Monday, October 13, 2014

Congo Bar

Salam.
Orang buat congo bar, saya pun nak buat. Ye lah mana aci asyik tengok gambar congo bar yg kawan2 baker letak kat facebook je. Lagi pun saya mmg suka makan kek padat ala2 brownies ni. Orang kata congo bar ni combination of taste of choc chipts cookies n brownies. Teksture macam brownies (tapi tak chewy) tapi rasa macam choc chips cookies, boleh? Hmm betul kot macam tu.

Resepi saya ambil dari Azlita Masamanis:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
250 gm gula perang
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

Bubur Arab

Salam.

Hmmmmpphhh sedapnya bubur nasi ni. Ada kelainan dari bubur2 nasi yang pernah saya makan sebelum ni. Rasanya sangat lemak walaupun tidak menggunakan santan. Diberitahu oleh kakak saya tentang resepi ini yang diambil dari majalah Saji. 

Saya pulak membuat sedikit perubahan iaitu sewaktu menumis saya tumis sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih untuk menaikkan aroma.. Rasanya kalau nak tambah halia pun ok kut. The rest, saya follow je resepi dan cara dalam Saji tu. Ini resepi asal yg saya snap dari majalah Saji (tak ingat keluaran bila)
Cara2:
Rebus tulang sampai empuk.
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis dengan minyak sapi. Kalau tak suka rasa minyak sapi yang keterlaluan, boleh campur dengan minyak biasa..
Bila dah agak garing, masukkan sesudu rempah kari daging, dan kacau sampai pecah minyak.
Masukkan beras dan air (beras dalam 2 cawan).
Biarkan mendidih dan nasi kembang.
Sementara tu, daging dipisahkam dari tulang dan dipotong kecil2
Bila dah beras dah kembang, masukkan masukkan daging dan air rebusan tulang tadi.
Masukkan lobak merah dan kentang (saya tambah) yang diparut kasar.
Perasakan garam dan lada sulah.
Bila dah sebati dan cukup masak/pekat semua, bolehlah diangkat.
Hidangkan dengan bawang goreng, daun sup/bawang dan telur masin.
Perghh terangkat...

Churros

Salam.

Lama tak update resepi kat keeper ni. 
Ni ada satu lagi makanan kudap-kudapan aka makanan ringan untuk hidangan seisi keluarga. Asalnya dari Spain kot sebab en wiki kata churros ni dikenali juga sebagai Spanish doughnut. Tapi kalau tak silap saya org kita pun dah lama buat kuih ni yang dikenali sebagai kuih belimbing. Kalau berminat nak cari susur galur kedua2 kuih ni ok jugak kan..sebagai penambah ilmu apa salah nya. Tapi sekarang ni saya tak cukup masa nak buat research tu, maka ada baiknya saya salin resepi yg saya pakai dan terbukti menjadi, at least for me..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum 
1 1/4 cawan air  
2 biji telur 
1 sudu makan marjerin/butter 
1 sudu makan gula 
Secubit garam
esen vanilla 

Cara-cara
Didihkan air, gula, garam dan butter. Perlahankan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 guna senduk kayu. Sejukkan dulu sampai suam2 kuku. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk. Tuang telur ke dalam tepung tadi dan pukul sebati dengan mixer. 
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan sawa atau piping bag dan picitkan ke dalam kuali. Gunting setiap 5cm. Goreng hingga kekuningan dan angkat. Taburkan gula yg digaul dgn serbuk kulit kayu manis. Sedia utk dmakan!