Sambal cili api dengan ikan bilis ni sgt sedap bagi saya.. Di kala tekak memilih rasa mahu pun di kala malas melanda... Bila mana tekak rasa nak makan nasi panas dengan lauk simple2 je, ini antara pilihannya.
Resepi (dari Facebook lagi).
Saya tambah sedikit air asam jawa.. Nak ngamkan dengan rasa pedas, masin dan manis2 sikit.
Saya guna turbo chopper dari Tupperware ni utk blend cili dan bawang. Chopper ni bagus utk kerja2 nak tumbuk kasar benda yg sikit2. Takyah angkat batu lesung tapi main2 tarik2 tali je.
Cumanya bila nak blend ikan bilis, chopper ni agak tak larat. Mungkin ikan bilis sy lebih muatan chopper chomel ni atau pun ikan bilis masih liat saya rendam sekejap benor.