Sunday, February 23, 2014

Kuih Cekmek Molek

Salam.


Alah.... Kuih sene semesek ni pun nak masuk blog? Hehehe..
Biar lah.. Mana tahu, walapupun sene semesek (senang sangat), masih ada yang tak tahu buat atau paling tidak utk rujukan anak2 (kalau google tak tutup blogspot sampai bila2). 

Bahan2:
5-6 ketul ubi keledek - direbus empuk (bubuh garam sikit) dan ditumbuk halus
Sedikit tepung gandum - tang ni payah nak bagi sukatan sbb bergantung kepada byk mana ubi. Seketul yg saya guna maybe saiznya lain dari ketul yang digunakan lain kali. 
Gula pasir secukupnya
Minyak untuk membentuk"cekmek"
Minyak utk menggoreng

Cara2:
Masukkan ubi dalam dalam mangkuk adunan
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk. Jika terlebih tepung, kurang sedap sebab keras dan rasa "bertepung".
Setelah siap, minyakkan hujung jari dan aaambil sedikit adunan (sebesar bola pingpong) dan leperkan.
Letakkan sesudu kecil gula pasir/halus di tengah2 doh dan tutup kemas hingga bercantum rapi.
Pada masa ini bentuk doh menjadi sedikit lonjong dan teruskan membentuk setiap hujung supaya menjadi tirus. Gunakan minyak sebagai pelincir.
Buat sehingga habis.
Panaskan minyak dan bolehlah menggoreng cekmek sehingga garing keemasan.

Yang saya buat ni menggunakan ubi keledek jenis oren, jadi warnanya goldish cantik.



No comments:

Post a Comment