Friday, August 23, 2013
Biskut raya: Cornflakes Madu
Rasanya ini entri terakhir pasal biskut raya bagi tahun ini. Saya buat 4 jenis sahaja, semuanya yang saya rasa kategori "dijamin habis". Tak nak berlaku pembaziran.
Actually resepi yang sama saya gunakan sebelum ini, cuma dikurangkan mentega dan gula. Saya tuliskan semula dalam sukatan yang lebih besar.
Resepi:
225 g butter
3/4 cawan gula
10 sudu besar madu
500 g cornflakes - saya suka jenama Nestle kerana flakesnya lebih tebal. Kalau jenama Kellog's atau yang timbang, flakesnya nipis..
(kalau suka boleh tambah kekacang)
hirisan ceri untuk hiasan
Kacau atas api butter, gula dan madu sampai larut menggunakan kuali besar. Guna api perlahan.
Masukkan cornflakes kacau sampai rata (api kecil sekali)
Sudukan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan manik hiasan atau ceri.
Bakar 160 C selama 6-8 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment