Monday, August 26, 2013

Rendang Daging Rusa - menggunakan pressure cooker

Salam.

Rusa juga dikenali sebagai payau. Saya baru tau istilah payau setelah suami acapkali outstation ke Sabah dan membawa balik daging rusa yang diperolehi dari kawan-kawannya di sana. Kadang2 suami siap pesan sebelum berangkat ke Sabah daripada mereka agar carikan dan simpankan payau sebab tidak selalu payau ada dalam simpanan mereka. Payau yang mereka perolehi ialah hasil buruan di hutan-hutan di sana.

Minggu lepas suami outstation ke Sarawak/Sabah lagi. Kali ni 8kg payau yang dibawa balik! Masyallah penuh peti ais saya dengan anak rusa Nani ni. Nasib baik telah dipack kan 1 kg setiap bungkusan, senang saya nak simpan dan nak masak nanti. Menu pertama dari payau ini yang dimasak oleh bibik untuk dinner kelmarin ialah goreng kunyit. Kami semua amat menggemari payau goreng kunyit ni. Tapi nasib kami agak kurang baik, payau yang kami perolehi kali ini agak liat dagingnya. Klau setakat goreng macam biasa (goreng tanpa minyak sehingga air daging kering tanpa memasukkan air tambahan, kemudian  baru dimasukkan minyak dan digoreng hingga garing), dagingnya tidak boleh empuk. Agaknya rusa bersaiz besar dan berusia yg kami perolehi kali ini. Payau ni kalau dapat yang lembut memang best...dagingnya lebih halus dari daging lembu. Cuma bagi sesetengah org tidak menyukai bau 'daun' yang ada pada daging payau. Entahlah saya tak perasan pun wujud bau 'daun' tu. Sudahnya daging rusa goreng tu tidak boleh dimakan, perlu dialter semula untuk melembutkan dagingnya.

Kisahnya hari ini saya ingin memasak rendang rusa pulak. Maklumlah di hari minggu di bulan Syawal ni, mungkin ada tetamu yang bakal berkunjung dan boleh dijadikan hidangan bersama lemang (yang boleh dibeli bila2 masa). Memandangkan saya telah mengetahui payau ini agak liat dagingnya, maka saya buat keputusan untuk memasak rendang ini dengan pressure cooker yang baru dibeli minggu lepas. Tertarik dengan kelebihan jenama Noxxa by Amway ini kerana capacitynya besar 8L dan ada multifunction.

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa
3-4 helai daun kunyit
3-4 sb kerisik kelapa
1 keping gula nisan/gula merah
Garam secukup rasa
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
2 cawan santan pekat

Bahan-bahan yang diblend:
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
3 biji buah keras (optional)
15 tangkai cili kering yg telah direndam
- Blend semua bahan sehingga lumat

- Masukkan daging yang telah dipotong selebar 2 jari dan setebal 1 cm ke dalam periuk pressure cooker.
- Masukkan bahan blend dan garam secukup rasa ke atas daging dan gaul perap seketika.
- Masukkan santan dan gaul sebati.
- Masak menggunakan fungsi 'high pressure' selama 30 minit (sebab payau saya liat, kalau biasa 20 minit mencukupi)
- Setelah tamat, menggunakan fungsi 'stir dry' pula, kacau rendang sehingga pekat dan pecah minyak. Dalam 10-15 minit diperlukan untuk proses ini. Ketika ini bolehlah dimasukkan kerisik, gula merah secukup rasa dan daun kunyit yg dihiris halus. Kacau sehingga mendapat kepekatan yang diingini. (ada yg suka rendang berkuah sikit, ada yg suka rendang kering)

rendang yang sedang di'stir fry'...

Saya takleh bayangkan sekiranya saya tidak menggunakan pressure cooker untuk memasak rendang ini dgn kedaan daging payau yang liat, mungkin saya memerlukam masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk melembutkan daging ini. Syukur alhamdulillah pressure cooker saya sampai tepat pada masanya. Kalau tidak mungkin saya membebel 2-3 besen nak menunggu payau lembut :).

Gambar rendang yg dah siap lupa nak snap...

No comments:

Post a Comment