Sunday, January 27, 2019

Sambal Nasi Himpit



Anak2 tanya kenapa panggil sambal? Ya namanya sambal tapi tak ada sedikit pun unsur2 cili, lada dan seangkatan dengannya selazim sambal2 lain. Org kelantan panggil sambal mungkin dari cara memakannya iaitu dicicah atau diambil sedikit dengan regu dia. Dlm kes sambal nasi himpit, ofkos regunya ialah nasi himpit (org kelantan panggi nasi kapit). I am a fanatic fan of this authetic kelantanese dish, kat sana menu ini ialah menu sarapan pagi dan begitu mudah dijumpai di mana2 gerai sarapan pagi yg boleh dijumpai selang 100m - 500m di kawasan2 penempatan tinggi (cewah ala2 nota geografi pulak). Kat KL mana nak cari? Ada kot tapi susah nak jmpa maka kena la buat sendiri kalau craving dtg melanda.





Resepi:
Kelapa parut - sangai (goreng tanpa minyak) sampai garing
Ikan rebus (kembung/sardin)- ambil isi
Bawang merah
Halia
Serai
Gula nisan@merah@melaka@kabung
Garam

Cara:
Kisar kelapa parut yg telah disangai sehingga halus @ separa halus. 
Kisar isi ikan (tanpa air) @ tumbuk dan satukan dengan kelapa. Kuantiti ikan lebih kurang kuantiti kelapa atau a little bit less. 
Kisar bahan2 lain dengan sedikit air. 
Gaulkan semua bahan tadi sehingga rata, rasa garam dan gula. Rasanya lemak2 kelapa, ikan, rasa serai dan halianya dan manis-masin. 
Sblm disimpan atau hidang, tekan2 sehingga sedikit padat dlm bekas. 
Hidangkan dgn nasi himpit. Walaaa!