Monday, April 22, 2013

Talam Tokyo

Salam.

First time dengar nama kuih talam Tokyo ni. Ingat nak letak title talam sagu, tapi kan takut memang nama talam Tokyo ni dah dikenali ramai cuma saya yg tak tahu. So saya kekalkan nama talam Tokyo sepertimana nama asal dia sewaktu saya mengenalinya. Siapa yang memberi nama dan kenapa Tokyo menjadi pilihan, wallahu'alam. Sekali tengok macam serimuka, tapi bila telek betul-betul lapisan bawah tu bukan pulut tapi sagu. Lapisan atas pula lebih kenyal kerana diperbuat dari tepung kastad, instead of tepung gandum kalau serimuka.


Kerana rasanya yg unik dan berlainan dengan kuih2 talam yg lain, jadi saya rasa resepi ni berbaloi untuk diperluaskan lagi perkongsian 'sharing is caring'  dan dapat menambahkan lagi koleksi kuih talam yang sedap di negara kita.

Saya ambil resepi dari sini:



Bahan Untuk Lapisan Bawah:
300gm sagu kecil warna putih
60gm sohoon
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong pendek-pendek. 
  2. Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. 
  3. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.




Bahan Untuk Lapisan Atas:
4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan blend rata. 
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. 
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. 
  5. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.




Jangan takut mencuba kerana ianya pasti menjadi, insyaallah..

No comments:

Post a Comment