Sunday, June 23, 2013

Redvelvet for my sister's birthday

Salam..

Happy birthday to my dear eldest sister! Birthday pra-jubli emas bak kata adik bongsu kami..hehe. Moga beliau sentiasa dilimpahi ketenangan, kebahagian, kasih sayang dari anak2 dan kami adik beradik serta fit selalu... Kami ada 4 beradik beautiful ladies semuanya, 3 ada di Lembah Kelang dan hanya seorang di kampung halaman di Kelantan. Di hari jadi kakak sulung ku ini, ku hadiahkan redvelvet cuppies ini beserta dengan sebekas pulut serunding di entry sebelum ini.

Saya memang suka buat redvelvet, tak tahu kenapa...mungkin kerana kek ni memang confirm menjadi dan tak pernah buat hal (kecuali masa saya mula2 buat dahulu). Mungkin juga sebab saya pun suka gak makan kek ni (tapi kalau selalu sangat mmg tak lalulah, pernah saya buat tapi saya tak sentuh langsung). Dan yang pasti, anak2 saya pun dah tak pandang langsung kalau saya buat kek rv ni. Dulu berebut-rebut nak licinkan mangkuk adunan, suka nau jilat batter kek tu..

Inilah roper rvcc yg saya hadiahkan kepada beliau... 
Saya suka papercup ni, color rainbow.. Sesuai utk buat rainbow cupcake :)

Resepi yang saya guna:
1/2 buku butter (Anchor)
1 1/3 cawan gula kaster
2 biji telur gred A
1 st esen vanila
1 cawan buttermilk
2 1/2 cawan tepung gandum - ayak dengan 1st soda bicarbonat dan 2 sb serbuk koko
1 1/2 sb pewarna merah (bright red)
1 st cuka masakan
1 st baking powder

Cara:
- Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
- Masukkan telur satu demi satu. Pukul sebati after each egg.
- Masukkan esen vanila, pukul sebati lagi.
- Masukkan 1/3 buttermilk, kacau sebati, dikuti dengan 1/3 tepung yg diayak, kacau sebati. Ulang sehingga habis.
- Masukkan pewarna merah dan sebatikan.
- Akhir sekali campurkan cuka dengan baking soda lalu dimasukkan ke dalam adunan. Sebatikan.
- Tuang 2/3 penuh ke dalam papercup dan bakar 20min, bergantung kepada oven dan saiz cup.

Creamcheese frosting:
250g cream cheese Philadelphia - biarkan pada suhu bilik lebihkurang 15 minit (jgn lama sgt nanti cheese terlalu lembut dan berair)
1/3 buku butter
1 cawan gula icing
1-2 titik orange flavor @ 1 sb perahan lemon (kalau suka @ boleh je letak esen vanila)

- Pukul cheese dan butter hingga sebati dan agak kembang. Jgn lama sangat nanti cheese jadi terlalu lembik.
- Masukkan gula icing dan pukul lagi sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan perisa oren 
- Masukkan ke dalam piping bag, dan paipkan atas cupcake dengan nozle yg disukai. 
(Saya dah dapat cari nozle no 852 macam Kakzu Semanis Gula selalu pakai. Sebelum ni saya pakai 853. Bezanya, 852 lebih dalam kelopaknya. Tapi saya tak pandai buat roses 'dari tengah ke luar' macam Kakzu, saya buat 'dari luar ke tengah')





Moga kakak saya happy di hari jadinya kali ini.. Selamat hari lahir, Suraya Ibrahim!


No comments:

Post a Comment