Sunday, September 1, 2013

Kerutuk Daging (menggunakan pressure cooker)

Salam.

Misi menghabiskan daging payau yang dibeli 8 kg oleh cik hubby 2 minggu lepas. Maka projek meng-krutuk daging payau pun berjalan malam Sabtu lepas. Kali ini masih menggunakan pressure cooker jugak sebab spt yg saya ceritakan dlm entri sebelum ini, daging payau yg saya dapat kali ini dari rusa yg agak tua dan bersaiz besar. Sabtu petang saya buat 'mini open house' so kerutuk ini bakal dihidangkan bersama lemang.

Resepi:
2 kg daging (payau a.k.a rusa kali ni)
6-7 sb rempah kerutuk
3 cawan santan pekat
6 sb kerisik kelapa
2 keping gula nisan
2 batang serai
Garam secukupnya

Bahan hiris:
7-10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 4 sekawan - bunga lawang, kayu manis, pelaga, cengkih

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
7-10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Setelah blend, campurkan dengan rempah kerutuk dijadikan pes

Cara2:
Menggunakan mode 'stir fry', panaskan 1 cawan minyak masak, tumis bahan hiris sehingga kekuningan.
Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau sebati. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan garam dan sedikit air.
Tukar ke mode 'high pressure' pula, setkan ke 30 minit. Start.
Selepas 30 minit tamat, release pressure dahulu dari cooker dan buka penutup. Samada mahu meneruskan proses memasak seterusnya dgn menggunakan mode stir fry atau pindahkan ke periuk biasa. Saya pindahkan ke periuk biasa.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. 
Masukkan kerisik, gula nisan dan perasakan garam.
Kacau seklai sekala sehingga kuah menjadi pekat.
Setelah mendapat kepekatan yang diingini dan cukup rasa, siaplah kerutuk kita...


Lagi sekali, photo kerutuk sedia terhidang lupa nak snap..atau lebih tepat lagi, tak dan snap..kelam kabut :)

No comments:

Post a Comment