Sunday, May 5, 2013

5.5.2013 PRU13

Salam.

Perlu masukkan satu entry di hari bersejarah ini untuk diabadikan beberapa coretan.

Hari ini ialah hari mengundi pilihanraya umum 2013 (PRU13).
Pilihanraya yang dikatakan paling meriah, sengit, kontroversi, kecoh dan sebagainya. Pilihanraya yg 'melagakan' 2 komposer besar - BN dan PR. Moga pilihan yg (telah) dibuat memberi manafaat kpd diri, kelurga, masyarakat, dan agama untuk tempoh sekurang2nya 5 tahun akan datang...Amin.

PRU13 mencatatkan nama saya sebagi pengundi berdaftar buat kali pertama! Ayoyo... Muda lagikah saya? 21? 26? Bukan.. Saya kira ramai yg macam saya dahulu, kurang kesedaran utk menjadi pemilih. We (I?) just couldn't botherless to register and to vote for leaders for the country. Menyesal betul!! Kenapa la saya menjadi warganegara yg tidak prihatin selama ini.. Tapi sekarang dan insyaalah di pilihanraya2 akan datang, insyaallah saya tidak akan lalai dgn tanggungjawab nan satu ini..

Pagi tadi saya keluar agak awal 8.00am menuju ke pusat mengundi yg telah ditetapkan tidak berapa jauh dari rumah saya. Apabila sampai, saya lihat dah ramai orang beratur. Saya difahamkan mereka yg tidak membawa cetakan semakan daftar pemilih (yg tertera no saluran) perlu membuat semakan dan mendapatkan slip terlebih dahulu. Melihatkan barisan yg dah panjang, walaupun ada 3-4 lane, saya rasa menyesal tidak membuat cetakan terlebih dahulu. Ye lah, apa yg sering diberitahu hanyalah bawa IC sahaja, tak ada pulak suruh print semakan tersebut. Tetiba saya terdengar petugas berkata kalau ada yg dlm handphone pun dah okay, tak perlu beratur ambil slip (ada yg bertanya tentang perkara itu), saya cecepat masuk ke website SPR dan membuat semakan menggunkan no IC dan snap simpan dlm camera roll hp. Alhamdulillah terselamat dari perlu beratur di situ. Seterusnya, petugas mengarahkan pengundi beratur mengikut no saluran. Ada 5 lane untuk 5 no saluran di pusat mengundi saya. Saya kira ianya mengikut range tahun kelahiran pengundi dan bilangan saluran mengikut jumlah pengundi di pusat tersebut. Suasana adalah tenang dan aman di keseluruhan proses tersebut. Setelah beratur selama lebihkurang 15 minit, maka sampailah giliran saya membuang undi. Kerani pertama mengambil IC dan mencari nama kita di senarai. Beliau kemudian menyebut no siri, no ic dan nama pemilih dgn terang kpd pemerhati calon yg berada di meja tepi bilik pengundian. Kerani kedua kemudian mencalitkan dakwat di jari telunjuk kiri, dan kerani ketiga menyerahkan kertas undi. Sehelai untuk DUN dan sehelai untuk Parlimen. Saya pun bergerak ke meja stesen memangkah (hanya ada 2 meja) dan tercatatlah sejarah saya memilih pemimpin buat pertama kali dalam hidup saya. Kedua-dua kertas undi kemudian dimasukkan ke peti undi DUN dan Parlimen masing2 (untuk memudahkan, kedua-dua kertas undi dibezakan oleh warna kertas).

Alhamdulillah selesai sudah menjalankan tanggungjawab pada kali ini.. Moga pilihan saya direstui olehNya dan adalah benar demi sebuah MALAYSIA yg lebih baik..

Perut pun dah lapar, terus balik rumah rebus macaroni dan keluarkan sup cendawan dlm tin. Panaskan 2 sudu besar butter, masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga licin. Masukkan 250ml susu dan terus kacau. Masukkan setin sup cendawan, setin air dan kacau hingga sebati. Tambahkan oregano dan cheddar cheese. Siap. Boleh makan, alhamdulillah.





No comments:

Post a Comment