Thursday, January 19, 2012

Spaghetti Sardin


2 tin besar sardin
1 botol sos tomato
5-7 tangkai cili kering (rendam dan blend)
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
Secekak daun kesum
1 batang bungan kantan
3 biji tomato (didadu)
Garam dan gula secukup rasa


  1. Sardin dihancurkan mengunakan garpu bersekali dengan sosnya, tak perlu halus sangat
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kering blend hingga wangi dan masak
  3. Masukkan sardin, sos tomato, buah tomato dan air (lebihkurang 2 cawan) dan kacau sebati.
  4. Biarkan mendidih lalu dimasukkan bunga kantan (hiris nipis atau ketuk, ikut suka) dan daun kesum
  5. Perasakan garam dan gula
  6. Biarkan mendidih dengan api sederhana lebihkurang 10 minit dan bolehlah diangkat.
  7. Hidangkan dengan spaghetti, timun hiris, telu rrebus dan cili api (ikut suka).

Sunday, January 1, 2012

Rainbow Cake

Sekarang kek dah ada musim-musin pulak eh... Ada trend setter, adalah followernya. Saya, buat masa ni jadi follower je. Rasanya situasi jadi macam ni sebab kemajuan teknologi dalam penyebaran resepi, contohnya blog ni lah, dan juga macam2 social network sites yg menjadi platform kepada perkongsian yg lebih mudah.

Salah satu kek terhangat sekarang ni, si pelangi ni lah.Kalau dulu, orang mention kek pelangi, maknanya kek marble kaler-kaler lah. Sekarang, kena sebut betul-betul, pelangi ke marble, lain tuuu...

Saya pun terpanggil lah nak cuba gak walaupun sebenarnya tidaklah 'tegar' nak bakar selapis-selapis sebanyak 6 lapisan tu. Eh kenapa kek ni org buat 6 lapis je ek? bukan pelangi ada 7 warna ke? Malas la plak nak gi study kaler apa yg tak termaktub dlm kek ni, indigo kut ek? Rata-rata saya lihat org buat kaler purple, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Disebabkan ketidaktegaran saya nak bakar 6 lapis, saya buat 4 lapis je.. aci tak? tapi nak panggil kek pelangi gak.. hehehe.. Tak kisahlah, apa-apapun motif kek ni nak 'up'kan mood happy je kut dengan warna-warni yg terang-berderang. Sesuailah kek ni saya cuba di awal tahun baru 2012, moga kehadiran 2012 membawa lebih warna-warna ceria dan gembira dan yang paling penting sentiasa berada di dalam keredhaan dan rahmatNya..

Silalah ignore kejadian dekorasinya kerana saya sangatlah tak pandai deko kek..





Resepi saya ambil dari blog http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/08/rainbow-cake.html
First time saya jengah dapur Kak Zu ni. Macam dia kata sukatan gula tu kena kurangkan, kalau tidak, manissnya kek itew!!!

Saya tepek resepinya kat sini:

3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je )
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni )
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

CARA CARA

1.Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.
2.Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .
3.Masukkan telur putih , pukul lagi sampai sebati n gebu .
4.Masukkan esen vanila
5.Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
6.Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.
7.Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.
8. Bole gune topping non dairy whipping cream , buttercream ,cheesecream @ what ever you want..hee
9.Bole jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suke )..kite yang buat die kan..taram je dik non.