Saya masih ingat lagi sewaktu mencuba resepi ini kali pertama dahulu, saya rasa happy sangat sebab dah boleh buat brownies. Sebelum tu saya pernah cuba guna resepi lain tapi tak menjadi brownies, jadi macam kek coklat padat sahaja. Ciri-ciri brownies pada saya permukaannya mesti berkilat dan crunch, retak sikit-sikit pun takpe dan rasanya mestilah agak chewy gitu. Sejak dari itu, saya rasa saya mesti simpan baik-baik resepi KakNor ni sebab mesti nak buat lagi lain kali.
Setelah sekian lama, barulah 'lain kali' itu menjelma. Memang marvelous betul brownies ni... Cumanya kali ni terlebih manis. Sebabnya saya lupa nak kurangkan sukatan gula seperti yg disarankan KakNor. Saya sebenarnya ada buku resepi hardcopy kat rumah. Dah jadi belacan pun buku tu, tapi masih ada blank pages yg boleh tulis resepi baru :). Ceritanya, resepi asal brownies ni saya tulis kat situ. Tapi tak pulak saya salin bab kurangkan gula tu. Maka saya guna je sukatan yg tertulis iaitu 200g (lebihkurang 1 setengah cawan). Fikir logik pun rasa macam manis tapi tah macam mana lepas dah timbang tu lupa nak buang balik. Kelam kabut sebab at the same time sibuk duk merebus jagung untuk buat bubur jagung. Masa membakar pun terlebih kali ni, saya bakar 45 minit. 40 minit je dah cukup saya rasa.. Pun sama, kelam kabut bersiap nak gi kenduri tak sempat jengah oven after 40 minit ( dah set oven ke 50 minit, nasib baik saya check masa dah 45 minit tu). Moral of the story, jangan buat kerja sewaktu tengah kelam kabut...
Ok, saya nak tulis resepi tu kat sin,i so that next time tak buat silap lagi...
Super Fudgy Brownie
120g butter
220g cooking choc
1 1/4 cwan gula perang
3 biji telur
1 cawan tepung gandum*
1/4 cawan serbuk koko*
1/2 st baking powder*
3/4 cawan choc chips*
3/4 cawan walnut cincang (bakar sekejap)
*ayak sekali dan asingkan choc chip
+ Cairkan butter dan cooking choc atas api.
+ Tutup api dan masukkan gula lalu kacau sebati menggunakan whisk.
+ Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
+ Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit gaul rata.
+ Akhir sekali masukkan choc chip dan walnut cincang. Gaul sekejap je.
Bakar 170 C selama 40min dalam loyang 10x10 inci
Salam..guna coklat ap2 pn xpe ke?
ReplyDeleteBoleh guna apa2 cooking chocolate, saya guna jenama Berryls.. kalau nak cuba, cuba pakai resepi brownies yang lebih latest kat blog ni. Lagi sedap drpd yg ini (pada saya)
ReplyDelete