau kek, kek je lah boleh dinikmati ikut suka masa anak tekak nak makan. Agaknya sebab omputih kuih derang kek je kut eh, dengan segala variety pastries je. Orang kita pulak ada banyak lagi jenih kuih muih - kuih talam, keria, karipap, putu mayam, belum masuk kepok lekor, nasi impit, cakar ayam, etc... hehehe mewah sungguh Malaysia ku dengan makanan, kena dapat jolokan syurga makanan nih. Actually semua negara Asia macam ni rasanya.




Jumaat baru-baru ni anak no 2 yg nak macam anak omputih tak, nak mcm anak Italy pun tak, Spain lagi la, nak kata Siam pun tak, intan payung sorang tu tetiba mengidam nak kek ni. Budak, bukan tahu nama kek, yg dia tahu describe based on penampilan kek tu "Umi buatla kek yang kat dalam dia ada inti tu, yang kat luar dia keras-keras sikit, yang Umi tabur serbuk putih atas dia tu... dah lama tak makan..." begitulah bunyi pujuk rayu dia. Kebetulan pulak butter ada lebih-lebihan je kat rumah, tak ada yang seketul baru, timbang2 dapat la 130g gitu, maka saya pun buatla demi selera tekak anak sorang ni. Makanya dapat buat satu adunan je la, selalu buat double supaya puas makan (adunan dia saiz small).

Sebenarnya ini ulangan kali ke-2 kat blog ni, first time kat sini. Antara resepi yang dah masuk list favourite saya. (Terima kasih pada Kak Ida koleksi1001 resepi yang memperkenalkan saya resepi ini)





bahan-bahan
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

1) pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
2) guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...

note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...

No comments:

Post a Comment