Tuesday, April 16, 2013

Pavlova in da house...

Assalamualaikum.

Setelah demam pavlova dah agak reda di persada dapur tanahair, barulah umimans cekal hati nak mencuba membuatnya sendiri. Pernah makan pavlova sebelum ini yang ditempah melalu kawan, bagi saya takdelah hebat benar penangan dia macam penangan durian crepe. Agaknya sebab rasa dia yang agak plain sahaja antara manis dan masam, bukannya ada rasa unik tersendiri. Apa-apa pun benda senang je nak buat, bahan pun simple, maka alangkah rugi kalau tak mencungkil bakat terpendam menghasilkan pavlova sendiri..

Mari kita lihat hasilnya...



Standard lah wajah pavlova, kalau bukan kerana buah-buahan fusion kat atasnya tu, talam keladi lagi lawa...hehe..

So sapa-sapa yang masih belum mencungkil bakat mem-pavlova, silakanlah.. Insyaallah pasti menjadi..

Resepi:


Bahan-bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung

Pastikan mangkuk dan whisk bersih dan kering.
Pukul putih telur sampai berbuih.
Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis.
Teruskan memukul sehingga menjadi merrigue yang kental dan soft peak.
Masukkan esen vanila dan ayakkan tepung jagung ke dalam merrigue, kacau rata.
Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata lagi.
Letakkan adunan merrigue di atas loyang  yang di alas baking paper. Bentukkan adunan menjadi bulatan diameter 8-9 inci (biarkan dia tebal sedikit)
Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 1 jam (lebih kurang.. kalau dah nampak warna dah bertukar perang pucat, insyaallah dah masak)


Topping :
1 cawan non-dairy whipping cream.

Putar whipping cream sehingga kental dan soft peak.
Sapukan di atas permukaan pavlova dan seterusnya hidangkan bersama buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry, anggur tanpa biji, kiwi, peach atau mangga..
Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan.

(Lebihan boleh disimpan dalam peti ais, boleh tahan sehari dua bergantung pada jenis buah yang digunakan)




Wassalam.

No comments:

Post a Comment