Monday, April 4, 2011

Suatu hujung minggu...

Salam,

Mencuba cicipan baru di suatu hujung minggu untuk santapan tekak sendiri dan keluarga..

Cheesetart

Pulut mangga
Pulut:
2 cawan beras pulut - rendam 1 jam
Santan pekat
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa

Santan:
1 cawan pati santan
1 cawan air di campurkan dengan 1 sudu makan tepung beras/tepung jagung
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa

  1. Kukus pulut sehingga masak (takde lagi warna putih di tengah2, lebihkurang 20 minit)
  2. Gaulkan dengan santan pekat (masukkan garam dalam santan) dan gula. Santan tu agak2 biar sampai kena semua pulut sahaja, jangan byk sangat (santan cepat meresap bila gaul denganpulut yg panas)
  3. Kukus semula 15 minit. Sejukkan.
  4. Untuk kuah santan, sebatikan semua bahan dalam periuk.
  5. Masak sehingga mendidih (jangan lama nanti santan pecah minyak)
  6. Hidangkan pulut bersama kauh santan dengan mangga. Mangga paling best utk pulut mangga ni ialah harum manis, kalau takde, mangga mas hitam pun okay. Yang penting mangga yg jenis manis, bukan masam-manis..


No comments:

Post a Comment