Sunday, October 6, 2013

Happy birthday Aiman Haris!

Salam 1 Zulhijjah...

Malam tadi TRW baru saja membenamkan JDT 6-1 dalam perlawanan balas setelah dikalahkan 2-4 di JB minggu lepas untuk Piala Malaysia 2013. Hari ni ada geng FB yang memberi salam yang berbunyi lain sikit "salam 6 Oktober Kelate, bersamaan 1 Zulhijjah JDT"... Macam2 korang ni.. 

Saya tak berniat nak menjadi pengulas sukan di sini. Walaubagaimanapun tarikh 6 Oktober merupakan salah satu tarikh penting keluarga kami iaitu tarikh lahir anak bongsu saya, Aiman Haris. Tahun ini Aiman dah 5 tahun, dah sekolah tadika, dah tinggi, dah pun 20.5kg berat :) .... 

Selamat ulangtahun anakku sayang, umi doakan semoga Aiman jadi anak yg soleh, tonggak keluarga, dan dapat berbakti kepada umi abah dan kakak-kakak semua... Ameen.


 

 














3 comments:

  1. Wahhh...bestnya kek Aiman....happy birthday Aiman....Cik ja a.k.a maklang (hehe) doakan Aiman membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh....cayanggg Aiman

    ReplyDelete
  2. Lama tak cikja tak datang umah Aiman..

    ReplyDelete