Sebelum ni saya ada post resepi gulai ikan tongkol untuk dimakan bersama nasi dagang. Kali ni saya nak post resepi nasi dagang yang dimasak menggunakan pressure cooker. Semua mengetahui cara memasak dagang ialah dengan mengukus beras dan diarung menggunakan santan 2 atau 3 kali bagi memastikan nasi benar2 masak dan lembut. Lebih2 lagi jika memasak nasi dagang Kelantan yang menggunakan beras nasi dagang merah yang lebih keras berbanding beras pulut dengan beras wangi. Jadi cuba bayangkan masa yg diperlukan untuk menyiapkan hidangan istimewa ini jika setiap kali sesi mengukus ialah 20-25 minit?
Saya amat berterima kasih kepada kawan saya kerana memberikan cara memasak nasi dagang menggunakan pressure cooker ini kerana tempoh memasaknya yg sgt singkat dan hasil yang setara dgn memasak cara kukus. Imagine 7 minit sahaja tempoh pressure cooker perlukan!
Resepi:
6 cawan beras (saya guna beras merah nasi dagang Kelantan)
2 cawana air
2 cawan santan
- Masak menggunakan high pressure mode yang diset selama 7 minit
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
- Semua dimayang halus
2 sb halba
1 sb garam
1 1/2 cawan santan
- Campur semua dan kacau bagi garam larut
Setelah timer pressure cooker tamat, releasekan pressure dan keluarkan nasi ke dalam bekas besar.
Dengan segera, gaulkan campuran santan dan bawang etc ke dalam nasi sehingga rata dan meresap.
Sedia dihidangkan... Senangkan? Saya tak pernah menyangka yang nasi dagang boleh disediakan dengan cara semudah ini. Lepas ni tidaklah 'bercinta' lagi jika nak memasak nasi dagang dan beras nasi dagang saya tidak akan sempat berkutu lagi...
Resepi acar timun ringkas (pelengkap hidangan nasi dagang):
1 batang timun (dibuang kulit dan dipotong panjang dgn biji dibuang)
1/4 batang karot - dihiris halus
1 biji tomato - buang biji dan hiris nipis
Boleh tambah nenas juga, saya takde...
3 biji cili padi merah - potong halus
3 biji cili padi hijau - potong halus
1/2 labu bawang besar holland - dihiris nipis
1 sb gula pasir
1 st garam
2 sb cuka
1 sb air
- Kacau gula garam cuka dan air sehingga larut. Masukkn cili dan bawang. Gaul rata.
- Masukkan timun, karot, tomato dan gaul rata.
- Siap