Dah lama salin resepi ni, hajat nak buat tu berkobar2 melihatkan rupa paras yang dilitupi 'salji' keju parut itew... akan tetapi lama tertangguh sehinggalah melihatkan kawan baik dah cuba dan review daripada dia sangatlah best itu kek.. Maka kobar perlu dihidupkan semula dengan masuk dapur, sedia bahan dan hidupkan mixer.. (sebelum tu gi kedai dulu cari bahan - bahan tak susah, biasa2 je cuma cheddar cheese jarang ada stok kat rumah)
Resepi boleh ambil dari banyak blog, tapi saya tepek kat sini resepi yang saya ambil dari blog Kak Nor..
KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Hasilnya..maksud saya hasil kek buatan saya, agak tidak memuaskan hati saya. Saya tak pasti dimana silap, kek sponge saya tidaklah segebu dan selembut yang sepatutnya. Agak mampat kejadiannya... mungkin saya pukul tidak cukup ringan. Atau sebab saya kurangkan ovalette ke 1 sb sahaja? Kek pun tak naik tinggi, dan saya membuat keputusan kek tak perlu dibelah dua untuk diletakkan cheese ditengahnya. Saya hanya terus sapukan topping di sekeliling dan permukaan kek sahaja.
Saya pasti akan mencubanya lagi insyaallah, mungkin menggunakan resepi sponge kek yang lain.. Tetapi, overall, kek ni sedap, lemak berkrim dengan topping cream cheese yang digandakan dengan keju cheddar parut di atasnya. Cuma kek agak kurang manis, tapi dah ok kut sebab dicover oleh kemanisan topping.