Thursday, September 27, 2012

Kek Butter

Assalamualaikum.

Teringin nak makan kek butter. Maka godeklah kek butter sehari selepas godek kek coklat ABC. Memang patutlah rasa badan berat semacam sekarang ni, baju-baju semua sendat... Redha jer lah.. :(




Guna resepi CMG tapi tak letak lemon, jadi la kek butter biasa. Resepinya:

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 biji lemon, parut kulitnya (hanya yang bahagian kuning)
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 cawan susu segar
7 biji ceri merah, belah 2 setiap satu - saya tak guna
7 biji ceri hijau, belah 2 setiap satu - 
saya tak guna
Badam cincang untuk hiasan - 
saya guna walnut (bakar sekejap, patah2kan)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Saya guna loyang bulat 8 inci. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
  3. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla. putar rata. 
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar sebati.
  5. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur walnut cincang. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing. 
  6. Biar sejuk sekejap dan keluarkan kek, sejukkan sepenuhnya atas jaringan..


Tuesday, September 25, 2012

Kek Coklat... semudah A, B, C

Asslamualaikum.

Senang betul (senang giler cakap orang muda...) buat kek ni. Anak2 sekolah rendah pun boleh buat, kalau tahu kendalikan oven masa nak membakarnya.

Resepi ni diambil dari satu blog Azie Kitchen, menarik blog ni dan tuan dia without fail akan update blog boleh dikatakan setiap hari. Salute.

Tepek resepi kat sini:


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's --> saya pakai serbuk koko biasa je.. 
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 tsp vanilla extract
1 cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe)

Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.

Sangat mudah kan? Semudah A, B, C...

Ini wajah kek yg saya buat menggunakan resepi di atas.. Saya sapu nipis je chocolate ganache, lebihan yg dah pakai sebelum ni. 

Sedap, lembut dan moist..





Kek baru masak...

Tuesday, September 18, 2012

Raya.. raya.. raya.... Soto Jawa

Syawal 1433H telah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas. Jamuan-jamuan raya dan open house (mungkin) telah pun berakhir semalam 1 Zulkaedah. Selalunya 'penanda' tamatnya musim raya apabila corong2 radio dan televisyen mula memperdengarkan berita penerbangan jemah-jemaah haji ke Madinah/Mekah. Yang tidak (dapat) turut serta di musim haji kali ini, hanya dapat menghantar pergi jemaah dengan sejuta pengharapan agar bakal turut serta suatu tahun nanti. Yang masih belum ada rezeki untuk melakukan rukun Islam ke-5 ini, pastinya bergelodak jiwa menanti bilakah giliran akan tiba. Yang dah menerima 'jemputan' haji daripadaNya pun tak terlepas dari menanam azam untuk kembali ke sana lagi...

Raya lepas, saya rasa soto adalah menu wajib ada kat mana-mana tempat yang saya pergi, termasuk lah rumah saya sendiri :). Hari ini, saya rasa saya tak mau makan soto lagi sebab dah muak sangat. Tapi mungkin pengakuan ini bertahan 2-3 minggu saja, lepas tu teringin lagi. Nafsu makan macam tu lah...

*Gambar ihsan jamuan raya yang ada rupa bergedil dan kawan-kawan soto yang lain-lain je.. Kawan-kawan nasi arab pun nak menempel dalam ini gamba..

Kali ni, saya nak tulis resepi soto yang dibuat di rumah saya. Resepi ini bibik saya yang punya, dan dibilangnya ini ialah soto Jawa. Saya angguk saja sebab saya tak arif sangat bab jenis2 soto ni :)
Apa yang menarik pasal resepi ni, "saya suka, saya suka.. " macam kata Mei Mei dalam kartun Upin Ipin.
Setakat ini, tekak saya kata inilah soto terbaik...

Untuk 1 ekor ayam:

Bahan 1:
1 ekor ayam dipotong empat
- Direbus dengan air yang banyak untuk sup soto sehingga ayam empuk. Jangan lupa masukkan garam.

