Alhamdulillah dipertemukan dengan Ramadhan 1435H. Masih jelas diingatan, ketika penghujung Ramadhan tahun lepas kita berdoa bersungguh-sungguh agar dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik agar dapat bertemu dengan Ramadhan lagi. Dan apabila ada peluang yang Allah berikan ini, seharusnya kita dengan bersungguh-sungguh melakukan pengisian Ramadhan kali ini agar ianya menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita... seperti kata para alim ulama rebutlah peluang Ramadhan seoalah-olah ianya adalah yang terakhir buat kita...
Di bulan yang mulia ini kita recharge dan revive segala amalan ibadat kita agar kita menjadi insan yang bertaqwa kepadaNya. Bulan ini Allah menggandakan ganjaran sebagai galakan agar kita melakukan ibadat yang disuruhNya serta ibadat2 sunat lain yang Nabi SAW telah tunjukkan contoh. Sama-samalah kita merebut kelebihan Ramadhan, lebih2 lagi 10 malam terakhir, agar kita tidak tergolong di dalam orang2 yang rugi...
Resepi cream puff nak menyelit di sini. Buat cream puff ni sebelum puasa lagi tapi bari sempat nak salin di sini. Membuat cream puff ni senang tetapi agak sensitif jugak kejadiannya terutamanya bab kepanasan oven. Saya discover benda ni setelah 2 percubaan sebelum ni tak menjadi yaitu pastry tu leper tak naik kembung. Pastry cream puff ni sepatutnya berongga di dalam setelah masak supaya kita boleh belah dan isikan filling. Jarak masa antara 2 percubaan tu adalah setahun setengah kot... sebenarnya saya dah pernah berjaya buat creampuff ni lamaaaa dulu. Lepas tu tak buat dah so bila buat balik tak tahu di mana silap. Tu lah kelemahan buku resepi secara tadisional, yg mana ianya hanya merekodkan (cewahh..) bahan2 dan cara membuat. Acapkali selepas kita try resepi tu, dan kita dapati ada benda kena update buku resepi, tapi kita tak buat. Ye lah kan, mana nak cari pen waktu tengah berkecah kat dapur tu cik yah oii. Lepas2 tu lagi lah...lupa terus. Kalau pakai buku resepi blog camni, setiap resepi ada penceritaannya yang tersendiri. Tulislah banyak mana cerita ko nak, tak lenguh tangan dan tak habisnya mukasurat buku resepi tu.
Pastri :
125g butter
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
1. Didihkan air bersama butter.
2. Perlahankan api, masukkan tepung, kacau sehingga menjadi
doh dan tidak melekat di periuk.
3. Biarkan sejuk dan kemudian pukul bersama telur dan esen
vanilla sehingga rata dan licin.
4. Menggunakan piping bag dan nozel bintang yg besar,
picitkan di atas dulang pembakar sebesar 50sen dan meninggi. Sembur air sebelum
dimasukkan ke dalam oven.
5. Bakar pada suhu 190 darjah selama 15-18 minit (lebihkan 10-15 degree dari suhu bakar kek biasa). Kalau oven ada kipas, pasangkan kipas.
Pilihan 1: Inti kastard
200ml susu ideal
400ml air
½ cawan kastard
2 biji telur
½ cawan gula
Sedikit esen vanilla
Kacau semua bahan hingga sebati dan letakkan di atas dapur.
Kacau hingga berkilat.
Pilihan 2: Inti cream custard
100g instant custard mix
200 ml susu sejuk
1 st esen vanilla
150g whipping cream dan diputar
Bancuh instant custard mix dengan susu dan vanilla esen.
Pukul rata ke dalam whipping cream. Sedia digunakan.
(lebihan krim boleh difrozenkan. Bila hendak digunakan
semula, defrozekan di bahagian fridge semalaman)
No comments:
Post a Comment