Thursday, June 9, 2011

Red Velvet lagi...

Semalam ambik cuti gantian Keputeraan Yang DiPertuan Agong yang jatuh pada Sabtu lepas. Saja je cuti mengingatkan anak-anak semua kat rumah di musim cuti sekolah ni, kesian diaorang tak tengok muka ummi  seharian. Ngeh..ngeh..ngeh.. Tak ada plan pun nak bawak diorang jalan-jalan memandangkan saya sorang je cuti, abah nya tak. Tapi lepas lunch keluar juga pergi Jusco Balakong beli kasut sekolah Ani yg mengadu kasut dah koyak dan ketat. Baru 6 bulan pakai dah ketat, tak tahu lah dah masuk sekolah menengah nanti saiz berapa kena pakai.

Pagi tu sempat buat rek velvet cupcake yang diminta oleh kawan. First time buat RV untuk orang, gementar juga takut tak sedap dan tak yang lain-lainnya. To Karin, minta maaflah kalau ada yang tak memenuhi selera.




Just to share a simple tip for cake deco item - use your own colored sugar. I myself got this idea from YouTube. Put coarse sugar into a zip plastic bag, then drop in 2-3 drops of coloring. Zip the bag and shake it generously. Tadaaa.. you have got your own deco item.
Here are the cuppies decorated using the colored sugar.. Nice, isn't it? But the sugar will not be lasting in normal room temperature because it starts to melt after about 1 hour especially when there is fan wind.


Actually, it was not my intention in baking to be a cake seller. It's just because of my passion in baking and I would love to try any recipe, and then eat it! Terima kasih ma kerana telah menanamkan minat buat kek sejak dari saya kecik lagi. Ma (arwah mak saya) bukannya penjual kek dan surirumah, dia ustazah. Tapi dia suka buat kuih kalau ada masa lapang. Yang paling saya ingat, time raya kami dikerah jadi 'mixer'. Dulu tahun 80-an, jarang-jarang orang ada mixer lagi. So hand beat lah semua adunan kek tu. Bergilir-gilir kami 'putar' adunan dengan senduk kayu sampai kembang. Bila dah kembang, ma akan amik balik mangkuk adunan tu dan teruskan sampai siap. Kami perati je dan tukang makan kek tu nanti...

Anyway, terima kasih Ma atas SATU tunjuk ajar ini dari berjuta yang lain...

No comments:

Post a Comment