Bahan 2 - diblend:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 biji buah keras
1 st ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
Sedikit kunyit
1 st lada putih

Bahan 3:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 batang serai - ketuk
2 inci lengkuas - ketuk
3-4 helai daun limau putut

Bahan 4:
1 labu bawang putih di hiris nipis dan di goreng garing.
Sepokok daun bawang di potong 2-3 inci panjang.


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis Bahan 2 bersama-sama dengan Bahan 3 sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk ayam. Biarkan seketika agar rempah menyerap ke dalam ayam. Jangan lama sangat nanti ayam lerai... :)
  3. Keluarkan ayam dari periuk sup. Kalau suka, ayam digoreng dahulu sebelum disiat isinya. Ketepikan.
  4. Perasakan garam dan gula (kalau suka) dalam sup. Sebelum tutup api, masukkan Bahan 4. Tutup periuk.
  5. Dah siap ayam dan supnya.

Bergedil (kawan baik soto..)

Bahan a:
1 kg kentang - di hiris 1/2 cm tebal
- Goreng kentang sehingga masak dan kekuningan (jgn kuning sangat).
- Tumbuk lumat ketika masih panas.

Bahan b:
200 gm daging kisar
2 ulas bawang putih, cincang
- Tumis bawang putih, masukkan daging kisar. Tumis sehingga daging masak dan kering.

Bahan c:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
- Kedua-dua bawang ini digoreng seketika (ketika menggoreng kentang, campak sekali bawang).
- Selepas itu ditumbuk lumat.

Bahan d:
- Daun saderi dihiris halus
- Bawang goreng

  1. Gaulkan kesemua bahan a, b c dan d di atas dalam mangkuk besar. 
  2. Perisakan dengan garam, gula, dan serbuk lada putih.
  3. Gentel bulat/bujur/leper ikut suka... 
  4. Celupkan dalam telur yag dipukul sedikit dan goreng hingga kekuningan/perang.






Friday, September 14, 2012

Makaroni Bakar

Assalamualaikum.

Hari Rabu lepas last day puasa ganti di bulan Syawal... Husband pulak last day puasa enam. Alhamdulillah.

Teringin nak makan something lain, selain dari nasi untuk berbuka puasa. Maka teringat makaroni bakar. Balik dari kerja, cepat-sepat singsing lengan baju. Tak payah sangat sebab rencah utk lauk daging kisar makaroni bakar ni saya suka guna pasta sauce. Ada yang suka rencah kari, terpulanglah pada selera masing-masing. Pasta sauce guna yang dalam botol Prego tu je, cepat, ringkas dan sedap.

Resepi ada kat post terdahulu.

Tengah-tengah bersilat dengan makaroni bakar kat dapur, husband bawak balik 2 kotak Domino's pizza. Rupanya dia pun teringin nak makan something barat. Orang tua pun tak boleh blah selera buka puasa rupanya... :) :)
Kira raya puasa enam kami ngan pizza dan makaroni bakar lah hari tu. Syukur ya Allah atas limpah rezeki Mu..




Wednesday, September 12, 2012

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Assalamualaikum.

Genap satu bulan blog ini menyepi...

Tanpa perlu menjelaskan kenapa ianya sepi, hari ini saya nak update dan share dengan satu resepi yang saya dah klik "Like". Klik kat mana? Kat kotak fikiran saya sendiri :) :)



Kek ni sebenarnya similar dengan brownies kukus lapis cheese, cuma tidak menggunakan tepung premix brownies kukus yang ada dijual di kedai bakeri. Kek ni buat dari scretch - adun gula, telur, tepung gandum, serbuk penaik, serbuk koko, etc.

Mencedok aka mencuba resepi dari blogger masyhur, Azlita Aziz di blognya, Masam Manis.

Setelah mencuba dan merasa sendiri, maka butang "Like" telah diklik dikotak fikiran saya, lalu perlu diabadikan di blog sendiri saya kira, agar tidak terlupa suatu hari nanti...




http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/09/kek-lapis-kukus-cream-cheese.html

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: Yatie

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc (saya guna loyang square 8 x 8 inci)
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.