Saturday, July 25, 2015

Popia Nestum

Assalamualaikum. 

Sambung episod kuih raya walau raya dah lepas. Untuk panduan di masa akan datang.. Popia nestum ni sgt sedap utk kudapan tak kira masa. Dari budak kecik sampai ke org tua semua suka.. Krup krap, krup krap tak sedar licin se balang..



Popia Nestum

Bahan serbuk utk digaul:
Nestum - dikisar halus
Gula - juga dikisar halus
Susu tepung
Horlicks
- nisbah nestum:susu:horlicks ialah lebih kurang 3:1.5:1 atau ikut kesesuain rasa masing-masing. Gula pula boleh dicampur last sekali dan rasakan kesesuaian manis yang disukai. 

Setelah digaul semua, begini lah ia...

Untuk popianya pula:

Kulit popia secukupnya
- gulung menyerong bermula dari satu bucu. 
- jangan gulung terlalu kemas kerana akan jadi padat dan keras bila digigit nanti. 
- gamkan hujung terakhir gulungan dengan putih telur. 

Jadi begini..

- lepas tu gunting secara menyerong hingga habis

Begini..

- kemudian goreng sehingga keluningan dengan minyak banyak. 

Begini...


- toskan seketika dlm 3-4 minit
- sewaktu masih panas, gaulkan dengan serbuk nestum di atas. Letakkan popia dlm bekas dan tabur rata serbuk nestum di atasnya. Gaul perlahan menggunakan sudu. 



Dah siap!! Sejukkan dahulu baru disimpan dlm bekas kedapn udara. 

Thursday, July 23, 2015

Aidilfitri 1436H/2015

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H...

Syukur Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk menamatkan Ramadhan dan menyambut hari kemenangan Aidilfitri 1436H... Taqabalallahu minna wa minkum. Semoga segala amal ibadat di sepanjang Ramadhan diterima dan diberkati olehNya.. ameen.

Pada tahun ini, kami menyambut raya di Kelantan dahulu dan baru ke Kedah pada raya ke 3. Walau kedua orang tua telah tiada, terasa mereka masih di sisi bersama2 menyiapkan kelengkapan 1 Syawal... Sambil menyediakan juadah raya, kenangan dan ingatan terhadap mereka datang silih berganti...:(:(:(

Walau bagai mana pun, kami tetap bergembira di hari raya, lengkap 4 beradik dan 8 cucu-cucu tokma-tok ayah... Diserikan dengan kehadiran ibu saudara, sepupu2 sebelah Ma dan juga kunjungan ke kampung Cherang Hangus, Jelawat serta Sri Aman, Pasir Puteh melawat ibu saudara sebelah Ayah.. Sungguh, ianya menggamit kenangan zaman kanak2 dahulu...













Monday, July 6, 2015

Chocolate Chips Cookies Untuk Raya

Assalamualaikum


Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
Bahan B2 cawan tepung gandum (di ayak)1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
1/2 cawan cornflakes dikisar halus - Umimans tambah utk rasa lebih crunchy

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, sida bica dan cream of tartar. 
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dlm adunan tadi. Kacau menggunakan spatula. 
Masukkan kekacang dan chocolate chips dan cornflakes kisar. Adunan agak lembik tapi tak apa. 
Simpan dalam fridge selama 30min-1 jam. 
Dengan menggunakan sudu atau tangan, bulat2kan adunan dan susun dlm loyang yg telah digris. Jarak2 kan sedikit kerana biskut akan mengembang. 
Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit. 
Sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara. 










Tart Bunga Untuk Raya...

Assalamualaikum.

Kuih raya wajib.
Kalau tak buat, raya tak lengkap.
Samada bunga atau gulung.
Rupa berbeza, rasa sama.
Adun, canai, terap, susun, bakar.







Resepi di sini atau di sini. Boleh tambah susu tepung fullcream utk rasa lebih lemak.