2 ekor ikan tongkol - direbus dgn garam dan asam keping hingga air kering
3 cawan santan pekat
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas diketuk
4 sudu besar rempah kari ikan cap Babas
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
7-10 tangkai cili api hijau
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula kabung secukup rasa atau gula biasa
Blend cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis bahan blend sehingga pecah minyak.
Bancuh serbuk kari, ketumbar dan jintan putih dengan air dam masukkan ke dalam tumisan.
Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan juga lengkuas.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. Kacau selalu.
Biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping.
Masukkan ikan tongkol yang telah direbus. Masukkan juga cili api dengan tangkai sekali. Kalau ada belimbing buluh boleh dimasukkan sekali.
Jangan kacau terlalu kuat takut ikan pecah.
Perasakan garam dan gula. Biarkan seketika dalam 10 minit. Siap.
assalamualaikum kak,
ReplyDeletenak order kek boleh tak? alang2 nak buatkan utaz zamri red velvet, buatkan saya sekali kak.... nak bawa balik melaka esok...
Uih!! Tak terbaca plak comment ni tadi. Ust Zamri punya dah nak siap ni. Lain kali ye ustzh, insyaallah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete