Monday, December 30, 2013

Serimuka Pandan

Salam.



Dah lama nak buat serimuka pandan dengan pulut hitam tapi tak terrbuat-buat. Masa cuti hari krismas lepas husband minta breakfast pulut gaul kelapa parut dengan pekasam Kedah. Ku pun godek cari pulut dalam tupperware. Banyak lagi beras pulut yg beli kat siam masa balik raya puasa hari tu. Walaupun dah ada bubuk sikit nasib baik masih elok, mungkin sebab beras pulut susu kualiti bagus dari siam ni susah sikit bubuk nak membiak. Bagi yg tak tahu bubuk ni kutu beras. Breakfast lah kami dengan pulut nyok ikan pekasan hari tu..


Mengancam tak pekasam ikan lampam ni? Inilah ikan pekasam terbaik dan segar dari ladang dari Tobiar, Pendang, Kedah. Tiap kali kami balik Kedah, bekal pekasam balik Bangi pasti tak dilupakan, sekali beli 2-3 kg.. Perghh! Pasti mak mertua lalu belakang tak perasan bila ngadap pekasam ni dgn pulut nyok..

Berbalik kpd cerita serimuka pandan ni, melihatkan beras pulut masih banyak, mula terfikir balik nak buat serimuka. Beras pulut hitam pun ada, maka terlaksanalah niat nak buat serimuka pulut hitam kali ni..


Lapisan pulut:
2 cawan beras pulut - rendam sekurang2nya 1 jam
3/4 cawan beras pulut hitam- rendam semalaman (pulut hitam kena rendam lama dari pulut biasa sbb sifatnya yg keras)
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Garam secukup rasa

- satukan kedua-dia jenis beras pulut dan masukkan dlm loyang.
- tuangkan santan dan tambahkan air sehingga sama paras dengan pulut.
- gaul rata dengan garam
- kukus selama 1/2 jam sehingga pulut masak
- angkat dan tekan dengan senduk sehingga padat ketika panas2
- tuangkan lapisan atas dan kukus 1/2 jam lagi

Lapisan atas:
3 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
3 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Sedikit garam
Setitik pewarna hijau, kalau nak warna lebih hijau (optional)

- satukan semua bahan dan blend
- tuangkan ke dalam periuk dan kacau sehingga berwap
- tuangkan atas lapisan pulut yg telah ditekan

Sejukkan sebelum dipotong dgn pisau palstik utk mengelakan dari melekat kalau guna pisau stainless steel.

No comments:

Post a Comment