Lama tak update blog ni. Ini adalah sejenis manisan tradisi orang kita, nama global dia wajik, org Kelate panggil nasi manis, org utara pulak sebut pulut kacau...mana-mana pun dia tetap merujuk kepada pemanis mulut yang sangat best ni. Saya personally sangat gemar dengan manisan ni esp yang taruk durian. Malangnya saya tak pandai buat dan tak pernah mencuba lagi sebelum ni. Bagi saya, makanan tradisi ni kita perlu berguru untuk belajar membuatnya sebab selalunya ada 1001 tips dan pantang larang yang perlu diketahui. Ada 2-3 orang sedara-mara saya yang pandai sangat buat wajik ni, diorang akan buat bila ada majlis atau pun raya. Bila ‘terserempak’ dengan wajik ni kat rumah diorang saya mesti teruja dan menjamah manisan ni seghairahnya..erk!!
Baru-baru ini saya ternampak resepi wajik lalu kat newsfeed FB, saya baca sekali lalu dan rasa macam resepi tu genuine. Maka saya save resepi tu dalam Notes. Kebetulan sekarang ni musim durian, elok sangatlah saya kuatkan semangat cuba buat wajik ni walaupun tanpa berguru..tawakkal je dengan resepi yang dah save tadi tu.
Maka inilah hasilnya yang tidak mengecewakan saya sama sekali.. puashati sangat dapat buat sendiri nasi manis kegemaraan saya ini. Resepi seperti di bawah tetapi oleh kerana saya hanya buat 500g pulut (testing katanya..) maka sukatan bahan-bahan lain saya hanya main agak-agak.
(Maaf tak dapat quote dari mana resepi ni diambil)
💄BAHAN - BAHAN
❤1kg beras pulut
❤1kg gula merah
❤2 cawan gula putih
❤Santan secukup lemak
(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)
❤Daun pandan
💄Cara-cara
👉Beras pulut direndam 4-5jam
Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan
👉Masak gula merah dan tapis dahulu
👉kemudian masukkan gula putih
👉Masukkan santan & daun pandan
💄Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi
👉 Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat
(mcm meletop2 gitu 😆)
💄Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik
💄Tutup api dan masukkan dalam bekas
Siap!
No comments:
Post a Comment