Tuesday, October 9, 2012

Chocolate Banana Muffin

Assalamualaikum.

Rasa terharu pulak dapat buat muffin pisang coklat yang sungguh sedap, lembut dan moist. Sampaikan 2 hari berturut-turut saya buat. Lagi pun satu adunan dapat 17-18 biji je, mana puas makan dengan kat rumah ni ada 4 kanak2... Buatan kali kedua tu sebab anak no 2 yang beriya-iya suruh buat lagi di samping pisang yang masih berbaki. Buatan kali pertama dia tak puas makanle tu sebab kakak sulung bawak balik asrama 10 ketul. :)

Inspirasi nak buat choc banana muffin ni ada 2:

  • nak guna silicone cupcake mould yang baru beli dari 1001shoppe


Tapi disebabkan nak cepat, saya telah melakukan perubahan hampir 80% terhadap cara membuatnya, 20% terhadap bahan2nya. Memang jadi ringkas dan senang gila. Nasib baik muffin ni menjadi dan saya teramat2 gembira sebab muffin ni sedap dan gebu...





Begini resepi saya:

100g minyak jagung (menggantikan butter)
1 biji telur
120g gula castor
4 biji pisang (saya guna pisang bunga)
1/2 cawan susu cair @ 1/2 cawan susu segar dicampurkan dengan 1 sb cuka (menggantikan sour cream)
1/2 st garam
150g tepung gandum
1 st soda bica
1st esen vanila
1 sb serbuk koko (resepi asal 2 sudu)
1 cawan chocolate chips
Badam cincang untuk hiasan


Cara membuat:
  1. Masukkan semua bahan dari minyak jagung hingga garam dalam list di atas ke dalam blender. Ye blender. Kisah sampai halus semua (dalam 1-2 minit)
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung, serbuk koko dan soda bica yang telah diayak terlebih dahulu. Kacau sebati.
  3. Masukkan chocolate chips dan gaul sebati.
  4. Sudukan ke dalam papercup yang disusun dalam acuan muffin. Tapi saya guna silicone mould yg tak dialas (best wooo acuan ni, senang nak keluarkan kek dan tak melekat langsung)
  5. Taburkan choc chips dan badam cincang sebagai hiasan.
  6. Bakar dengan suhu 170c selama 15-17 minit atau sehingga kek masak. (test dengan lidi or cake tester)



Ni yang buat first time, tak letak badam cincang sebagai hiasan. Tengok choc chip yang mencair kat dalam tu, pergh...





Tengok ni betapa moist muffin ni selepas semalaman.. dapnyer.. 
Tapi makan suam-suam lagi heaven, kena lak dengan secangkir teh.


Pineapple Cupcake

Assalamualaikum.

Azlita Aziz sering mengujakan saya untuk mencuba resepi-resepinya. Saya tahu, kepakaran dia mengambil gambar dan food presentation skill yang dia ada, telah berjaya memancing saya dan ramai lagi untuk rajin ke dapur. Malah, resepi-resepinya juga tidak rugi dicuba kerana memang sedap dan menjadi.
Moga beliau beroleh pahala atas kebajikan yang diberikan.


Kek cawan nenas ni adalah antara resepi yg diinspirasikan oleh beliau... Asalkan resepinya mudah dan tak de barang-barang pelik, cepat je saya nak mencubanya. Rasanya sedap, berserat dengan nenas kena pulak dengan cream cheese frosting. Cuma texture kek ni agak kasar, bukannya gebu macam kek butter mungkin kerana komposisi nenas tersebut.

BLENDED PINEAPPLE CUP CAKE
source: Azlita Aziz

6 keping nenas gelang dalam tin (saya guna nenas kiub 3/4 tin - tanpa airnya)
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus 
3 biji telur
2 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sb baking powder ~ diayak
1 sudu teh pes nenas (saya skip)
1/2 sudu teh garam (saya tambah)

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali tepun dan baking powder
Kisar hingga halus
Tuangkan bahan yang di kisar tadi ke dalam bekas tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Campurkan sedikit-sedikit sambil dikacau sebati
Tuangkan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam loyang muffin
bakar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek masak
Kemudian boleh lah deco mengikut creativiti


Cream Cheese Frosting

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.