Sunday, June 9, 2013

Hot Pot Potato

Salam.

Lama jugak saya tinggalkan blog ni. Dari hari PRU lepas. Demam pilihanraya lambat kebah agaknya hehe... Masa  yang agak terbatas dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan menyebabkan aktiviti santai menyimpan gambar dan resepi di blog berkurangan.

Ok lah, nak simpan satu lagi resepi kat sini iaitu hot pot potato. Saya baru je kenal resepi ni setelah melihat seorang kenalan membuatnya. Melihatkan kegebuan potato empuk di atasnya, dilitupi cheese serta inti yg menyelerakanmembuatkan saya tak tunggu lama nak cuba. Saya pernah buat shepperd pie sebelum ni, jadi saya dah dapat agak yang ianya lebihkurang shepperd pie je mungkin. Cuma nak cuba cemana kalau dibuat dengan hirisan kentang instead of mashed potato kat atasnya tu.

Saya memilih untuk membuat inti menggunakan cara penyediaan meat sauce untuk pasta. Saya lihat ada yg menggunakan inti menggunakan serbuk kari. Terpulanglah pada citarasa masing2.

Resepi inti yang saya gunakan:

500g daging kisar (saya guna Ramly)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 cawan mix vege
1 tin pasta sos Prego traditional
2 sudu besar sos tomato
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

5 ketul kentang-hiris nipis
Keju mozarella parut - saya guna cheddar cheese instead ,sebab nak perabih stok!

Tumis bawang putih hingga kekuningan
Masukkan bawang besar yg dipotong dadu
Masukkan daging kisar, masak sampai air agak kering
Masukkan garam dan lada sulah
Masukkan mix vege, kacau rata
Masukkan sos pasta, sedikit air dan sos tomato, kacau rata sehingga mendidih
Perasakan gram dan gula
(Pastikan inti ini tidak terlalu cair)

Tuangkan ke dalam mangkuk kaserol dan ratakan
Susun hirisan kentang yg telah digaul dgn minyak zaitun, sedikit garam dan pasli
Tabur keju mozarella parut hingga menutupi kentang
Bakar selama 45 minit

Kejadian permukaan hotpot potato yang menggunakan cheddar cheese ni lain sikit sebab cheese menjadi crispy tetapi sangat sedap apabila dimakan panas2. Jika menggunakan mozarella ianya akan menjadi bertali dan moist, dan pada saya dua2 adalah sedap.





Selamat mencuba, enak sebagai makan malam atau hidangan minum petang.
Peace!

No comments:

Post a Comment