Tuesday, June 28, 2011

Sagu Gula Merah

Sejenis kuih melayu lama yang amat sedap dijadikan hidangan pencuci mulut. Lebih-lebih lagi kalau disejukkan atau diletak seketul dua ais. Amat ringkas dan mudah disediakan.

  1. Masak air sehingga mendidih anggaran 3 cawan.
  2. Masukkan 1 cawan sagu kecil yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam air yang telah mendidih,
  3. Kacau sehingga masak dan bahagian tengah sagu yang berwarna putih mengecil. Jika air kurang, tambahkan air panas dan teruskan mengacau. Jangan terlebih air sehingga kesemua warna putih sagu hilang kerana sagu akanmenjadi terlalu lembik.
  4. Bila dah keluar buih blup..blup maknanya sagu telah masak dan tutup api.
  5. Masukkan dalam acuan kecil-kecil kegemaran anda atau boleh juga dimasukkan dalam loyang atau bekas besar. Sejukkan.
  6. Untuk santan, masukkan 1 cawan santan pekat, 1 cawan air dan sehelai daun pandan ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan kacau sehingga mendidih. Bila mendidih masukkan bancuhan 1 s.b tepung jagung + 1/3 cawan air. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.
  7. Untuk air gula merah, boleh guna apa sahaja gula merah (gula kabung, gula nisan, gula melaka, gula merah hancur dsb.). Caranya letak gula dalam periuk, masukkan sedikit sahaja air. Boleh juga letak daun pandan. Kacau sampai mendidih.
  8. Untuk menghidang, tuangkan sagu dari acuan kecil dan letak dalam mangkuk. Siram dengan santan kemudian gula merah. Hmmm.. dapat rasa nyamannya sagu yg sejuk lalu ditekak... Buat buka puasa memang ngetop..

No comments:

Post a Comment