Sunday, June 23, 2013

Pulut Serunding

Salam.


First time saya buat sendiri pulut serunding ni. Selalu makan yang orang buat atau beli je. Rasa serunding dia yang lemak manis, pedas-pedas sikit, udang kering dan kombinasi ketumbar-jintan cukup menjadikan serunding ni berempah tapi sedap. Tapi lain orang lain citarasa kan..terpulanglah.

Saya google resepi untuk buat serunding ni. Cara dan bahan membuat pulutnya tak jadi masalah, saya memang "orang pulut" pun... Bukan lah expert tapi biasa la masak pulut, kecuali ketupat palas ye saya surrender bab membalut tu... Resepi serunding tu ok la cukup dinyatakan bahan-bahan penting, sukatan saya main hentam saja. 

1 biji kelapa parut (dapat yg tak tua sangat tu memang best la..)
4 sudu besar cili boh
2 sb udang kering (direndam dgn air panas 5 minit)
1 inci lengkuas
2 batang serai dihiris halus
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb ketumbar
1 st serbuk jintan putih
1 st serbuk jintan manis
(Saya takde jintan biji, so guna yg serbuk je. Jintan biji lagi best saya rasa)
Gula merah secukup rasa (serunding ni lebih sedap kalau rasa manis-manis sikit)
Garam secukup rasa

Cara membuat:
- Kisar semua bahan kecuali kelapa, garam, dan gula.
- Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kalau letak air byk sikit masa mengisar, biar sampai air kering sikit.
- Masukkan kelapa parut, garam dan gula. 
- Kacau sehingga serunding menjadi kering (bukan garing)


Pulut lemak
500g pulut - rendam 3-4 jam
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Kukus pulut sehingga masak (tiada warna putih ditengah-tengah) dalam 1/2 jam
Keluarkan pulut ke dalam bekas dan gaul bersama santan yg telah dicampurkan garam. Pastikan semua bahagian pulut kena denga santan, boleh campur air sikit.
Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus selama 15-20 minit.
(Bila mengukus pulut, saya tak guna loyang..terus masukkan pulut ke periuk kukusan yg ada lubang tu)

Cara menghidang yang kebiasaanya ialah pulut dikepal atau ditekan ke dalam acuan kuih lompang dan digolek atas serunding. Kalau takmau golek, tabur je serunding ke atas pulut tadi.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment